Skip to main content

Biodata ringkas imam-imam mazhab yang 4.

ABU HANIFAH rhm. ( 80- 150 H )
Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di KufahIraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau berasal dari keturunan Parsi dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan Mazhab Hanafi. Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah dipujuk oleh khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi ditolaknya kerana bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah. Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-negara Islam dan berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniyah serta jajahan takluknya seperti MesirLubnan, dan Syria.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau sempat belajar dengan beberapa orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. termasuklah Anas bin MalikAbdullah bin Abi AufaSahal bin Abi SaadAbdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas. Kecintaan beliau terhadap ilmu telah membawa beliau untuk menuntut ilmu dengan 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabiin. Ilmu yang dipelajari beliau termasuklah ilmu tauhid, ilmu al-Quran, dan ilmu hadis selain mahir dalam bidang sastera. Beliau pernah berguru dengan Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun sebelum mengambil alih tempat gurunya itu setelah gurunya itu meninggal dunia.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menghabiskan masa di masjid untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tertutama berkenaan bidang agama kepada orang ramai. Beliau juga terkenal dengan kebijaksanaan beliau dalam membezakan hadis sahih dan juga sebaliknya kerana beliau sangat berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum mengikut martabat hadis. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai ahli fikir dalam Islam kerana menggunakan akal fikirannya dalam memutuskan sesuatu hukum apabila sesuatu hukum tidak terdapat di dalam al-Quran. Berbekalkan kebolehan yang dimiliki beliau, beliau berjaya menyusun ilmu-ilmu berkenaan hukum fikah sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah secara tersusun mengikut bab dan fasal. Beliau juga menyusun kitab “Al-Faraid” (harta pusaka) dengan lengkap. Cara pemikiran beliau mempengaruhi anak-anak muridnya yang menyebarkan ilmu mengikut aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan. Beliau acapkali menegah murid-muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal fikiran mengenai sesuatu hukum dan menegah umat Islam beramal dengan perkara-perkara bidaah dalam ibadat.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

  1. Fikah Akbar
  2. Al-Alim Wal-Muta’allim
  3. Masnad Fikah Akbar
  4. Masail An-Nawadir
  5. Masail Usul
  6. Fatwa Al-Waqiah
  7. Al-Kisanayat

Sumber asal: https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hanifah






IMAM MALIK rhm  ( 93 - 179 H )

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Malikitelah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti MaghribiAlgeriaLibyaIraq dan Palestin.

Sifat Peribadi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih. Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefahaman kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Hamzah iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

Kitab Al-Muwatta[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Muwatta Imam Malik
Al-Muwatta (Bahasa Arabالموطأ‎) bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Kitab tersebut merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran. Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selepas Al-Quran selain daripada kitab al-Muwattak karangan Imam Malik."

Sumber asal: https://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Malik



IMAM AS_SYAFIE rhm (    150  - 204 H )

Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, juga dikenali sebagai Imam Syafii (ejaan lain: Imam Syafie) adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di IndiaIndonesia dan Malaysia.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.
Imam Syafii dilahirkan di Ghazzah, daerah Esqalan, di Palestin. Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad S.A.W setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.
Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun. Satu riwayat menyatakan beliau pergi menemui gabenor Madinah dengan berbekalkan surat pengenalan dari gabenor Makkah dan meminta dipertemukan dengan Imam Malik. Pada mulanya gabenor Madinah itu agak keberatan tetapi akhirnya dia menemani Imam Syafii pergi ke rumah Imam Malik. Imam Malik kagum dengan kepintaran Imam Syafii lalu Imam Malik membenarkan Imam Syafii mempelajari al-Muwatta' di bawah bimbingannya. Imam Syafii kekal tinggal di Madinah sehinggalah Imam Malik meninggal dunia. Keilmuan Imam Shafii menarik perhatian gabenor Yaman yang sedang mengerjakan haji di Makkah. Ketika itu Imam Syafii berusia 30 tahun. Gabenor Yaman mempelawa Imam Syafii untuk menjadi qadhi di Yaman. Kerjaya Imam Syafii berjalan dengan baik. Bagaimana pun, perkhidmatan Imam Syafii ini berjangka hayat pendek. Terbukti Imam Syafii adalah seorang qadhi yang adil, tetapi beliau tidak lama kemudian tersangkut dalam pertelingkahan dan perselisihan tempatan yangbukan sahaja menyebabkan Imam Syafii bukan sahaja kehilangan jawatan malah diheret dengan rantai ke Iraq atas tuduhan menyokong Imam Zaydiyyah Yahya ibn Abdullah yang menjadi saingan kepada khalifah Abbasiyyah. Imam Syafii dibawa ke hadapan khalifah Harun al-Rashid di al-Raqqa, Iraq bersama-sama tawanan-tawanan lain pada tahun 187H/803M. Tawanan-tawanan lain dihukum bunuh tetapi Imam Syafii diampunkan setelah beliau berjaya membuktikan kesetiaannya kepada khalifah. Dikatakan bahawa faqih mazhab Hanafi yang terkenal, Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani yang hadir ketika itu juga membela Imam Syafii. Dikatakan khalifah Harun berasa sukacita dengan penghujahan Imam Syafii dan kemudiannya menjadi penaung beliau. Selepas insiden ini, Imam Syafii makin rapat dengan al-Shaybani dan makin giat menumpukan kepada pembelajaran fiqah dan tidak lagi terlibat dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada tahun 188H/804M, Imam Syafii meninggalkan Iraq dan melalui Harran dan Syria lalu ke Makkah. Imam Syafii kembali ke Baghdad pada tahun 194H/810M. Pada tahun 198H/814M, Imam Syafii meninggalkan Iraq lalu menuju ke Mesir atas jemputan Abdullah ibn Musa. Pada tahun itu juga al-Ma'mun menjadi khalifah setelah menewaskan saudaranya al-Amin setahun yang lalu.
Di Mesir, Imam Syafii mempunyai hubungan yang baik dengan gabenor Mesir. Di Mesir, beliau mengabdikan diri pada pengajaran dan penulisan. Antara murid-muridnya di Mesir adalah al-Rabi' ibn Sulayman al-Muradi, Abu Ya'qub al-Buwayti dan Abu Ibrahim Ismail ibn Yahya al-Muzani. Mereka ini banyak mencatat kata-kata Imam Syafii. Di akhir hayat Imam Syafii, beliau terlibat dalam perdebatan dengan seorang pengikut mazhab Maliki di Mesir yang bernama Fityan. Fityan yang kalah dalam perdebatan dengan Imam Syafii berasa tidak puas hati lalu mencaci Imam Syafii. Gabenor yang menjadi penaung Imam Syafii mengarahkan Fityan diarak di jalan-jalan sambil memegang sekeping papan yang bertulis 'inilah hukuman kerana mencaci keturunan saudara terdekat Nabi'. Marah dengan hukuman itu, teman-teman Fityan menyerang Imam Syafii seusai beliau mengajar. Imam Syafii cedera parah lalu dibawa ke rumahnya di Fustat. Beberapa hari kemudian iaitu 30 Rejab 204H/820M, beliau meninggal dunia. Beliau dimakamkan di perkuburan Bani Abd al-Hakam berdekatan Gunung al-Muqattam. Pada tahun 608H/1212M, sultan Ayyubiyyah Mesir, al-Malik al-Kamil membina sebuah kubah di atas makam Imam Syafii yang masih wujud sehingga ke hari ini dan sentiasa dilawati pengunjung.

Sumber asal: https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_bin_Idris_al-Syafii


IMAM AHMAD  ( 164 - 241 H )

Imam Ahmad ibn Hanbal (Bahasa Arab‏‎‎‎‎‎‎‎‎أحمد بن حنبل‏‎‎‎‏‎‎‎ ‎‎‎‎‎‎‎ Ahmad bin Hanbal) (780 [164 AH] - 855 [241 AH]) merupakan sarjana Muslim dan ahli teologi. Selain daripada pengasas mazhab Hanbalibeliau berperanan sebagai Imam Darul Salam, Mufti di Iraq dan juga seorang Ahli Hadith yang zuhud, soleh serta sabar di dalam menghadapi dugaan. Seorang manusi yang paling hafal hadith rasulullah saw beserta sanadnya sebanyak satu juta. Tiada sesiapa yang mampu menandingi kehebatannya. Imam Ahmad dikenang sehingga ke hari ini.

Kelahiran dan Keturunan[sunting | sunting sumber]

Nama penuhnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Habban bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Mazin bin Asyaiban bin Zahal bin Ta'labah bin Akasyah bin Syaab bin Ali bin Bakar bin Wa'il bin Qasyid bin Hanab bin Aqsi bin Da'mi bin Jadilah bin Asad bin Rabiah bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan terkenal dengan gelaran Abu `Abdillah al-Shaybani (أحمد بن محمد بن حنبل أبو عبدالله الشيباني). Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.Wpada Mazin bin Ma'ad bin Adnan.
Ahmad ibn Hanbal dilahirkan di Baghdad pada 20 Rabiul Awal tahun 164 Hijrah bersamaan 780 Masehi. Pada ketika itu Imam Abu Hanifah pengasas mazhab Hanafi telah pun meninggal dunia kira-kira 14 tahun yang lalu. Imam Malik pada ketika itu berusia 71 tahun. Manakala Imam Syafie baru berusia 14 tahun. Beliau lebih dikenali dengan nama datuknya Hanbal kerana datuknya adalah merupakan seorang Gabenor yang amat masyhur di Khurasan ketika pemerintahan Kerajaan bani Umayyah. Manakala ayah Imam Ahmad iaitu Muhammad pula adalah merupakan seorang tentera Bani Hasyim. Beliau meninggal dunia ketika berusia 30 tahun. Imam Ahmad dipelihara oleh ibunya yang bernama Safiyyah binti Maimunah binti Abdul Malik bin Sawadah bin Hindun As Syaibani . Kedua-dua ibu dan bapanya merupakan keturunan arab asli daripada suku Syaiban. Kebanyakan suku Syaiban menetap di Basrah. Kerana itu Imam Ahmad juga digelar Al-Basri.

Perjalanan menuntut ilmu[sunting | sunting sumber]

Bapanya meninggal sewaktu beliau masih kecil. Beliau hidup bersama ibunya. Sebahagian ahli sejarah menceritakan bahawa ibunya menyuruhnya menghafaz Al Quran dan beliau telah menghafaznya sewaktu berusia 10 tahun. Setiap hari ibunya akan membangunkannya di awal pagi persiapkannya serta membawanya bersolat subuh di masjid yang kedudukannya jauh dalam keadaan cuaca yang sejuk.
Ketika Imam Ahmad berusia 15 tahun beliau mula menuntut ilmu hadith di Baghdad, Kufah, Mekah dan Madinah. Tiba di madinah beliau tidak sempat bertemu dengan Imam Malik yang meninggal pada tahun 179 Hijrah. Imam Ahmad keluar menuntut ilmu dalam keadaan miskin. Ibunya berkata, "Aku serahkan dikau kepada Allah swt yang mana Allah, jika kita serahkan barang pada-Nya nescaya tidak akan hilang. Pergilah mengaji hadith". Ibunya mengikatkan gandum, garam dan lain-lainnya sebagai bekalannya. Banyak negeri beliau mengembara ke Kufah, Basrah, Madinah, Mekah. Antara riwayat yang menceritakan kisahnya, beliau berkata'" Daku telah tersesat sewaktu dalam kembaraan ku dengan berjalan kaki ke Madinah sebanyak tiga kali. Setiap kali daku tersesat daku beristighfar kepada Allah serta berdoa; Aku menyebut " يا دليل الحائرين دُلّني "Wahai Yang menunjukkan jalan kepada orang-orang yang kehairanan... tolonglah tunjukkan daku". Kata Imam Ahmad, "kadang-kadang belum sempat selesai daku memohon, Tuhan telah tunjukkan jalan kepada ku."
Imam Ahmad minat utamanya adalah mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan hadith dan mengembara dengan meluas ke IraqSyria, dan Semenanjung Arab mendalami ilmu agama dan mengumpul sunnah Muhammad S.A.W
Ahmad bin Hanbal menuntut di Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan pengetahuan dan ilmunya. Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan mengembara ke seluruh pelosok IraqSyria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama mengumpulkan hadis [[Rasulullah|Rasulullah S.A.W]].

Tawadhu dan kesolehan[sunting | sunting sumber]

Dari Mekah kemudian ke Madinah, Imam Ahmad pergi ke Yaman menuntut ilmu dengan Abdul Razaq As San'ani. Dalam perjalanannya ke Yaman bekalan makanannya telah terputus. Lalu beliau mngambil upah membantu petani di perjalanannya mendapatkan makanan beberapa hari. Tiba di Yaman, nama Imam Ahmad telah pun dikenali. Ramai orang-orang kaya serta pembesar beri wang kepadanya. Namun Imam Ahmad mengembalikannya kepada mereka.
Imam Ahmad kembali ke Baghdad beliau terkenal sebagai orang soleh. Segala rujukan hadith datang kepada nya. Hebatnya Imam Ahmad sehingga jika beliau masuk ke pasar orang akan bertakbir. Solehnya Imam Ahmad sehingga menurut riwayat anaknya, kasut yang dipakai di kakinya itu tidak pernah bertukar selama 18 tahun.
Suatu hari sewaktu di Baghdad yang pada ketika itu sebuah bandar besar, Imam Ahmad berjalan sambil memikul kayu. Beliau bekerja mengambil upah untuk menyara kehidupannya. Ramai yang melihatnya, para pekedai keluar untuk melihatnya, orang yang menunggang kuda berhenti lalu mereka berkata, "Wahai Imam, tidak perlulah mengangkat bebanan berat ini, biar kami mengangkatnya untukmu." Lalu Imam Ahmad mendepakan tangannya, merah padam wajahnya menangis ia sambil berkata "نحن قومٌ مساكين, لولا سترالله لافتضحنا" Kami ini orang susah, jikalah tidak kerana Tuhan lindungi kami maka banyaklah aib kami yang terlihat. Maksudnya, kamu semua ni nak tolong aku kerana kamu sangka aku ini bagus, namun jikalau Tuhan buka kan aib ku nescaya daku ini tiada apa-apa.
Suatu ketika seseorang telah memuji-muji Imam Ahmad. Lalu beliau berkata, "Aku sumpah dengan nama Allah, Janganlah puji daku. Sebab jika kamu tahu dosa-dosa aku sudah pasti kamu akan ambil pasir dan tabur atas kepalaku."
Orang berkata kepadanya, '"Wahai Imam, semua orang memuji mu, sehinggakan tentera yang berperang di sempadan turut mendoakanmu kerana engkaulah yang mengajarkan mereka hadith dan sebagainya. Lalu Imam Ahmad berkata;" Aku rasa ini adalah merupakan Istidraj!. (Maksudnya Tuhan beri kelebihan kepada orang yang jahat agar ia jadi lebih jahat) Aku memohon ampun daripada Allah swt.".
Pada hari ajalnya hendak tiba, Imam Ahmad melihat kepada kedua-dua belah kakinya sambil menangis dan berkata, "Alangkah baiknya jikalau kedua-dua kaki ini sempat pergi berperang di jalan Allah swt".
Imam Ahmad tidak sempat pergi berperang kerana beliau telah dipenjarakan.
Menurut anaknya, Imam Ahmad bersolat sehari semalam sebanyak 300 rakaat.
Setelah beberapa tahun mengembara, Ahmad bin Hanbal berguru ilmu Fiqh dengan Imam Shafie. Ahmad bin Hanbal berpegang teguh kepada Al Quran dan As Sunnah serta menentang bid'ah dalam Islam.

Guru[sunting | sunting sumber]

Antara mereka yang menjadi guru Ahmed bin Hanbal adalah Imam Shafie r.a., Bishar bin Al Mufadal r.a., Ismail bin Ulayyah r.a., Jarir bin Abdul Hamid r.a. dan Yahya bin Said r.a..
Pengumpul dan penyusun hadis terkenal seperti Imam Bukhari r.a. dan Imam Muslim r.a., juga mengumpulkan hadis dari pengumpulan Ahmed bin Hanbal. Penguasaan ilmu hadis Ahmed bin Hanbal begitu menyeluruh sehinggakan imam Shafie kadangkala merujuk kepada Ahmed bin Hanbal mengenai hadis-hadis tertentu.

Fitnah Mu'tazilah[sunting | sunting sumber]

Apabila Khalifah al-Ma'mun ibn Harun ar-Rashid menaiki takhta, di hujung pemerintahannya beliau telah dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah yang banyak terpesong daripada Al Quran dan As Sunnah. Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh golongan Mu'tazilah yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah makhluk ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.
Khalifah telah memaksa para ulama untuk menyatakan bahawa Quran adalah makhluk. Ramai para ulama ditangkap, disumbat ke dalam penjara serta dibunuh. Dikatakan hampir seribu alim ulama yang mati. Adapun ulama yang pro kerajaan Muitazilah menyokong fatwa serta menyatakan barangsiapa yang enggan mengucapkan seperti mana yang diucapkan oleh Mu'tazilah, maka mereka menjadi sesat dan kafir.
Kumpulan Mutazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah al-Ma'mun. Pihak Mutazilah melancarkan untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman yang dibawa oleh kumpulan Mu'tazilah. Para ulama diuji untuk menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.
Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah al-Ma'mun dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan fahaman Mutazilah.
Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mu'tazilah. Sewaktu Al Makmun hendak menangkap Imam Ahmad, Imam Ahmad berdoa agar tidak bertemu dengan Al Makmun. Dengan taqdir Allah, Al Ma'mun telah mati di dalam perjalanan tidak sempat menangkap Imam Ahmad. Namun khalifah Al Mu'tasim yang menggantikan Al Makmun juga sama sepertinya berfahaman Mu'tazilah. Semua para ulama terpaksa mengikut fahaman aliran Kerajaan dan ada yang telah pun mati. Tinggallah Imam Ahmad sebagai sumber inspirasi rakyat yang menjadi rujukan mereka. Imam Ahmad pada ketika itu berkata 'Al Quran Kalamullah, qadeem dan bukannya makhluq.Soal makhluq atau tidak itu merupakan perbincangan falsafah.
Imam Ahmad menceritakan kepada anaknya beliau berkata, "Ketika daku sedang duduk bersolat di tengah malam mereka datang lalu mengheret ku keluar daripada rumahku . Mereka bawa daku, gari daku dengan rantai. Terasa rantai itu berat sangat tidak terdaya daku mengangkatnya. Mereka naikkan daku di atas kuda hendak membawaku ke penjara. Aku tidak mampu duduk di atas kuda. Berat nya besi itu. Setiap kali daku hendak terjatuh daku berkata," اللهمّ احفظني " Ya Allah tolong jaga ku. lalu aku pun tegap. Ya Allah tolong jaga ku. Lalu daku tegap. Lalu mereka pukul kuda agar berjalan, bawa daku masuk ke dalam penjara yang sangat gelap. Sehingga daku tidak tahu di manakah arah qiblat. Mereka mengheretku di penghujung malam. Yang ku sebut hanyalah "حسبي الله لا إله إلّا هو عليه توكّلت وهو ربّ العرش العظيم" cukuplah bagiku Allah. Tidak ada yang diabdikan melainkanNya. Dialah Tuhan Arasy yang maha agung". Tidak tahu di mana hendak berwudhu, lalu dihulurnya tangan, tiba-tiba ada air yang sejuk turun dan beliau pun berwudhu. Begitulah karamahnya Imam Ahmad.
Sewaktu itu di belakang khalifah adalah para ulama Muktazilah seperti Ahmad bin Abi Dua'at. Fahaman selain dari Muktazilah dilarang untuk sebarkan. Para Khatib dan pengajar di masjid-masjid adalah para ulama dari kalangan Muktazilah saja.
Apabila siang, mereka membawa Imam Ahmad berjumpa dengan khalifah Al Mu'tasim. Lalu Mu'tasim berkata, "Wahai Ahmad aku tidak mahu menyiksa kamu. Tolonglah kata sebagaimana para ulama ku kata. Lalu mereka berdebat dengan Imam Ahmad. Segala hujjah dibawakan. Imam Ahmad berkata, "Bawakan kepada ku nas Al Quran dan As Sunnah agar daku boleh ikut apa yang kamu kata. "Mereka enggan. Lalu khalifah memanggil ulama-ulama termasuk Ahmad bin Abi Duat dan mereka berkata," Bunuh dia wahai khalifah! Darahnya kami tanggung!". Namun Mu'tasim berkata,"Aku takkan bunuhnya dengan pedang". Ini kerana pengaruh Imam Ahmad tersangat besar beratus ribu menyokongnya. (Ketika itu penduduk Baghdad berjumlah lebih 2 juta). Imam Syafei berkata'" Daku tidak tinggalkan Baghdad seorang lelaki yang lebih faqih, lebih alim lebih zuhud daripada Ahmad bin Hanbal". Yahya bin Maien(ulama hadith) berkata," Aku cuba untuk jadi seperti Imam Ahmad selama 3 hari tapi tidak terdaya/tidak menjadi". Ali Al Madini, guru Imam Bukhari berkata," Jikalau Imam Ahmad duduk di kalangan Bani israel nescaya dia akan jadi tanda." Sebahagian riwayat kata dia boleh jadi nabi.
Betapa pun solehnya Imam Ahmad, namun khalifah telah memerintahkan Imam Ahmad disebat kerana enggan mengikut fatwa ulamanya. Imam Ahmad disebat sebanyak 160 sebatan. Tukang sebat berkata, "Jika aku sebat gajah sebanyak 16 kali dengan tahap ini akan rebahlah ia." Sekali sebatan Imam Ahmad sebut Bismillah. Kali ke dua Imam Ahmad sebut "La hawla wala quwwata illa billah". Sebatan yang ke tiga dan seterusnya Imam Ahmad sebut" Quran ghaira makhluq! Quran ghaira makhluq" Sehingga sebatan yang ke 160 Imam Ahmad tdak tahan lalu pengsan. Sedar saja dia dapati dirinya berada dalam penjara. Dalam penjara Imam Ahmad hanya menyebut "Hasbiyallah wa ne'mal wakeel..." "Cukuplah bagi ku Allah, Dia lah sebaik-baik tempat menyerahkan urusan" (Kata Ibn Abbas: Inilah kalimah yang disebut oleh nabi Ibrahim as lalu Allah selamatkannya daripada terbakar. Nabi Muhammad melafazkan kalimah ini lalu Allah selamatkan baginda saw)..Al Quran menyebut "الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ Al Imran:173. (Orang-orang yang dikatakan kepada mereka, Nun orang ramai hendak ambil tindakan terhadapmu, bimbanglah mereka akan ambil tindakan! Lalu bertambah iman mereka dan berkata : Hasbunallahu wa ne'mal wakeel" (Cukuplah bagi kami Allah, Dia lah sebaik-baik tempat menyerahkan segala urusan) .
Selama 28 bulan Imam Ahmad di penjarakan. Khalifahpun telah uzur. Rakyat di luar telah pun bising dan khalifah mulai bersusah hati. Sehinggakan apabila dihidangkan makanan khalifah akan berkata," Janganlah hidangkan makanan kepadaku selagi Ahmad bin Hanbal tidak makan". Apabila ditanya Imam Ahmad "sudahkan beliau makan?" Kerana khalifah enggan makan selagi Imam Ahmad tidak makan lalu dijawabnya,"Daku tidak akan makan disebabkan khalifah" Dikatakan sepanjang Imam Ahmad berada di dalam penjara beliau berpuasa. Di malam hari beliau minum dan makan tetapi tidak lah diketahui dari mana datangnya makanan itu. Bahkan sewaktu beliau di hukum sebat oleh khalifah Imam Ahmad sedang berpuasa.
Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah al-Ma'mun memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah Al-Mu'tasim yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah Al-Mu'tasim bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman tersebut dan diberikan balasan hukuman sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah al=Wathiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.

Pembebasan dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Apabila Al Wathiq menaiki tahta baginda telah membebaskan Imam Ahmad. Imam Ahmad pulang ke rumahnya. Ramai lah rakyat yang datang berkunjung menziarahi beliau. Di akhir-akhir hayat Imam Ahmad beliau banyak menghabiskan masanya bersama golongan miskin dan kanak-kanak.. Imam Ahmad berpesan agar perbanyakkan kesabaran kerana hidup di dunia ini teramatlah singkat.
Apabila khalifah Al Mutawakkil menaiki tahta, beliau merupakan seorang khalifah yang menjunjung Al Quran dan As Sunnah. Khalifah Al Mutawakkil telah menghapuskan segala ajaran ulama di zaman khalifah sebelumnya. Beliau telah menghantar sejumlah wang bayaran kepada Imam Ahmad serta memuliakan Imam Ahmad. Tatkala Imam Ahmad melihat wang yang dihantar khalifah beliau berdoa, ( اللهم إني أخشى على فتنة المال اشدّ من فتنة العذاب ) "Ya Allah daku takut kepada fitnah harta lebih daripada aku takut kepada fitnah azab. Kembalikan semula wang ini kepada khalifah tidak mengapa".
Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmed bin Hanbal dibebaskan. Imam Ahmed bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mu'tazilah yang berfahaman sesat.
Selepas Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah. Sebaliknya, dia diberikan penghormatan yang setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya. Dia hendak diberikan ganjaran oleh Khalifah Al-Mutawakkil dan dijemput ke istana untuk mengajar. Walaupun demikian Ahmed bin Hanbal enggan menerima tawaran tersebut kerana enggan mendekati istana dan mereka yang berkuasa di istana. Khalifah Al-Mutawakkil sebaliknya memberikan ganjaran kepada Salih bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmed bin Hanbal. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuannya, Ahmed bin Hanbal memarahi anaknya dan enggan memakan sedikitpun daripada kemewahan anaknya.
Ahmed bin Hanbal menjadi masyhur dan terkenal dengan warak dan ketaksuban kepada hukum Allah. Pengajaran dan penulisannya membolehkan pengikutnya mengasaskan mazhab Hanbali.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Berkata anak kepada Imam Ahmad," Apabila bapaku telah dibawa keluar daripada penjara beliau semakin uzur dan lemah" Suatu hari anak beliau mendapati bapanya menangis di dalam bilik dalam kegelapan. Lalu anak nya bertanya,"Kenapa wahai ayah...?" Imam Ahmad jawab," Aku memikirkan bagaimanakah keadaannya apabila daku duduk di dalam kubur kelak...". Anak nya berkata," Ayahku, duduklah bersandar kerana ayah sudah uzur dan tidak larat" Imam Ahmad jawab," Bagaimanakah daku hendak bersandar sedangkan daku mendengar hadith di mana Allah berfirman," " أَنَا جَلِيسُ مَنْ ذَكَرَنِي " maksudnya :"Aku(Allah) lah yang duduk di samping orang yang duduk mengingati ku". Kata Imam Ahmad,"Tatkala hadith itu berbunyi 'Allah duduk', (**duduk di sini dengan kebesaran Allah tidak serupa dengan makhluq) maka daku ingin berbaring sambil daku mengingatiNya..." Lalu Imam Ahmad pun meninggal dunia.
Tatkala Imam Ahmad hendak meninggal beliau berkata , ( اللهمّ اغفر من ظلمني, اللهمّ اغفر من ضربني, اللهمّ اغفر من سجنني...إلّا صاحب البدعة. يكيد به الإسلام, فلا تسامحهم)" Ya Allah ampunkan lah dosa orang yang menzalimi ku, ya Allah ampunkan lah dosa orang yang pukul aku, ya Allah ampunkan lah dosa orang yang memenjarakan daku, melainkan janganlah engkau ampunkan orang-orang yang suka berbuat bid'ah. Kerana mereka lah yang banyak berbuat tipu daya tentang Islam maka janganlah Engkau ampuni mereka".
Meninggallah Imam Ahmad. Khalifah telah mengishtiharkan bahawa beliau akan bersolat jenazah. Diriwayatkan bahawa tatkala Imam Ahmad meninggal, seramai sejuta tiga ratus ribu orang telah keluar menyembahyangkan jenazahnya. Meninggalnya Imam Ahmad, seluruh Baghdad diam. Sehingga kaum Yahudi dan Kristian yang berniaga di Baghdad turut menutup kedai-kedai mereka. Ramainya orang yang mengambil wudhu berterusan daripada waktu dhuha sehinggalah ke waktu asar kerana ingin menyembahyangkan jenazah beliau. Dikatakan jenazah Imam Ahmad hanya diletakkan di hujung jari sahaja hingga sampai di kuburan menggambarkan terlalu ramainya yang mengiringi jenazah beliau. Walaupun sepanjang kehidupannya Imam Ahmad disebat, dipukul diletakkan di atas keldai dibawa keliling kota Baghdad . Beliau di hina dan dipukul di khalayak ramai namun rakyat akhirnya menyebut "Ahmad bin Hanbal Imam Ahli Sunnah wal Jamaah" , "Ahmad bin Hanbal Imam Ahli Sunnah wal Jamaah". 1.3 juta bersolat atas jnazah Imam Ahmad termasuk khalifah dan tentera-tenteranya yang dahulu mereka jugalah yang memukulnya. Dikatakan tentera terpaksa memperbetulkan barisan jamaah yang bersolat dek terlalu ramainya. Imam Ahmad bin Hanbal contoh ulama yang tetap istiqomah tidak berganjak atas keyakinannya walaupun pelbagai siksaan dikenakan ke atasnya. Namun hingga ke hari ini tidak ada seorang muslim pun melainkan tahu bahawa Imam Ahmad bin Hanbal Imam Ahli sunnah wal jamaah.
Ahmed bin Hanbal meninggal dunia di Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan 31 Julai855M. Mengikut Tarjamatul Imam, lebih 860,000 orang menziarah semasa pengkebumiannya.

SUmber asal: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_ibn_Hanbal



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah benar . Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya... Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan. Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau. Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini. Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dar

Aliran-aliran Pemikiran dalam Islam

Aliran-aliran pemikiran dalam Islam. Muktazilah Muktazilah  (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam  Islam  yang terkenal dengan sifat  rasional  dan  liberal . Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.  Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Sejarah perkembangan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di  Basrah ,  Iraq , apabila  Wasil ibn Ata  meninggalkan kelas pembelajaran  Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu  Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn  (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk  Amr ibn Ubayd  kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri m