Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019
Tulisan yang baik daripada al fadhil Ustaz Syihabudin Bin Ahmad (USA). Tajuk:  Kisah Kelahiran Nabi Muhammad: Antara Sahih dan Palsu.  (Boleh dapatkan buku beliau di talian 03-60397343/ e-mel: santaiilmu2u@gmail.com ). Kelahiran Insan Termulia  Penghulu para nabi, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan daripada kelompok Bani Hasyim di Mekah pada hari Isnin, 9 Rabiul Awal pada tahun terjadinya Peristiwa Gajah atau setelah berlalu 40 tahun pemerintahan Kisra Anusyirwan di Parsi. Itu bererti bertepatan dengan tarikh 20 atau 22 April tahun 571 M, sebagaimana disimpulkan oleh ulama ternama Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri. Tetapi kenyataan ini tidak dipersetujui oleh semua ulama. Saya menyatakannya kerana menukilkan kata-kata Syeikh Sofiyurrahman al-Mubarakfuri. Saya cenderung dengan pendapat beliau.  Khilaf Tarikh Kata Ibnu Kathir:Baginda dilahirkan pada 2 Rabi’ul Awwal. Pendapat ini disebut oleh Ibn Abd Al-Barr dalam kitab ‘Al-Isti’ab’ dan diriwayatkan oleh Al-Waqidi. Al