Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penulisan Kreatif

Anekdot Bahasa Orang Utara

Meghuah. " Nak pi mana tu gaduh sangat tu pak Din? Singgah la dulu, makan ayaq kopi..!!!"  Leh Curut menjerit dari beranda usangnya apabila melihat Din Bunga melintas laju di hadapan rumahnya. "Ohh. Ada orang ka.. ingat tak dak sapa tadi.." balas Din Bunga sambil membuat pusingan U dan berkayuh ke rumah Leh Curut. "Awat nampak gaduh sangat tu?" tanya Leh Curut mengulang soalan tadi yang belum dijawab. "Leh..nak tumpang telaga hang sat. Rasa nak meghuah kencin tak dan² dah ni.." "Pi la belakang tu..baik² sikit. Telaga aku tak dak koq. Aku pasang pagaq buluh ja.. Timba upih tu ada aku sangkut ataih pelenggaq tepi telaga tu" Leh Curut mempelawa dengan senang hati. Setelah beberapa ketika, Din Bunga pun datang dengan wajah kelegaan. "Hamboih..lega aih. Mujoq hang tegoq, aku dok segheyau tak dan sampai rumah ja tadi" kata Din Bunga dengan penuh kelegaan. "Sabit pun nampak deraih sangat..hahaha. Tak pa..tak pa.. mai duk sini ma...

Celik sunnah

Sebelum aku celik ttg sunnah ni, kalau ada pelajar aku tanya "Ustaz, Wahabi tu apa?". "Wahabi itu satu puak yg tak kisah ke politik, ekonomi, gerakan dakwah dsb. Depa ni hanya fokus bab bid'ah dlm ibadah. Sikit² bid'ah.. sikit² bid'ah. Baca yasin mlm Jumaat bid'ah, tahlil bid'ah, kenduri arwah bid'ah dsb. Contohnya Dr Maza . Hangpa jangan jadi mcm tu. Kita hidup bermasyarakat, kena banyak tolak ansur bab bid'ah tak bid'ah ni.." Begitulah antara pendirian aku dulu ttg apa itu 'wahabi'. Sahabat sejak tadika aku Hilmy Kapten antara yg aku gelar wahabi. Lebih² lagi beberapa kali dok ajak aku pi kuliah di IQ. Huh.. memang tak la.. aku tak akan pijak tanah IQ tu. Puak tu bukan tau apa pun. Siang malam dok bincang bab bid'ah ja. Sempit betul.. inilah antara tohmahan aku dulu. Lebih aku meluat lagi dgn wahabi ialah apabila aku terlihat kat youtube ada seorang tokoh 'wahabi' kata Dr Yusuf al Qaradhawi sbg 'Khawarij'...