Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah nama yang sangat kontroversi di kalangan umat Islam hari ini. Sebahagian kita melihat sosok tokoh ini dalam sudut pandang yang sangat negatif lantaran maklumat yang diterima selama ini. Hikmah Allah tersembunyi di mana-mana, serangan mungkin diniatkan untuk membunuh karakter sesorang, tetapi sebaliknya Allah menghendaki agar nama ini mendapat pembelaan daripada mereka yang hidup selepas beliau. Objektif tulisan kali ini bukanlah untuk menceritakan semula sejarah atau kronologi kehidupan beliau. Malah saya tidak berminat untuk membicarakannya dari aspek itu kerana kurang nilai dari sudut pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kerana terdapat lebih ramai lagi tokoh yang lebih hebat daipada beliau. Seringkali kita mendengar istilah 'wahabi' ini dilaungkan dalam ceramah-ceramah hanya di peringkat masjid-masjid dan surau-surau sahaja yang rata-ratanya dihadiri oleh orang awam daripada berbagai latar belakang pendidikan
Belajar dan mengajar adalah sebahagian hidup penuntut ilmu