Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Psikologi

Kanak-kanak tidak tahu apa itu penat.

Aku antara peminat ilmu psikologi sejak di menara gading. Dalam satu sesi subjek 'Developmental Psychology', pensyarah pernah menyebut kanak-kanak tidak tahu apa itu penat. Maka ibu bapa perlu mengawasi anak-anak agar mereka tidak terlebih mengeluarkan tenaga mereka. Subjek ini telah aku lalui berpuluh tahun yang lalu, tapi bila aku merakam kecerdasan anak aku ini, mengingatkan aku semula kepada kata-kata pensyarah aku itu. Betul rupanya kata-kata itu apabila aku melihat anak aku ini merangkak hampir tiga kali pusingan padang hoki ini tanpa penat sehingga aku terpaksa memberhentikan dia daripada terus mengelilingi padang hoki yang luas ini. bayangkan kita yang sudah berumur menggunakan dua kaki ini pun boleh tercungap jika berlari tiga pusingan padang ini, bayangkan anak aku ini yang merangkak dengan menggunakan kaki dan tangan sekaligus. Kalau aku, agaknya aku sudah pengsan. #

Kecerdasan Pelbagai Dari Perspektif Islam

Teori Kecerdasan Pelbagai  mula dipelopori oleh J. Howard Gardner 1983. Namun apabila penulis meneliti teori ini secara terperinci, penulis dpat merasakan ia sebenarnya bukan sesuatu yang baharu bagi orang-orang Islam yang menekuni Al-Quran dan hadis-hadis secara berdisiplin. Islam sebenarnya lebih awal mengiktiraf kepelbagaian kecerdasan dikalangan manusia. Namun begitu penghargaan perlu juga diberikan juga kepada J. Howard Gardner atas usaha beliau menonjolkan semula konsep dan teori Kecerdasan Pelbagai ini dengan gaya tersendiri, lebih sistematik dan menarik. Teori yang dikemukakan oleh beliau bukanlah sesuatu yang sempurna namun ia tetap merupakan satu sumbangan yang besar dalam dunia ilmu psikologi dan pendidikan global. Info artikel  Klik Sini  .