Sewaktu mula2 bergelar ustaz, tinggal pula di kawasan rumah kos rendah, rata² orang kampung.
Balik sahaja dari sekolah, sampai depan rumah, selalunya sudah ada orang menunggu..
"Ustaz.. .malam ni nak minta ustaz tolong jadi tekong yasin dan tahlil"
1)'Perkara baik, apa salahnya'
2) 'Selagi tak ada dalil larangan, tak ada salahnya'.
Mereka yg sudah berpencen mungkin tak ada masalah jika hari2 ada majlis bacaan yasin dan tahlil. Boleh makan percuma hari².. kalau boleh biarlah setiap 3 hari ada orang mati kerana bagi satu kematian akan diadakan majlis yasin dan tahlil 3 malam berturut².
Tetapi bagi seorang pendidik spt saya, malam belum tentu menjadi waktu rehat. Apalagi bagi seorang peminat ilmu, tentulah labih berbaloi dihabiskan malam²nya dengan menelaah kitab2 tafsir, hadis dan sebagainya yg boleh menambahkan ilmu ttg wahyu dan sunnah drp sekadar membaca yasin dan bertahlil hampir setiap malam tetapi jahil intipati al Quran dan hadis.
Jiwa saya tertekan.. sangat tertekan sehingga saya pernah menangis di hadapan arwah isteri saya tempat saya meluahkan rasa sedih saya.
Saya mula mempersoalkan amalan2 seperti ini dalam sudut hati saya
" Betulkah begini cara hidup seorang muslim pada zaman Nabi s.a.w dahulu?
"Adakah nabi s.a.w menghadiri majlis yasin dan tahlil setiap malam seperti saya?"
Dan macam² lagi persoalan berlegar dalam fikiran
Apakan daya, semuanya tak ada jawapan kerana telah menjadi satu trend di kalangan ustaz² dlm masyarakat ini, mesti jadi 'tekong yasin dan tahlil'
Akhirnya saya hanya mampu akur dan biarkan diri di bawa arus selera masyarakat yg lebih cintakan upacara² keramaian berbanding acara keilmuan.
Hari2 saya berusaha menjiwai اهدنا الصراط المستقيم.. bukan sehari dua. malah puluhan tahun. Sehinggalah Allah benar2 tunjukkan jalan tersebut.
Jadi betullah apa yg saya rasa sejak dahulu.. "Takkan Islam ajar macam ni? Bila masa nak faham Al Quran dan hadis kalau hanya dijadikan bacaan2 bagi upacara2 keramaian dan makan2 sahaja? Takkan Islam macam ni kot?!!!".
Kita tak akan faham Al Quran dan hadis jika asyik dengan majlis sambutan berbagai.
Kita hanya akan faham Al Quran dan hadis jika menghabiskan lebih banyak masa kita utk mendalami isi ajarannya.
Yang lain tu semua hanya penipuan, kosmetik dan topeng yg memperdaya orang² bodoh dan malas berfikir.
Tak hairanlah.. tak cukup dgn bid'ah maulidur Rasul, sekarang ada pulak maulid Hassan dan Hussain.
Ini semua kebodohan ahlul bid'ah.
Comments
Post a Comment