Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Agama

Biodata ringkas imam-imam mazhab yang 4.

ABU HANIFAH rhm. ( 80- 150 H ) Abu Hanifah  ( ابو حنيفه ) atau nama sebenar beliau  Nukman bin Thabit  ( نعمان ن ثابت ) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di  Kufah ,  Iraq  ketika zaman pemerintahan Khalifah  Abdul Malik bin Marwan . Beliau berasal dari keturunan  Parsi  dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan  Mazhab Hanafi . Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya da...

Allah tidak bertempat? atau; Allah di mana-mana?. Aqidah siapa?

(Saya terjumpa satu artikel yang menarik ditulis oleh hamba Allah yg hanya mahu dikenali sebagai Abu Syu'aib ini. Saya hanya berkongsi tulisan beliau. Jom baca..) Oleh: Abu Syu’aib Secara umumnya di Malaysia mazhab yang diikuti dalam fiqh ialah mazhab al-Syafie sementara mazhab di dalam beraqidah ialah aqidah yang disebut sebagai al-‘Asyairah yang disandarkan namanya kepada Imam Abul Hassan al-Asy’ari. Namun adakah kita mengenali siapakah sebenarnya tokoh ini serta apakah aqidah yang sebenarnya yang dibawa oleh beliau. Dan adakah aqidah al-Imam al-Syafie ialah aqidah al-Asya’irah? Kebanyakkan umat Islam yang mengakui beraqidah dengan aqidah yang disandarkan kepada Abu Hassan al-Asy’ari tidak mengetahui I’tiqad yang sebenar yang dipegang oleh beliau. Adakah aqidah yang menta’wil sifat-sifat Allah seperti sifat “Istiwa’ “ yang dita’wil (diubah) menjadi Istaula (berkuasa) atau aqidah yang dibawa oleh para salafus soleh iaitu mengimani sifat yang dikhabark...