Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Siapa yang paling kuat memerangi Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah rhm?

Siapakah yg paling kuat memerangi Ibn Taimiyyah rhm? 1. Fuqaha' dan qudhah.     Mereka ( para muqallid)  melihat Ibn Taimiyyah rhm telah keluar drp qaul² imam² mazhab mereka. Khususnya dlm masalah hukum talaq yg tak pernah difatwakan pd zaman tersebut. Ibn Taimiyyah berfatwa jika yg melafazkan talaq dgn niat sumpah, tidak jatuh talaq. Begitu juga dgn masalah talaq tiga yg dilafazkan 3 talaq sekaligus, bagi beliau hanya jatuh talaq satu. Akibatnya Ibn Taimiyyah merengkok dlm penjara. 2. Ahlul Kalam     Ibn Taimiyyah rhm amat menekankan keperluan kembali kpd aqidah salaf. Beliau berjaya menjawab segala syubuhat ahlul kalam. Ahlul kalam tidak berpuas hati dan mula mereka² berbagai perihal yg tidak benar tentangnya. Mereka menghasut para pemerintah dan berbohong tentangnya. Akibatnya beliau di seksa. 3. Shiah     Golongan ini paling kuat membenci Ibn Taimiyyah krn beliau banyak mengkritik mereka dlm kitab beliau Minhaj as Sunnah. 4. Ahli Tasawwuf     Pertikaian golongan ini amat berler

Celik sunnah

Sebelum aku celik ttg sunnah ni, kalau ada pelajar aku tanya "Ustaz, Wahabi tu apa?". "Wahabi itu satu puak yg tak kisah ke politik, ekonomi, gerakan dakwah dsb. Depa ni hanya fokus bab bid'ah dlm ibadah. Sikit² bid'ah.. sikit² bid'ah. Baca yasin mlm Jumaat bid'ah, tahlil bid'ah, kenduri arwah bid'ah dsb. Contohnya Dr Maza . Hangpa jangan jadi mcm tu. Kita hidup bermasyarakat, kena banyak tolak ansur bab bid'ah tak bid'ah ni.." Begitulah antara pendirian aku dulu ttg apa itu 'wahabi'. Sahabat sejak tadika aku Hilmy Kapten antara yg aku gelar wahabi. Lebih² lagi beberapa kali dok ajak aku pi kuliah di IQ. Huh.. memang tak la.. aku tak akan pijak tanah IQ tu. Puak tu bukan tau apa pun. Siang malam dok bincang bab bid'ah ja. Sempit betul.. inilah antara tohmahan aku dulu. Lebih aku meluat lagi dgn wahabi ialah apabila aku terlihat kat youtube ada seorang tokoh 'wahabi' kata Dr Yusuf al Qaradhawi sbg 'Khawarij'