Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

Aku, Yasin dan Tahlil.

  Sewaktu mula2 bergelar ustaz, tinggal pula di kawasan rumah kos rendah, rata² orang kampung. Balik sahaja dari sekolah, sampai depan rumah, selalunya sudah ada orang menunggu.. "Ustaz.. .malam ni nak minta ustaz tolong jadi tekong yasin dan tahlil" Apalah daya saya utk tolak undangan spt itu. Apa lagi waktu itu dua kaedah 'Usul fiqh ahlul bid'ah" masih kukuh dlm diri saya iaitu 1)'Perkara baik, apa salahnya' 2) 'Selagi tak ada dalil larangan, tak ada salahnya'. Mereka yg sudah berpencen mungkin tak ada masalah jika hari2 ada majlis bacaan yasin dan tahlil. Boleh makan percuma hari².. kalau boleh biarlah setiap 3 hari ada orang mati kerana bagi satu kematian akan diadakan majlis yasin dan tahlil 3 malam berturut². Tetapi bagi seorang pendidik spt saya, malam belum tentu menjadi waktu rehat. Apalagi bagi seorang peminat ilmu, tentulah labih berbaloi dihabiskan malam²nya dengan menelaah kitab2 tafsir, hadis dan sebagainya yg boleh menambahkan ilmu