Aku antara peminat ilmu psikologi sejak di menara gading. Dalam satu sesi subjek 'Developmental Psychology', pensyarah pernah menyebut kanak-kanak tidak tahu apa itu penat. Maka ibu bapa perlu mengawasi anak-anak agar mereka tidak terlebih mengeluarkan tenaga mereka. Subjek ini telah aku lalui berpuluh tahun yang lalu, tapi bila aku merakam kecerdasan anak aku ini, mengingatkan aku semula kepada kata-kata pensyarah aku itu. Betul rupanya kata-kata itu apabila aku melihat anak aku ini merangkak hampir tiga kali pusingan padang hoki ini tanpa penat sehingga aku terpaksa memberhentikan dia daripada terus mengelilingi padang hoki yang luas ini. bayangkan kita yang sudah berumur menggunakan dua kaki ini pun boleh tercungap jika berlari tiga pusingan padang ini, bayangkan anak aku ini yang merangkak dengan menggunakan kaki dan tangan sekaligus. Kalau aku, agaknya aku sudah pengsan. #
Kisah benar . Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya... Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan. Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau. Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini. Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dar...
Comments
Post a Comment