Skip to main content

Celik sunnah

Sebelum aku celik ttg sunnah ni, kalau ada pelajar aku tanya "Ustaz, Wahabi tu apa?".

"Wahabi itu satu puak yg tak kisah ke politik, ekonomi, gerakan dakwah dsb. Depa ni hanya fokus bab bid'ah dlm ibadah. Sikit² bid'ah.. sikit² bid'ah. Baca yasin mlm Jumaat bid'ah, tahlil bid'ah, kenduri arwah bid'ah dsb. Contohnya Dr Maza . Hangpa jangan jadi mcm tu. Kita hidup bermasyarakat, kena banyak tolak ansur bab bid'ah tak bid'ah ni.."

Begitulah antara pendirian aku dulu ttg apa itu 'wahabi'. Sahabat sejak tadika aku Hilmy Kapten antara yg aku gelar wahabi. Lebih² lagi beberapa kali dok ajak aku pi kuliah di IQ. Huh.. memang tak la.. aku tak akan pijak tanah IQ tu. Puak tu bukan tau apa pun. Siang malam dok bincang bab bid'ah ja. Sempit betul.. inilah antara tohmahan aku dulu.

Lebih aku meluat lagi dgn wahabi ialah apabila aku terlihat kat youtube ada seorang tokoh 'wahabi' kata Dr Yusuf al Qaradhawi sbg 'Khawarij'. Makin panas la aku jadinya kerana sejak dibangku universiti aku dewasa dgn kitab2 Qaradhawi, Syed Qutb dsb.

Habis tu macamana aku boleh ter'wahabi' juga akhirnya? 😜😜😜.

Puncanya ialah apabila aku mula rasa pelik dgn habib2 yg sering bertandang ke kampus aku. Pelajar² aku pun jadi pelik2 belaka. Sejak aliran kubur dari yaman ini mendapat sambutan gila2 di Malaysia, aku mula cuak dgn ketaksuban para pengikut mereka ( termasuk 'al Banjari' dari Indonesia seorang tu). Aku bukan tak kenal beliau, dahulu dok tadah kitab as Syifa' di Dehrang setiap minggu pada awal tahun 90an . Tapi ketaksuban pelajar2 aku kpd guru aku seorang ni juga membuat aku tercari2 puncanya.

Aku terus mencari dan mencari.. aku mula 'confront' dgn pelajar2 aku. Istilah yg mereka guna utk aku ialah 'WAHHABI'.. Aku tersentak dgn labelan baharu aku itu.. "Kenapa pula aku digelar 'wahabi'. Kat mana wahabinya aku ni? Sejak bila aku ada hubungan dgn wahabi? Sedangkan aku sendiri amat anti dgn wahabi. Pelik bin ajaib.. maka aku mula membaca tentang wahabi pula.. siapa tu Muhammad bin Abdul Wahhab tu? Orang jahat ka dia tu?

Persoalan² kajian (Research Questions) ini menghantui seluruh fikiran aku dan menjadi batu tanda yg bagus dlm pencarian aku ttg apa itu wahabi.

(Bersambung. 😁 Biasa la.. pengaruh drama melayu.. time nak pukul org tu la depa nak 'cut'! . Baru la org pakat bincang.. ko agak² la kan.. penumbuk tu sampai tak ke muka org tu? 🤔🤔🤔).

_______________________________

Persepsi negatif aku mula 'spark'  apabila terbaca komen dua org ulama idola aku iaitu as sheikh Dr Yusuf Qaradhawi dan as Sheikh Dr Wahbah az Zuhaili terhadap As Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab. Sosok yg menjadi mangsa serangan ahlul bida' wal ahwa' ini dgn berbagai tohmahan kejahatan itu tiba2 dianggap tokoh reformis oleh kedua2 ulama ini. "Aik... macamana pula ni?" Aku mula terasa ada sesuatu yg aku ketinggalan selama ini. Aku beli buku Wahbah Az Zuhaili, aku baca kulit ke kulit. Persepsi aku mula berpusing sedikit demi sedikit 360°. Kata sheikh wahbah az zuhaili rahimahullah:

“…Beliau adalah suara kebenaran yang berani, pendakwah terbesar bagi islah atau pembaikan, membina umat, jihad, dan mengembalikan individu Muslim supaya berpegang pada jalan salafus soleh yang terbesar, iaitu dakwah Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah”

– Al marhum as Syeikh Wahbah al- Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din Qarn al-Thani ‘Asyar.

Dalam waktu yg sama, aku terlihat di facebook peluru² ampuh Dr Muhamad Rozaimi ketika berhujah dgn ahlul bid'ah. "Wah .. kemas anak muda ni.." bisik hati ku. Aku terlihat juga satu komen ahlul bida' tentang amaran bahaya anak muda si Rozaimi ini jika beliau tamat belajar nanti dan pulang ke tanah air. "Wah takutnya depa kat budak ni..". Aku mula mencari video² Dr Rozaimi di Youtube.. aku mula memasang azam utk terus mengkaji aliran ahlul hadis ini. Minat aku terhadap hadis makin kuat walaupun ijazah pertama aku ialah dlm al fiqh wa usul al fiqh. Aku terus ikuti fb Dr Rozaimi sehinggalah beliau benar2 tamat peringkat kedoktoran beliau dan pulang ke tanah air. Aku sangat kagum dgn penguasaan ilmu hadis beliau sehingga aku PM cuba bertanya kalau2 beliau sudi dtg mengajar di kampus aku yg telah lama menjadi sarang 'ahlul kubur' ini. Tiba2 beliau respon. Namun aku sedikit kecewa krn beliau menolak tawaran utk kuliah bulanan. Cumanya kalau acara seperti seminar atau daurah, beliau sanggup. Tak apa lah, aku simpan dulu janji beliau. Aku terus mengikuti ceramah beliau di youtube spt biasa dan aku berusaha membeli kitab² yg beliau sebut dlm kuliah. Parah juga nak dapatkan kitab² tu semua kat Malaysia ni...

Kemudian aku terpandang satu lagi sosok baru di Youtube.. Maulana Fakhrurazi...

( Bersambung lagi..)
..........................................................

(Maulana Fakhrurazi).

Setelah aku sedikit kecewa krn tak dapat menadah kitab dengan Dr Rozaimi, aku teruskan usaha menjejak guru² yg boleh ajar aku tentang ilmu hadis. Aku taip keyword 'wahhabi' di ruang carian Youtube. Tiba² terpampang wajah seseorang yg tak pernah aku lihat wajahnya sebelum ini. Tajuknya tentang wahabi. Aku click dan dengar...

"Wah.. sarat dengan kitab2 rujukan dan jarang beri pendapat dia sendiri.." bisik hatiku. "Dia ni dok mana? Macamana nak cari dia?" aku mula tak senang duduk kerana terlalu teruja nak mengaji dgn beliau. "Hmm.. Orang Kuala Kangsar ni" aku dah mula dapat 'clue'. Tiba² aku teringat sahabat aku Duan a.k.a Mohd Rhb juga org kuale. Aku terus wassap dlm grup bikers aku.

"Tak pa ustaz, minggu ni saya nak balik kuale, nanti saya siasat dia dok kat mana" reply Duan memberi aku harapan yg berbunga².

"Ok Duan, minta tolong sangat². Saya tak sabar nak berguru dengan dia".

Seminggu selepas itu, Duan pun telefon aku "ustaz, saya dah jumpa maulana baru2 ni. Saya pi terus jumpa dia di surau yg dia mengajaq. Dia kata dia boleh turun Penang kalau kita sungguh2 nak mengaji kitab dengan dia" kata Duan memberi aku sinar baru dalam hidup yg sementara ini.

"Alhamdulillah.. kita set hari dengan Nik Saifudean. Kita tembak pi kuale selepas balik kerja" kataku dengan penuh semangat. Siang atau malam kami dah tak masuk perkiraan walaupun kami tahu perjalanan kami yg jauh itu akan menyebabkan kami sampai di rumah maulana agak larut malam dan esoknya kami kena pergi kerja pula.

Tiba hari yg disepakati, kami pun bergerak bertiga ke kuala kangsar selepas isyak. Nik punya tekan minyak mcm pelesit dengan 4x4 dia. Kalau tak biasa dgn kelajuan tinggi, boleh dapat 'mild parkinson'.

Tepat jam 12 malam ehh .. 12 pagi, kami pun sampai depan rumah maulana. Cikgu Masri Zainal Abidin dan ustaz Amri sudah siap menanti kami bersama maulana.

"Minta maaf maulana, kami sampai dah lewat ni.." kata Duan sebaik shj menyambut tangan maulana. "Tak apa².. jemput masuk" kata maulana dengan senyuman ikhlas seorang guru yg hebat. Kami pun melangkah masuk.. mataku terbeliak melihat hiasan rumah maulana,

"MasyaAllah..!! penuh kitab sampai ke siling" bisikku dalam hati...

Aku dan kawan² aku melangkah masuk ke dalam rumah maulana. Duan dan Nik sibuk bersembang2 dgn maulana. Aku dah tak fokus lagi dah apa yg depa sembangkan. Mataku asyik memandang ke rak² kitab maulana. "Huh... Ini baru betul² mengaji. Kalaulah maulana sanggup turun ke Penang. Boleh la aku tumpang timba ilmu drp maulana". Hati aku terus berbicara. Ya lah, hadis bukanlah bidang aku. Banyak yg aku jahil ttg ilmu hadis. Bidang sebenar aku ialah Al Fiqh wa usul al fiqh + psikologi. Aku sempat belajar psikologi sehingga peringkat PhD, tapi aku tak tamatkan krn ujian besar yg melanda hidupku. Aku kehilangan isteri tercinta, ayahku dan adik bongsuku sakit tenat ( Kini ketiga² mereka sudah tiada ). Bertalu2 aku dihubungi oleh pihak universiti, jangankan jawab, angkat telefon pun aku tak mampu. 3 tahun aku hidup dlm linangan airmata. Andai aku ingin menyambung semula pelajaran, pasti aku akan pilih bidang hadis. Kesedaran aku ttg pentingnya bidang hadis makin kuat sejak sahabat aku Hilmy Kapten sering bertandang ke rumah aku dan berbincang ttg assignment beliau yg ketika itu juga sdg menyempurnakan tesis master beliau dlm hadis. Aku yg masih kelabu ttg takhrijul hadis atau naqdul hadis hanya mampu menterjemah tapi tak tahu apa². Nama Dato Dr Radzi Othman dan Dr Maza kerap meniti di bibir beliau. "Wahabi semua ni.." bisik hatiku setiap kali Hilmy Kapten sebut dua nama itu.

"Jemput minum ustaz" tiba² aku ditegur oleh maulana. Teh O panas dan beberapa juadah lagi yg sudah pun dihidangkan oleh Allahyarham kak su ( isteri maulana ).

Sambil² minum kami mula berborak ttg beberapa isu-isu agama. Semasa berborak, selang beberapa minit, maulana akan bangun dan tarik keluar kitab² yg berkaitan dgn tajuk yg kami bincangkan. Tak sampai setengah jam, aku sudah tenggelam dlm timbunan kitab-kitab maulana. Duan dan Nik hanya mampu melihat aku yg sedang asyik membelek kitab² yg dikeluarkan oleh maulana. Maklumlah, aku seorang sahaja yg faham bahasa arab di antara kami bertiga.

Satu isu yg bincangkan pada mlm itu ialah 'trend' ambil sanad drp tok sheik2 tareqat yg jadi kegilaan pada masa itu. Tiba2 mulut aku gatal .. "Maulana ada sanad tak?". Nasib baik maulana tak ligan aku dengan penyapu sebab tanya soalan mcm tu. Kelihatan wajah maulana agak terkejut dgn soalan itu. Tapi aku yakin maulana tahu aku bukan berniat nak pertikaikan kesahihan ilmu beliau, sekadar org baru yg tak pernah lihat apa itu 'sanad' yg dimiliki oleh ahli² hadis. "Ada insyaAllah.." jawab maulana perlahan sambil tersenyum tawar. Aku belum habis gatal mulut " Mmm.. boleh ana tengok?".

"Boleh insyaAllah..". Maulana bangun dan berjalan ke satu sudut almari kitab beliau dan tarik keluar sekeping lembaran kekuningan yg agak lebar saiznya. Mata kami semua tertumpu kpd selembar kertas di tangan maulana.

"Nah.. inilah yg guru ana bagi dulu" kata maulana sambil menghulurkan lembaran kertas tadi. Kami bertiga membelek sanad tersebut dgn penuh minat. "Tu diaaa... Ini kali pertama ana dapat lihat sanad" kataku pada maulana dgn penuh kagum dan teruja.

"Tak dak apa sangat pun sanad tu ustaz, bukan lesen masuk syurga pun. Sekadar pengiktirafan guru ana saja. Tapi nak dapat sanad ni mmg perit laa.." maulana mula bercerita tentang ketatnya syarat utk terima sanad tersebut. Kami hanya mampu mendengar sambil sesekali menggeleng kepala.

Hampir satu jam, berbagai isu agama yg kami bincangkan. Aku kagum dengan cara maulana yg jarang beri pendapat beliau sendiri dlm isu agama. Setiap isu agama pasti beliau akan buktikan dengan berbagai kitab. Manakala aku pada malam itu masih bertanya soalan2 yg terlalu asas yg menjadi sempadan pemisah antara aqidah salaf dan aqidah ahlul kalam spt asyairah, maturidiyyah, muktazilah dan jahmiyyah. Sesekali fikir balik, terasa bodoh pula rasanya tanya soalan2 yg sgt asas mcm tu. Tapi maulana faham agaknya, aku belum mampu tinggal seluruh aqidah lama aku. Maulana tetap layan soalan2 aku itu dengan bersungguh-sungguh. Lebih malu lagi, aku bukan 'layman' kot, dah ada title 'ustaz' pula tu. Ternyata ilmu kalam telah membuang umur²ku yg berharga dan membodohkan akalku. Cuma dlm isu fiqh dan usul al fiqh, pandangan aku agak luas krn sememangnya bidang aku. Manhaj salafi amat serasi dengan keluasan fiqh yg aku pernah pelajari. Ini faktor sampingan yg mengubah cara berfikirku utk menyiasat apa itu 'wahabi' sebenarnya.

"Ustaz, boleh kot kita minta diri dulu. Dah jam 1 pagi ni. Esok us kerja" Duan mengingatkan aku yg masih rancak berbincang berbagai isu dgn maulana.

"Ehh.. dah jam 1 lebih. Ok2.. kami minta diri dulu ya " kataku pada maulana.

" Macamana dengan hajat kami nak jemput maulana ke Penang sebulan sekali tu?" sambungku lagi.

"InsyaAllah nanti ana bincang dengan cikgu Masri dan us Amri dulu. Apa² nanti kami akan berhubung dgn Duan" kata maulana memberi sedikit harapan kepada kami.

Kami pun bersalaman dan berpelukan sebagai tanda ukhuwwah fillah. Malam itu hatiku tersangat bersyukur kpd Allah kerana akhirnya maulana yg selama ini aku hanya mampu tonton di youtube kini telah aku jumpa di alam nyata. Suka, sebak dan macam2 perasaan aku kerana Allah kembalikan aku pada jalan salaf, jalan yg ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat r.a dan imam2 salafus soleh. Selama ini rupanya aku melalui jalan yg dilalui oleh ahlul kalam drp kelompok Asyairah, muktazilah, Jahmiyyah dan lain2 yg tak dikenali oleh para sahabat r.a.

Selang beberapa minggu, Duan maklumkan pada aku bahawa maulana dah lapangkan jadual beliau utk mengajar di Pulau Pinang sebulan sekali secara tetap. Maka bermulalah aku belajar hadis secara lebih formal sehinggalah ke hari ini. Setiap bulan maulana mengajar tafsir al Quran, kitab Mishkat al Masabih dan Bulughul Maram. Alhamdulillah semua kuliah maulana di rakam dan disiarkan secara LIVE oleh sahabat saya akh Hikam Abu Bakar daripada PROmediaTAJDID.

Seterusnya... nantikan sambungan....

(Aku dan Dr Maza).

Sebenarnya aku sudah lama kenal tokoh ini. Kami satu sekolah dan satu batch. Tapi aku lambat ikut kuliah² beliau kerana takut jadi 'wahabi'.

Dulu aku tak suka bergaul dgn Dr Maza sebab dia tak merapu macam aku. Dia tak ada acara lompat pagar asrama dan pergi tonton wayang kat Komtar Pulau Pinang. Yg aku paling rimas, siang malam kat bilik dia asyik dimainkan kaset ceramah² Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Cara dia bercakap ketika bagi tazkirah selepas solat maghrib pun banyak tiru gaya TGHH. Memang dia 'taksub gila' dengan TGHH. Aku pulak jenis 😎🌹 sikit, jadi aku ni mcm tak layak la kawan dgn dia. Dia ada geng sendiri, semua serban besar2 belaka. Ke hulu ke hilir depa jalan sama². Mulut depa dok zikir "amar ma'aruf nahi munkar' sedia². Waktu tu aku rasa kami yg bukan geng depa ni semua mcm geng buat kemungkaran la kiranya. Kalau geng depa bagi tazkirah, kalau tak 'paku' atas kepala kami, mmg mcm tak cukup rukun khutbah. Satu lagi yg aku tak gemar Dr Maza ni ialah, sikit² 'taghut'.. sikit² 'taghut'. Kuat betul pengaruh TGHH dlm diri dia. Aku yg menginap di bilik sebelah ni dah bernanah telinga asyik dengar ceramah TGHH diulang2 siang dan malam.

"Eeiii.. rimasnya aku.. tak dak kaset lain dah ka?" antara rungutan aku setiap kali dia mula mainkan kaset dia. Bukan setakat kaset TGHH saja yg penuh dalam almari dia, buku pun semua buku2 TGHH. Punya la fanatik. Waktu tu beliau lebih dikenali dgn panggilan 'pak ngah'.

Satu lagi yg aku cukup bengang dgn pak ngah ni ialah asal cuti ja, dia akan anjurkan qiamullail. Aku yg jenis sedap tidur ni mmg bengang sangat dgn dia waktu tu. Itu belum cerita bab usrah lagi.

Satu hari pak ngah buat majlis qiamullai di sebuah surau di Mengkuang Simpang di Bukit Mertajam (Tak jauh dah dengan IPG Kampus Tuanku Bainun dan Institut Al -Qayyim hari ini). Dia jemput mcm² jenis ustaz buat pengisian program, kami berzikir munajat beramai² dan berqiamullail sampai menangis beramai². Tapi yg aku masih ingat sampai sekarang, aku diganggu makhluk halus kat surau tu. Aku kerap kena ganggu dengan benda tu mungkin kecenderungan aku belajar mcm² jenis silat. Nak jadi cerita, aku tak bawa selimut. Untuk mengelakkan kaki aku sejuk, aku ambil sejadah dan balut kaki. Tak lama kemudian ketika kawan² yg lain dah 'belayar' sampai Benua India, tiba² ada makhluk spt bersayap terbang pergi dan balik atas kepala aku dlm kegelapan mlm itu. Aku cuba perhati makhluk tersebut, tapi tak nampak apa². Aku mula mengesyaki ini bukan biasa² ni. Kumat-kamit aku mula membaca ayatul Kursiy. Tapi tak ada kesan pun. Makhluk itu terus menyerang aku.

"Jangan2 jin Islam dak?" bisik hati aku. Sebab berlaku dlm sebuah surau.

Aku bingkas bangun dan cuba amati sekeliling, semua org dah sampai 'Benua India'. Ada yg berdengkur bunyi mcm mesin tebu, hon Morris Minor dan mcm² irama lagi. Meriah!!!

"Jangan² jin Islam.." gerutu hatiku sebab dah baca mcm2 tapi tetap diganggu. Aku terpandang kaki aku yg berbalut dgn tikar sejadah.

"Jangan2 ini puncanya. Dia marah kot..". Aku perlahan² lucutkan tikar sejadah dari kaki aku dan cuba baring semula.

"Hmm.. dah tak ganggu!"

Aku bangun semula utk ujikaji seterusnya. Aku belit semula kaki aku dengan tikar sejadah tadi dan baring semula..

Sebaik sahaja aku letak kepala, benda tadi datang semula dan mengibas2 muka aku dengan kuat.

"Arghh.. aku rasa dia dah.." aku tendang tikar sejadah tadi dari kaki aku..

Suasana kembali sepi...

"Oh..ok2.. faham dah. Hang marah no.. maaf na.." aku lipat semula tikar sejadah tadi dan baring semula..

Tiada lagi gangguan. Aku sambung semula tidur aku sehinggalah pak ngah kejutkan kami semua utk berqiamullail bersilih ganti dengan zikir munajat beramai-ramai dan termasuklah acara menangis beramai-ramai. Trend zaman 80an dulu mmg mcm ni. Masa tu pak ngah belum lagi jadi 'Bapa Wahabi Malaysia' spt yg digelar oleh ahli-ahli kubur dan ahli bid'ah hasanah wal jamaah.

Selepas keputusan SRP diketahui, ramai batch aku yg dapat tawaran ke Kolej Islam Kelang ( KIK) termasuklah pak ngah. Aku kurang bernasib baik, sekadar menyambung di tingkatan 4 di sekolah yg sama. (Selepas penghijrahan besar-besaran kawan² satu batch aku ke KIK, aku tak pernah lagi bertemu beliau sehinggalah aku belajar sehingga ke peringkat PhD di USM, aku pernah sekali berselisih kat tangga fakulti ilmu kemanusiaan. Aku ingat dia dah tak kenal aku.Tiba² aku ditegur:

" Ehh..enta reejal kan?" sambil bersalaman dengan aku.

Kami pun bertanya khabar antara kami secara ringkas. Selepas itu kami pun bersalaman utk bersurai..

"Huh.. wahhabi!!" kataku dalam hati sambil berlalu pergi. ( Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2006 kalau tak silap).

Sekitar tahun 2016 atau 2017 (aku tak berapa pasti). Setelah kira² 2 tahun aku berjinak² dengan kuliah² Dr Rozaimi dan Maulana, aku pun mula memberanikan diri menjejak kaki di IQ Mengkuang. Itu pun masih bukan sebab Dr maza. Puncanya ialah aku cuma nak dengar kuliah Dr Rozaimi. Sahabat² yg sepengajian dalam kuliah Maulana Fakhrurazi hantar mesej ke Whatsup aku..

"Ustaz, Welcome to the club ".

( Bersambung).

Sejak kali pertama aku berjaya menjejak kaki di IQ dlm kuliah Dr Rozaimi, keberanianku utk cuba menghadiri kuliah Dr Maza pula mula berputik. Tapi aku risau lensa kamera Muhammad Sobri atau Abu Uwais Al Qarny dan krew promedia tajdid yg lain yg asyik merakam wajah² hadirin.

"Mampus aku kalau muka aku kena rakam.. masuk dlm Youtube dan Facebook..!!! " getus hatiku risau jika aku dicop 'wahhabi' oleh kawan² sepejabat, jiran² dsb. Inilah perasaanku setiap kali lensa kamera promediatajdid dipusing ke belakang. Samada aku tundukkan kepala atau aku berselindung disebalik orang yg dihadapan aku.

Suatu hari..

" Ustaz, esok Dr Maza turun IQ mengajar tafsir al Quran.. jom.." tiba² poksu Lel a.k.a Ahmad Azlan Mohamad 'wahhabi Kelantan ori' tulis dlm whatsup.

"Wah.. teringin jugak ni" fikirku .

" Tetapi kali ini kalau org tahu aku hadir kuliah Dr Maza, ' confirm' kali ni dapat title wahhabi " , risau digelar 'wahhabi' masih menghantui diri aku.

Mana tak risaunya, kawan2 sekerjaku adalah ustaz² yg anti- wahhabi. Mana² pelajarku yg rajin hadir ke IQ juga menjadi buah mulut mereka

" Budak² kita ada tiga empat orang yg dah jadi 'wahhabi' " kata salah seorang mantan ketua jabatan aku dengan wajah penuh kebimbangan. Waktu itu aku hanya mampu menganggukkan kepala dan tercari-cari siapakah mereka itu?

( Bersambung... bawa kereta dulu)

Antara nama yg aku masih ingat, nama² yg disebut sbg terpengaruh dgn wahabi ialah Mohd Solahuddin Che PaMuhammad Nasrullah, Fatin, Fahmi, Ishaq Shairazi dan beberapa lagi nama yg aku tak pasti nama FB mereka. Mereka 'disahkan' dah jadi 'wahhabi' oleh pensyarah² mereka. Aku yg waktu itu masih mengkaji apa itu wahhabi terpinga² antara mengiyakan ataupun sebaliknya. Cuma satu yg aku sering berkata dalam hati... "beraninya budak² ni pi ke IQ, lubuk wahhabi tu".

Ok..ok..berbalik kpd cerita aku pergi dengar kuliah Dr Maza buat kali pertama. Gusarnya hati aku semasa dlm kereta dlm perjalanan ke kuliah Dr Maza selepas solat Isyak.

"Betul ka apa aku buat ni? Kalau muka aku masuk dlm Youtube atau Fb nanti macamana?" rungutku seorang diri kerana masih risaukan penghijrahan aku dihidu oleh rakan² asatizah ashairah yg lain. Namun pedal minyak terus aku tekan sehingga membawa aku ke perkarangan parkir IQ. Aku lihat ramainya orang yg datang utk mendengar kuliah Dr Maza. Tak ada siapa sangat yg kenal aku, maklumlah aku 'wahhabi baru daftar' ataupun 'Ashairah baru bertaubat'.

Aku terpandang seorang peniaga kitab yg berwajah comel ala² baby face sedang sibuk mengambil duit orang ramai yg singgah di meja beliau, itulah sahabat yg aku kasihi akh Hadi Akmal tauke buku. Pantang aku ialah tengok buku, aku tak mampu tahan diri, akhirnya aku terpaksa juga menyerahkan duit aku kepadanya seperti 'mangsa²' buku yg lain. Kalau tak silap, aku ambil novel Hamka.

Aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, dan bersama hadirin yg lain menunaikan solat isyak berjamaah. Selesai solat, masing2 berzikir sendiri² sepertimana yg tercatat dalam kitab² hadis ttg tatacara solat Nabi s.a.w. Terasa tenang dan damai.


Aku mengambil kedudukan di sudut yang agak tersorok untuk mengelakkan wajah aku dirakam oleh lensa krew Promedia Tajdid. Tak beberapa lama, mataku terpandang Dr Maza berjalan ke pentas di hadapan dewan untuk memulakan kuliah. Inilah kali pertama aku duduk dalam majlis beliau. Kenangan demi kenangan semasa kami sama-sama di sekolah dahulu sesekali melintas di fikiranku sambil aku mendengar kuliah beliau. Malam itu beliau membacakan tafsir juz amma. 

"Wah.. hebat sungguh kupasan dia ni. Bukan setakat kuasai hadis, tafsir Al Quran pun sakan.." kata hatiku yang sangat tersentuh dengan kupasan ayat-ayat Al-Quran. Ada ketikanya dalam diam air mataku  bergenang di kelopak mata kerana terbuka satu demi satu kefahaman yang mendalam tentang maksud-maksud wahyu Allah. Aku bersyukur kerana punyai kawan seperti beliau yang suatu ketika dahulu aku terlalu negatif dan skeptik dengan beliau.

'Maafkan aku pak ngah..." bisik hatiku lagi. 

Selesai kuliah malam itu, aku duduk berbual-bual dengan beberapa rakan lain yang aku kenal. Tiba-tiba Dr Maza terpandang aku dan matanya terpaku tepat memandang mataku. 

"Ehh...enta Reejal kan?" kata beliau sambil menghulur tangan kepadaku untuk bersalaman.

"Ya..ya.. " aku bingkas bangun dan menyambut tangan beliau.

Kami berbual tentang kerjaya dan beberapa perkembangan terkini. 

"Ustaz ni la yang atur daurah dengan Dr Rozaimi hari tu" celah salah seorang rakan aku cuba memberi maklumat kepada Dr Maza. Barangkali dia ingat kami baru kenal malam itu.

"Jenuh juga la kena tembak dengan kawan-kawan..." kataku sambil disambut dengan ketawa oleh yang lain-lain. Mereka sudah biasa dengan label 'wahabi' sehingga tiada rasa terkilan pun dengan gelaran itu. Malah golongan yang menggelar mereka dengan gelaran itu bagi kawan-kawan aku ini sudah menjadi bahan jenaka mereka.

"Enta apa semua kena bantu sahabat kita ni..insayAllah" kata Dr Maza kepada kawan-kawan aku yang lain sambil menepuk bahuku. 

"InsyaAllah " sambut yang lain-lain. Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah-wajah mereka. Ini kali aku betul-betul macam dah 'join the club !'. Tapi aku juga sedar, aku sudah jauh ketinggalan di belakang kawan-kawan aku. Walaupen mereka bukan 'ustaz' seperti aku, kefahaman sunnah mereka sudah jauh ke hadapan berbanding aku. 



Aku pulang ke rumah malam itu dengan penuh rasa syukur dan berazam untuk terus menadah ilmu daripada beliau setiap bulan. Aku mendapat satu keberanian baru apabila aku melihat semangat ingin menegakkan sunnah di kalangan para hadirin yang ada malam itu.

"Kalau depa tak kisah digelar 'wahhabi', kenapa aku takut sangat ni. ya... Allah dah kembalikan aku kepada jalan yang benar, aku tak boleh sia-siakan nikmat ini"


__________________________________________________________________________________



Bulan seterusnya, aku hadir lagi buat kali kedua. Kali ini aku bawa sekali isteri dan anak-anak aku. Sudah hampir sebulan aku mula mencari berbagai-bagai isu untuk aku mantapkan fikrah sunnah aku. di facebook aku berdebat dengan berbagai pihak termasuk beberapa tokoh pejuang Islam nusantara, pondok dan penyeru 'hanya satu mazhab'. Isu hanya satu mazhab paling panas bulan tersebut kerana ada seorang Dr yang acah-acah wasatiy rancak menyerang aliran sunnah. Aku beli buku beliau dan baca sampai khatam walaupun berasap hidung dan telinga aku kerana bertentangan dengan apa yang aku faham. 

Sewaktu sesi soal jawab, aku minta mikrofon dan ajukan soalan yang bersarang dalam hatiku tentang apa yang Dr tersebut tulis di dalam bukunya. Inilah apa yang Dr Maza respon:

Sebelum aku celik ttg sunnah ni, kalau ada pelajar aku tanya "Ustaz, Wahabi tu apa?".

"Wahabi itu satu puak yg tak kisah ke politik, ekonomi, gerakan dakwah dsb. Depa ni hanya fokus bab bid'ah dlm ibadah. Sikit² bid'ah.. sikit² bid'ah. Baca yasin mlm Jumaat bid'ah, tahlil bid'ah, kenduri arwah bid'ah dsb. Contohnya Dr Maza . Hangpa jangan jadi mcm tu. Kita hidup bermasyarakat, kena banyak tolak ansur bab bid'ah tak bid'ah ni.."

Begitulah antara pendirian aku dulu ttg apa itu 'wahabi'. Sahabat sejak tadika aku Hilmy Kapten antara yg aku gelar wahabi. Lebih² lagi beberapa kali dok ajak aku pi kuliah di IQ. Huh.. memang tak la.. aku tak akan pijak tanah IQ tu. Puak tu bukan tau apa pun. Siang malam dok bincang bab bid'ah ja. Sempit betul.. inilah antara tohmahan aku dulu.

Lebih aku meluat lagi dgn wahabi ialah apabila aku terlihat kat youtube ada seorang tokoh 'wahabi' kata Dr Yusuf al Qaradhawi sbg 'Khawarij'. Makin panas la aku jadinya kerana sejak dibangku universiti aku dewasa dgn kitab2 Qaradhawi, Syed Qutb dsb.

Habis tu macamana aku boleh ter'wahabi' juga akhirnya? 😜😜😜.

Puncanya ialah apabila aku mula rasa pelik dgn habib2 yg sering bertandang ke kampus aku. Pelajar² aku pun jadi pelik2 belaka. Sejak aliran kubur dari yaman ini mendapat sambutan gila2 di Malaysia, aku mula cuak dgn ketaksuban para pengikut mereka ( termasuk 'al Banjari' dari Indonesia seorang tu). Aku bukan tak kenal beliau, dahulu dok tadah kitab as Syifa' di Dehrang setiap minggu pada awal tahun 90an . Tapi ketaksuban pelajar2 aku kpd guru aku seorang ni juga membuat aku tercari2 puncanya.

Aku terus mencari dan mencari.. aku mula 'confront' dgn pelajar2 aku. Istilah yg mereka guna utk aku ialah 'WAHHABI'.. Aku tersentak dgn labelan baharu aku itu.. "Kenapa pula aku digelar 'wahabi'. Kat mana wahabinya aku ni? Sejak bila aku ada hubungan dgn wahabi? Sedangkan aku sendiri amat anti dgn wahabi. Pelik bin ajaib.. maka aku mula membaca tentang wahabi pula.. siapa tu Muhammad bin Abdul Wahhab tu? Orang jahat ka dia tu?

Persoalan² kajian (Research Questions) ini menghantui seluruh fikiran aku dan menjadi batu tanda yg bagus dlm pencarian aku ttg apa itu wahabi.

(Bersambung. 😁 Biasa la.. pengaruh drama melayu.. time nak pukul org tu la depa nak 'cut'! . Baru la org pakat bincang.. ko agak² la kan.. penumbuk tu sampai tak ke muka org tu? 🤔🤔🤔).

_______________________________

Persepsi negatif aku mula 'spark'  apabila terbaca komen dua org ulama idola aku iaitu as sheikh Dr Yusuf Qaradhawi dan as Sheikh Dr Wahbah az Zuhaili terhadap As Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab. Sosok yg menjadi mangsa serangan ahlul bida' wal ahwa' ini dgn berbagai tohmahan kejahatan itu tiba2 dianggap tokoh reformis oleh kedua2 ulama ini. "Aik... macamana pula ni?" Aku mula terasa ada sesuatu yg aku ketinggalan selama ini. Aku beli buku Wahbah Az Zuhaili, aku baca kulit ke kulit. Persepsi aku mula berpusing sedikit demi sedikit 360°. Kata sheikh wahbah az zuhaili rahimahullah:

“…Beliau adalah suara kebenaran yang berani, pendakwah terbesar bagi islah atau pembaikan, membina umat, jihad, dan mengembalikan individu Muslim supaya berpegang pada jalan salafus soleh yang terbesar, iaitu dakwah Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah”

– Al marhum as Syeikh Wahbah al- Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din Qarn al-Thani ‘Asyar.

Dalam waktu yg sama, aku terlihat di facebook peluru² ampuh Dr Muhamad Rozaimi ketika berhujah dgn ahlul bid'ah. "Wah .. kemas anak muda ni.." bisik hati ku. Aku terlihat juga satu komen ahlul bida' tentang amaran bahaya anak muda si Rozaimi ini jika beliau tamat belajar nanti dan pulang ke tanah air. "Wah takutnya depa kat budak ni..". Aku mula mencari video² Dr Rozaimi di Youtube.. aku mula memasang azam utk terus mengkaji aliran ahlul hadis ini. Minat aku terhadap hadis makin kuat walaupun ijazah pertama aku ialah dlm al fiqh wa usul al fiqh. Aku terus ikuti fb Dr Rozaimi sehinggalah beliau benar2 tamat peringkat kedoktoran beliau dan pulang ke tanah air. Aku sangat kagum dgn penguasaan ilmu hadis beliau sehingga aku PM cuba bertanya kalau2 beliau sudi dtg mengajar di kampus aku yg telah lama menjadi sarang 'ahlul kubur' ini. Tiba2 beliau respon. Namun aku sedikit kecewa krn beliau menolak tawaran utk kuliah bulanan. Cumanya kalau acara seperti seminar atau daurah, beliau sanggup. Tak apa lah, aku simpan dulu janji beliau. Aku terus mengikuti ceramah beliau di youtube spt biasa dan aku berusaha membeli kitab² yg beliau sebut dlm kuliah. Parah juga nak dapatkan kitab² tu semua kat Malaysia ni...

Kemudian aku terpandang satu lagi sosok baru di Youtube.. Maulana Fakhrurazi...

( Bersambung lagi..)
..........................................................

(Maulana Fakhrurazi).

Setelah aku sedikit kecewa krn tak dapat menadah kitab dengan Dr Rozaimi, aku teruskan usaha menjejak guru² yg boleh ajar aku tentang ilmu hadis. Aku taip keyword 'wahhabi' di ruang carian Youtube. Tiba² terpampang wajah seseorang yg tak pernah aku lihat wajahnya sebelum ini. Tajuknya tentang wahabi. Aku click dan dengar...

"Wah.. sarat dengan kitab2 rujukan dan jarang beri pendapat dia sendiri.." bisik hatiku. "Dia ni dok mana? Macamana nak cari dia?" aku mula tak senang duduk kerana terlalu teruja nak mengaji dgn beliau. "Hmm.. Orang Kuala Kangsar ni" aku dah mula dapat 'clue'. Tiba² aku teringat sahabat aku Duan a.k.a Mohd Rhb juga org kuale. Aku terus wassap dlm grup bikers aku.

"Tak pa ustaz, minggu ni saya nak balik kuale, nanti saya siasat dia dok kat mana" reply Duan memberi aku harapan yg berbunga².

"Ok Duan, minta tolong sangat². Saya tak sabar nak berguru dengan dia".

Seminggu selepas itu, Duan pun telefon aku "ustaz, saya dah jumpa maulana baru2 ni. Saya pi terus jumpa dia di surau yg dia mengajaq. Dia kata dia boleh turun Penang kalau kita sungguh2 nak mengaji kitab dengan dia" kata Duan memberi aku sinar baru dalam hidup yg sementara ini.

"Alhamdulillah.. kita set hari dengan Nik Saifudean. Kita tembak pi kuale selepas balik kerja" kataku dengan penuh semangat. Siang atau malam kami dah tak masuk perkiraan walaupun kami tahu perjalanan kami yg jauh itu akan menyebabkan kami sampai di rumah maulana agak larut malam dan esoknya kami kena pergi kerja pula.

Tiba hari yg disepakati, kami pun bergerak bertiga ke kuala kangsar selepas isyak. Nik punya tekan minyak mcm pelesit dengan 4x4 dia. Kalau tak biasa dgn kelajuan tinggi, boleh dapat 'mild parkinson'.

Tepat jam 12 malam ehh .. 12 pagi, kami pun sampai depan rumah maulana. Cikgu Masri Zainal Abidin dan ustaz Amri sudah siap menanti kami bersama maulana.

"Minta maaf maulana, kami sampai dah lewat ni.." kata Duan sebaik shj menyambut tangan maulana. "Tak apa².. jemput masuk" kata maulana dengan senyuman ikhlas seorang guru yg hebat. Kami pun melangkah masuk.. mataku terbeliak melihat hiasan rumah maulana,

"MasyaAllah..!! penuh kitab sampai ke siling" bisikku dalam hati...

Aku dan kawan² aku melangkah masuk ke dalam rumah maulana. Duan dan Nik sibuk bersembang2 dgn maulana. Aku dah tak fokus lagi dah apa yg depa sembangkan. Mataku asyik memandang ke rak² kitab maulana. "Huh... Ini baru betul² mengaji. Kalaulah maulana sanggup turun ke Penang. Boleh la aku tumpang timba ilmu drp maulana". Hati aku terus berbicara. Ya lah, hadis bukanlah bidang aku. Banyak yg aku jahil ttg ilmu hadis. Bidang sebenar aku ialah Al Fiqh wa usul al fiqh + psikologi. Aku sempat belajar psikologi sehingga peringkat PhD, tapi aku tak tamatkan krn ujian besar yg melanda hidupku. Aku kehilangan isteri tercinta, ayahku dan adik bongsuku sakit tenat ( Kini ketiga² mereka sudah tiada ). Bertalu2 aku dihubungi oleh pihak universiti, jangankan jawab, angkat telefon pun aku tak mampu. 3 tahun aku hidup dlm linangan airmata. Andai aku ingin menyambung semula pelajaran, pasti aku akan pilih bidang hadis. Kesedaran aku ttg pentingnya bidang hadis makin kuat sejak sahabat aku Hilmy Kapten sering bertandang ke rumah aku dan berbincang ttg assignment beliau yg ketika itu juga sdg menyempurnakan tesis master beliau dlm hadis. Aku yg masih kelabu ttg takhrijul hadis atau naqdul hadis hanya mampu menterjemah tapi tak tahu apa². Nama Dato Dr Radzi Othman dan Dr Maza kerap meniti di bibir beliau. "Wahabi semua ni.." bisik hatiku setiap kali Hilmy Kapten sebut dua nama itu.

"Jemput minum ustaz" tiba² aku ditegur oleh maulana. Teh O panas dan beberapa juadah lagi yg sudah pun dihidangkan oleh Allahyarham kak su ( isteri maulana ).

Sambil² minum kami mula berborak ttg beberapa isu-isu agama. Semasa berborak, selang beberapa minit, maulana akan bangun dan tarik keluar kitab² yg berkaitan dgn tajuk yg kami bincangkan. Tak sampai setengah jam, aku sudah tenggelam dlm timbunan kitab-kitab maulana. Duan dan Nik hanya mampu melihat aku yg sedang asyik membelek kitab² yg dikeluarkan oleh maulana. Maklumlah, aku seorang sahaja yg faham bahasa arab di antara kami bertiga.

Satu isu yg bincangkan pada mlm itu ialah 'trend' ambil sanad drp tok sheik2 tareqat yg jadi kegilaan pada masa itu. Tiba2 mulut aku gatal .. "Maulana ada sanad tak?". Nasib baik maulana tak ligan aku dengan penyapu sebab tanya soalan mcm tu. Kelihatan wajah maulana agak terkejut dgn soalan itu. Tapi aku yakin maulana tahu aku bukan berniat nak pertikaikan kesahihan ilmu beliau, sekadar org baru yg tak pernah lihat apa itu 'sanad' yg dimiliki oleh ahli² hadis. "Ada insyaAllah.." jawab maulana perlahan sambil tersenyum tawar. Aku belum habis gatal mulut " Mmm.. boleh ana tengok?".

"Boleh insyaAllah..". Maulana bangun dan berjalan ke satu sudut almari kitab beliau dan tarik keluar sekeping lembaran kekuningan yg agak lebar saiznya. Mata kami semua tertumpu kpd selembar kertas di tangan maulana.

"Nah.. inilah yg guru ana bagi dulu" kata maulana sambil menghulurkan lembaran kertas tadi. Kami bertiga membelek sanad tersebut dgn penuh minat. "Tu diaaa... Ini kali pertama ana dapat lihat sanad" kataku pada maulana dgn penuh kagum dan teruja.

"Tak dak apa sangat pun sanad tu ustaz, bukan lesen masuk syurga pun. Sekadar pengiktirafan guru ana saja. Tapi nak dapat sanad ni mmg perit laa.." maulana mula bercerita tentang ketatnya syarat utk terima sanad tersebut. Kami hanya mampu mendengar sambil sesekali menggeleng kepala.

Hampir satu jam, berbagai isu agama yg kami bincangkan. Aku kagum dengan cara maulana yg jarang beri pendapat beliau sendiri dlm isu agama. Setiap isu agama pasti beliau akan buktikan dengan berbagai kitab. Manakala aku pada malam itu masih bertanya soalan2 yg terlalu asas yg menjadi sempadan pemisah antara aqidah salaf dan aqidah ahlul kalam spt asyairah, maturidiyyah, muktazilah dan jahmiyyah. Sesekali fikir balik, terasa bodoh pula rasanya tanya soalan2 yg sgt asas mcm tu. Tapi maulana faham agaknya, aku belum mampu tinggal seluruh aqidah lama aku. Maulana tetap layan soalan2 aku itu dengan bersungguh-sungguh. Lebih malu lagi, aku bukan 'layman' kot, dah ada title 'ustaz' pula tu. Ternyata ilmu kalam telah membuang umur²ku yg berharga dan membodohkan akalku. Cuma dlm isu fiqh dan usul al fiqh, pandangan aku agak luas krn sememangnya bidang aku. Manhaj salafi amat serasi dengan keluasan fiqh yg aku pernah pelajari. Ini faktor sampingan yg mengubah cara berfikirku utk menyiasat apa itu 'wahabi' sebenarnya.

"Ustaz, boleh kot kita minta diri dulu. Dah jam 1 pagi ni. Esok us kerja" Duan mengingatkan aku yg masih rancak berbincang berbagai isu dgn maulana.

"Ehh.. dah jam 1 lebih. Ok2.. kami minta diri dulu ya " kataku pada maulana.

" Macamana dengan hajat kami nak jemput maulana ke Penang sebulan sekali tu?" sambungku lagi.

"InsyaAllah nanti ana bincang dengan cikgu Masri dan us Amri dulu. Apa² nanti kami akan berhubung dgn Duan" kata maulana memberi sedikit harapan kepada kami.

Kami pun bersalaman dan berpelukan sebagai tanda ukhuwwah fillah. Malam itu hatiku tersangat bersyukur kpd Allah kerana akhirnya maulana yg selama ini aku hanya mampu tonton di youtube kini telah aku jumpa di alam nyata. Suka, sebak dan macam2 perasaan aku kerana Allah kembalikan aku pada jalan salaf, jalan yg ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat r.a dan imam2 salafus soleh. Selama ini rupanya aku melalui jalan yg dilalui oleh ahlul kalam drp kelompok Asyairah, muktazilah, Jahmiyyah dan lain2 yg tak dikenali oleh para sahabat r.a.

Selang beberapa minggu, Duan maklumkan pada aku bahawa maulana dah lapangkan jadual beliau utk mengajar di Pulau Pinang sebulan sekali secara tetap. Maka bermulalah aku belajar hadis secara lebih formal sehinggalah ke hari ini. Setiap bulan maulana mengajar tafsir al Quran, kitab Mishkat al Masabih dan Bulughul Maram. Alhamdulillah semua kuliah maulana di rakam dan disiarkan secara LIVE oleh sahabat saya akh Hikam Abu Bakar daripada PROmediaTAJDID.

Seterusnya... nantikan sambungan....

(Aku dan Dr Maza).

Sebenarnya aku sudah lama kenal tokoh ini. Kami satu sekolah dan satu batch. Tapi aku lambat ikut kuliah² beliau kerana takut jadi 'wahabi'.

Dulu aku tak suka bergaul dgn Dr Maza sebab dia tak merapu macam aku. Dia tak ada acara lompat pagar asrama dan pergi tonton wayang kat Komtar Pulau Pinang. Yg aku paling rimas, siang malam kat bilik dia asyik dimainkan kaset ceramah² Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Cara dia bercakap ketika bagi tazkirah selepas solat maghrib pun banyak tiru gaya TGHH. Memang dia 'taksub gila' dengan TGHH. Aku pulak jenis 😎🌹 sikit, jadi aku ni mcm tak layak la kawan dgn dia. Dia ada geng sendiri, semua serban besar2 belaka. Ke hulu ke hilir depa jalan sama². Mulut depa dok zikir "amar ma'aruf nahi munkar' sedia². Waktu tu aku rasa kami yg bukan geng depa ni semua mcm geng buat kemungkaran la kiranya. Kalau geng depa bagi tazkirah, kalau tak 'paku' atas kepala kami, mmg mcm tak cukup rukun khutbah. Satu lagi yg aku tak gemar Dr Maza ni ialah, sikit² 'taghut'.. sikit² 'taghut'. Kuat betul pengaruh TGHH dlm diri dia. Aku yg menginap di bilik sebelah ni dah bernanah telinga asyik dengar ceramah TGHH diulang2 siang dan malam.

"Eeiii.. rimasnya aku.. tak dak kaset lain dah ka?" antara rungutan aku setiap kali dia mula mainkan kaset dia. Bukan setakat kaset TGHH saja yg penuh dalam almari dia, buku pun semua buku2 TGHH. Punya la fanatik. Waktu tu beliau lebih dikenali dgn panggilan 'pak ngah'.

Satu lagi yg aku cukup bengang dgn pak ngah ni ialah asal cuti ja, dia akan anjurkan qiamullail. Aku yg jenis sedap tidur ni mmg bengang sangat dgn dia waktu tu. Itu belum cerita bab usrah lagi.

Satu hari pak ngah buat majlis qiamullai di sebuah surau di Mengkuang Simpang di Bukit Mertajam (Tak jauh dah dengan IPG Kampus Tuanku Bainun dan Institut Al -Qayyim hari ini). Dia jemput mcm² jenis ustaz buat pengisian program, kami berzikir munajat beramai² dan berqiamullail sampai menangis beramai². Tapi yg aku masih ingat sampai sekarang, aku diganggu makhluk halus kat surau tu. Aku kerap kena ganggu dengan benda tu mungkin kecenderungan aku belajar mcm² jenis silat. Nak jadi cerita, aku tak bawa selimut. Untuk mengelakkan kaki aku sejuk, aku ambil sejadah dan balut kaki. Tak lama kemudian ketika kawan² yg lain dah 'belayar' sampai Benua India, tiba² ada makhluk spt bersayap terbang pergi dan balik atas kepala aku dlm kegelapan mlm itu. Aku cuba perhati makhluk tersebut, tapi tak nampak apa². Aku mula mengesyaki ini bukan biasa² ni. Kumat-kamit aku mula membaca ayatul Kursiy. Tapi tak ada kesan pun. Makhluk itu terus menyerang aku.

"Jangan2 jin Islam dak?" bisik hati aku. Sebab berlaku dlm sebuah surau.

Aku bingkas bangun dan cuba amati sekeliling, semua org dah sampai 'Benua India'. Ada yg berdengkur bunyi mcm mesin tebu, hon Morris Minor dan mcm² irama lagi. Meriah!!!

"Jangan² jin Islam.." gerutu hatiku sebab dah baca mcm2 tapi tetap diganggu. Aku terpandang kaki aku yg berbalut dgn tikar sejadah.

"Jangan2 ini puncanya. Dia marah kot..". Aku perlahan² lucutkan tikar sejadah dari kaki aku dan cuba baring semula.

"Hmm.. dah tak ganggu!"

Aku bangun semula utk ujikaji seterusnya. Aku belit semula kaki aku dengan tikar sejadah tadi dan baring semula..

Sebaik sahaja aku letak kepala, benda tadi datang semula dan mengibas2 muka aku dengan kuat.

"Arghh.. aku rasa dia dah.." aku tendang tikar sejadah tadi dari kaki aku..

Suasana kembali sepi...

"Oh..ok2.. faham dah. Hang marah no.. maaf na.." aku lipat semula tikar sejadah tadi dan baring semula..

Tiada lagi gangguan. Aku sambung semula tidur aku sehinggalah pak ngah kejutkan kami semua utk berqiamullail bersilih ganti dengan zikir munajat beramai-ramai dan termasuklah acara menangis beramai-ramai. Trend zaman 80an dulu mmg mcm ni. Masa tu pak ngah belum lagi jadi 'Bapa Wahabi Malaysia' spt yg digelar oleh ahli-ahli kubur dan ahli bid'ah hasanah wal jamaah.

Selepas keputusan SRP diketahui, ramai batch aku yg dapat tawaran ke Kolej Islam Kelang ( KIK) termasuklah pak ngah. Aku kurang bernasib baik, sekadar menyambung di tingkatan 4 di sekolah yg sama. (Selepas penghijrahan besar-besaran kawan² satu batch aku ke KIK, aku tak pernah lagi bertemu beliau sehinggalah aku belajar sehingga ke peringkat PhD di USM, aku pernah sekali berselisih kat tangga fakulti ilmu kemanusiaan. Aku ingat dia dah tak kenal aku.Tiba² aku ditegur:

" Ehh..enta reejal kan?" sambil bersalaman dengan aku.

Kami pun bertanya khabar antara kami secara ringkas. Selepas itu kami pun bersalaman utk bersurai..

"Huh.. wahhabi!!" kataku dalam hati sambil berlalu pergi. ( Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2006 kalau tak silap).

Sekitar tahun 2016 atau 2017 (aku tak berapa pasti). Setelah kira² 2 tahun aku berjinak² dengan kuliah² Dr Rozaimi dan Maulana, aku pun mula memberanikan diri menjejak kaki di IQ Mengkuang. Itu pun masih bukan sebab Dr maza. Puncanya ialah aku cuma nak dengar kuliah Dr Rozaimi. Sahabat² yg sepengajian dalam kuliah Maulana Fakhrurazi hantar mesej ke Whatsup aku..

"Ustaz, Welcome to the club ".

( Bersambung).

Sejak kali pertama aku berjaya menjejak kaki di IQ dlm kuliah Dr Rozaimi, keberanianku utk cuba menghadiri kuliah Dr Maza pula mula berputik. Tapi aku risau lensa kamera Muhammad Sobri atau Abu Uwais Al Qarny dan krew promedia tajdid yg lain yg asyik merakam wajah² hadirin.

"Mampus aku kalau muka aku kena rakam.. masuk dlm Youtube dan Facebook..!!! " getus hatiku risau jika aku dicop 'wahhabi' oleh kawan² sepejabat, jiran² dsb. Inilah perasaanku setiap kali lensa kamera promediatajdid dipusing ke belakang. Samada aku tundukkan kepala atau aku berselindung disebalik orang yg dihadapan aku.

Suatu hari..

" Ustaz, esok Dr Maza turun IQ mengajar tafsir al Quran.. jom.." tiba² poksu Lel a.k.a Ahmad Azlan Mohamad 'wahhabi Kelantan ori' tulis dlm whatsup.

"Wah.. teringin jugak ni" fikirku .

" Tetapi kali ini kalau org tahu aku hadir kuliah Dr Maza, ' confirm' kali ni dapat title wahhabi " , risau digelar 'wahhabi' masih menghantui diri aku.

Mana tak risaunya, kawan2 sekerjaku adalah ustaz² yg anti- wahhabi. Mana² pelajarku yg rajin hadir ke IQ juga menjadi buah mulut mereka

" Budak² kita ada tiga empat orang yg dah jadi 'wahhabi' " kata salah seorang mantan ketua jabatan aku dengan wajah penuh kebimbangan. Waktu itu aku hanya mampu menganggukkan kepala dan tercari-cari siapakah mereka itu?

( Bersambung... bawa kereta dulu)

Antara nama yg aku masih ingat, nama² yg disebut sbg terpengaruh dgn wahabi ialah Mohd Solahuddin Che PaMuhammad Nasrullah, Fatin, Fahmi, Ishaq Shairazi dan beberapa lagi nama yg aku tak pasti nama FB mereka. Mereka 'disahkan' dah jadi 'wahhabi' oleh pensyarah² mereka. Aku yg waktu itu masih mengkaji apa itu wahhabi terpinga² antara mengiyakan ataupun sebaliknya. Cuma satu yg aku sering berkata dalam hati... "beraninya budak² ni pi ke IQ, lubuk wahhabi tu".

Ok..ok..berbalik kpd cerita aku pergi dengar kuliah Dr Maza buat kali pertama. Gusarnya hati aku semasa dlm kereta dlm perjalanan ke kuliah Dr Maza selepas solat Isyak.

"Betul ka apa aku buat ni? Kalau muka aku masuk dlm Youtube atau Fb nanti macamana?" rungutku seorang diri kerana masih risaukan penghijrahan aku dihidu oleh rakan² asatizah ashairah yg lain. Namun pedal minyak terus aku tekan sehingga membawa aku ke perkarangan parkir IQ. Aku lihat ramainya orang yg datang utk mendengar kuliah Dr Maza. Tak ada siapa sangat yg kenal aku, maklumlah aku 'wahhabi baru daftar' ataupun 'Ashairah baru bertaubat'.

Aku terpandang seorang peniaga kitab yg berwajah comel ala² baby face sedang sibuk mengambil duit orang ramai yg singgah di meja beliau, itulah sahabat yg aku kasihi akh Hadi Akmal tauke buku. Pantang aku ialah tengok buku, aku tak mampu tahan diri, akhirnya aku terpaksa juga menyerahkan duit aku kepadanya seperti 'mangsa²' buku yg lain. Kalau tak silap, aku ambil novel Hamka.

Aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, dan bersama hadirin yg lain menunaikan solat isyak berjamaah. Selesai solat, masing2 berzikir sendiri² sepertimana yg tercatat dalam kitab² hadis ttg tatacara solat Nabi s.a.w. Terasa tenang dan damai.

(Bersambung ..)


Selesai solat isyak, aku tercari-cari di mana sahabat lamaku Dr Maza. Tak lama kemudian, kelihatan sesorang berjubah putih berjalan ke pentas.


"Haa.. itu pun dia..." bisik hatiku.


Sessi pengajian tafsir Al-Quran pun dimulakan. Aku mendengar kupasan demi kupasan oleh beliau dengan penuh minat.


"Hebat juga rupanya kupasan pak ngah ni " kata hatiku lagi.


Sesekali airmataku bergenang di kelopak mata kerana tersentuh dengan kefahaman-demi kefahaman baru yang tersingkap daripada isi kuliah beliau ini. 



Setelah tamat kuliah, aku duduk bersembang-sembang sebentar dengan beberapa sahabat yang sama-sama sebelum ini mengikuti kuliah-kuliah Maulana Fakhrurazi. Pada waktu yang sama kelihatan Dr Maza berjalan berhampiran kami. Aku pandang beliau, dan mata kami saling berpandangan.


"Ehh.. enta bukan Reejal ka?" tegur Dr Maza. Aku rasa dah dua kali dia tanya aku soalan yang sama. Dahulu sekali semasa berselisih bahu di kampus Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kali ini tanya lagi. Tak apa lah, lagi pun dah lama kami tak berjumpa.


"Ya..ya.. apa habag?" balasku.


"Baik..alhamdulillah". 



"Ini la ustaz Reejal yang anjur daurah dengan Dr. Rozaimi baru-baru ni" tiba-tiba ada sahabat yang cuba perkenalkan aku pada Dr Maza. Pasti dia tak tahu kami dahulu satu sekolah sebenarnya. Aku hanya mampu tersengih.



"Enta pa semua kena bantu sahabat kita ni.." kata Dr Maza kepada sahabat-sahabat lain sambil menepuk bahuku.



Selepas itu ada seseorang datang dan membisik sesuatu kepada Dr Maza dan mereka sama-sama berjalan ke bahagian belakang dewan kuliah.  Mungkin mereka ada perbincangan penting.  Aku pun bersalaman dengan sahabat-sahabat lain dan pulang ke rumah.


Dalam perjalanan pulang, aku berazam untuk hadir lagi dalam kuliah tafsir beliau pada bulan akan datang.


_____________________________


Sebulan sebelum kuliah kedua bersama Dr Maza, aku terbaca di facebook seorang tokoh beraliran Nusantara kerap mengejek, memerli dan merendah-rendahkan orang-orang di bidang hadis. Katanya orang-orang hadis tidak pandai fiqh. Beliau seorang pemegang PhD dalam bidang usul al Fiqh. Aku juga orang usul al fiqh, ijazah pertama aku dalam usul al fiqh. Tetapi aku tak pernah jumpa lagi orang usul al fiqh yang bersikap seperti beliau. Aku pelik apa untungnya menyindir dan merendahkan-rendahkan salah satu cabang daripada ilmu-ilmu Islam. Sepatutnya beliau menulis dan mengajak masyarakat untuk saling hormat menghormati semua cabang-cabang ilmu yang ada dalam agama. Tetapi semua ini ada hikmahnya, terkadang kita mendapat ilmu baru apabila kita bertemu isu-isu pelik begini. Aku beli buku beliau supaya aku tidak tersalah dalam menilai pemikirannya. Aku baca dan baca, seandainya tiada kesabaran dan rasa ingin tahu yang tinggi, sudah tentu aku sudah campakkan buku beliau dalam tong sampah. Aku pernah serahkan buku tersebut kepada maulana Fakhrurazi, tetapi maulana juga tidak sanggup meneruskannya setelah membaca helaian-helaian awal buku tersebut. Maka terpaksalah aku mengorbankan perasaan aku sendiri untuk mengetahui keseluruhan isi buku tersebut dan sampaikan semula kepada maulana. Akhirnya pemikiran pelik beliau berjaya aku susuri. Ternyata beliau bersandiwara disebalik slogan 'wasatiy'. Sebenarnya beliau mengajak masyarakat mengundur ke belakang dengan hanya bertaqlid kepada seorang imam mazhab sahaja baik dalam fiqh ( mazhab as Syafei rhm) dan dalam aqidah ( mazhab Abul Hassan al Asy'ari rhm). Aku cuba berkonfront dengan beliau dalam facebook, ternyata sindir-menyindir adalah kekuatannya. Para pengikutnya bermatian-matian menghentam aku dan menuduh perkara yang aku tak pernah sebut. Biasalah, apabila manusia tak mampu patahkan hujah, mereka akan cuba patahkan hati pihak lawan. 

Semangat aku untuk menebus perjuangan aku yang sekian lama tersasar semakin meluap dengan wujudnya krisis aku dengan tokoh tersebut. Aku sudah rasa tidak sabar lagi untuk merujuk isu tersebut kepada Dr Maza dalam kuliah akan datang.


Sebulan pun berlalu, tibalah hari yang dinantikan. Aku cuba hadir lebih awal, namun dewan tetap sahaja penuh. terpaksalah aku duduk di bahagian belakang dewan. Dr Maza pun meneruskan kuliah bulanan beliau. Aku mengikuti penyampaian beliau dengan penuh khusyuk. Setelah selesai sesi kuliah, tibalah sesi soal jawab yang sangat aku nantikan sebagai orang baharu.

Comments

Popular posts from this blog

Biodata ringkas imam-imam mazhab yang 4.

ABU HANIFAH rhm. ( 80- 150 H ) Abu Hanifah  ( ابو حنيفه ) atau nama sebenar beliau  Nukman bin Thabit  ( نعمان ن ثابت ) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di  Kufah ,  Iraq  ketika zaman pemerintahan Khalifah  Abdul Malik bin Marwan . Beliau berasal dari keturunan  Parsi  dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan  Mazhab Hanafi . Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah
Kisah benar . Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya... Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan. Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau. Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini. Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dar

Aliran-aliran Pemikiran dalam Islam

Aliran-aliran pemikiran dalam Islam. Muktazilah Muktazilah  (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam  Islam  yang terkenal dengan sifat  rasional  dan  liberal . Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.  Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Sejarah perkembangan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di  Basrah ,  Iraq , apabila  Wasil ibn Ata  meninggalkan kelas pembelajaran  Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu  Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn  (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk  Amr ibn Ubayd  kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri m