Kisah benar.
Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya...
Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan.
Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau.
Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini.
Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dari jauh bunyi ekzos yg kuat yg menggoncang jantung kami berdua. Kelihatan dari jauh silauan lampu motor Ismail Kerbau. Aku dan Mat Arab mula menggigil krn kami sudah pun maklum guru silat ini bukan orang biasa². Beliau seorang penjenayah yg diburu oleh pihak berkuasa.... Menurut org kampung, bunuh, rompak dan rogol mainan biasa bagi Ismail Kerbau...
Motor hitam dgn handle tinggi ala2 Harley Davidson berhenti betul² di hadapan semak samun yg melindungi kelibat kami berdua. Debaran jantung kami makin kuat apabila mata kami terpandang sosok tubuh yg gempal, hitam kulitnya, misai melintang, botak di sisi, tetapi berambut panjang di belakang. Beliau memakai t-shirt tanpa lengan. Bisepnya besar mcm peha kami...
Kami mula menggigil. Aku pandang wajah Mat Arab, nampaknya dia juga resah dan takut.
"Aku rasa tak sedap hati la..!! Jom kita blah..tak jadi lah " aku berbisik ke telinga Mat Arab.
"Ya lah..jom " Mat Arab pun setuju utk membatalkan hasrat ingin berguru dengan seorang gengster buruan polis ini.
Tiba-tiba... (Bersambung).
* Ini ialah kisah benar sewaktu aku belajar di sekolah An Nahdzah yg ketika itu lebih dikenali sebagai Pondok Pak Man atau Pondok Bukit Besar. 1988- 1989.
Ismail kerbau (Bhg 2)
Tiba- tiba, ketika aku dan mat arab mula angkat punggung dan merangkak secara mengundur perlahan- lahan. Kedengaran suara salah seorang anak murid Ismail Kerbau berkata:
"Pak Su!! ( panggilan utk Ismail Kerbau)...., dalam hutan tu ada 2 ekoq nak belajaq dengan pak su".
Aku dan mat arab saling memandang antara satu sama lain.
Gulpp!!! Aku telan air liurku.
Aku pandang ke hadapan disebalik daun-daun lalang. Ismail Kerbau sedang bercekak pinggang dan memandang tepat ke arah tempat persembunyian kami.
"Mana depa ? " Ismail Kerbau meninggikan suara.
"Tuu..." kata anak murid tadi sambil menuding jari ke arah persembunyian kami.
Ismail Kerbau mengecilkan mata untuk memusatkan pandangannya ke arah kami.
"Hoiii... hangpa buat pa tang tu?"
Kuatnya suara dia bergema memecah keheningan kawasan kebun getah malam itu.
Kuatnya suara dia bergema memecah keheningan kawasan kebun getah malam itu.
"Macamana? Nak lari ka nak pi? " berkerut dahiku dan mula berpeluh.
"Aku tak tau..aku tak tau!!" jawab mat arab sedikit menggigil.
"Hoiii... keluaq la..mai sini!!! " jerit Ismail Kerbau mula memaksa tanpa memberi peluang lagi untuk otak kami berfikir tentang cara melarikan diri.
Aku dan mat arab tiba-tiba dah seperti zombie mengikut arahan. Kami sama-sama berdiri dan berjalan keluar dari semak samun itu.
"Mai sini" kata Ismail Kerbau sambil menghulur tangannya kepada kami.
"Assalamualaikum.." Ismail Kerbau memulakan perkenalan.
"Wa alaikumussalam" jawab aku dan mat arab sambil menyambut tangan Ismail Kerbau.
Sewaktu bersalaman, gementar tadi tiba-tiba hilang apabila orang yang kami geruni tadi menyambut kami dengan mesra. Wajahnya sedikit tersenyum gaya seorang ayah yang penyayang. Hilang sudah kebengisan pada wajah beliau.
Ismail Kerbau meletakkan tangan atas bahuku.
"Betoi hang nak belajaq dengan aku ni ?" tanyanya dengan suara yang
garau tapi mesra. Mungkin beliau merasai dirinya dihargai apabila kami sendiri yang datang mencari seorang guru untuk menuntut ilmu persilatan darinya.
garau tapi mesra. Mungkin beliau merasai dirinya dihargai apabila kami sendiri yang datang mencari seorang guru untuk menuntut ilmu persilatan darinya.
"Ya.." jawabku tanpa ragu-ragu. Mat arab hanya menganggukkan kepala sambil tersengih seperti kerang busuk. Masih tak percaya agaknya kami sedang berdiri di hadapan seorang gengster yang menjadi bualan orang kampung dan pihak berkuasa. Beliau hari2 menunggang motor 'Harley Davidson' beliau tanpa sebarang lesen. Apatah lagi topi keledar, memang tak ada. Tapi menurut orang kampung, polis tempatan pun dah malas nak cari masalah dengan beliau. Jika ada apa kes yang mencurigakan, polis akan datang dengan senjata automatik dan kepung beliau dahulu sebelum bertanya di mana beliau ketika sesuatu kejadian berlaku. Kononnya beliau kalau mengamuk, senjata apa pun beliau tak kisah. Walaupun muncung senjata api sudah diletak atas dahinya. Kononnya lagi menurut orang kampung, beliau mampu buka gari dengan sendiri. Tapi demi Allah, aku sebagai anak murid kesayangannya, belum pernah lagi lihat sendiri semua itu depan mata kepalaku. Cumanya, selepas beliau ditangkap semula oleh pihak polis, aku lihat wajah beliau terpampang di muka hadapan Berita Harian pada tahun 1990, tangan Ismail Kerbau digari dengan 10 pasang gari.
"Hang pun nak belajaq dengan aku jugak?" soalan Ismail Kerbau ditujukan pula kepada mat arab.
"Ya..ya " jawab mat arab sambil tersengih.
"Ok . Kalau hangpa nak belajaq, esok bawak mai kat aku ayam sorang sekoq, garam lima kupang dan sebatang lilin" beliau mula memberi arahan.
"Baik... errr.."
"Pak su!!!. Panggil aku paksu"
"Baik pak su" jawabku setuju.
"Sebelum ni hang ada belajaq apa2 dak?"
"Ada pak su, silat Gayong" jawabku.
"Hang pulak?"
"Saya? Emm.. tak besa belajaq apa2 lagi" jawab mat arab.
"Ok. Malam ni hangpa dua dok kat tepi dulu. Tengok ja apa depa buat. Esok baru hangpa mula"
"Baik pak su"
" Ok... Yang lain-lain. Beratoq cepat. Macam biasa, kita baca fatihah 11 kali, qulhuwallah 11 kali... Al- Fatihah"
(Bersambung)
*(Budak yg tunjuk kami tu tadi tinggal berjiran dengan rumah sewa kami. Adik perempuan dia lawa. Marka kami la.. hari2 kami cuba nasib. Tapi marka kami ni jinak2 merpati).
Ismail Kerbau (Bhg 3 ).
Keesokan paginya, seperti biasa kami akan bangun sebelum subuh. Makhluk paling rajin dalam rumah kami ni ialah Hassan, budak jawa dari Tanjung Karang, Selangor. Biasanya dialah orang bangun paling awal, bertahajjud dan baca Al-Quran sebelum subuh. Orangnya tinggi dan kurus melengkung. Setiap pagi kami terpaksa dengar Hassan berleter macam mak tiri suruh kami bangun dan pergi mandi. Rumah kami tiada kemudahan air paip. Sumber air kami hanyalah sebuah perigi yang kira 30 meter daripada rumah. Airnya yang amat sejuk boleh mengecas sel-sel otak supaya lebih aktif menggigil. Mat arab pula kawan kami yang paling tak tahan sejuk. Biasanya mat arab hanya mandi P. Ramlee melainkan terpaksa mandi wajib.
Sudahlah perigi kami jauh dalam hutan semak samun, tak ada pula lampu. Terpaksalah sentiasa bawa lampu suluh takut2 ular sawa disangkakan kain basah untuk dipakai ketika mandi pagi.
Jamban kami pun diluar rumah. Yang menariknya jamban kami dekat berada di sempadan rumah kami dengan rumah marka sebelah rumah. Kadang masuk jamban bukan sebab nak berak, tapi sebab nak skodeng marka sebelah rumah. Jamban kami ada lubang yang kami tebuk khas untuk skodeng marka sebelah rumah. Cuma satu masalah jamban kat luar ni. Nak pergi jamban mesti samada bawa ubat nyamuk atau cucuh rokok daun untuk asapkan jamban tu. Kalau tak, nak berak pun tak senang. Nyamuk terlalu banyak. Ini cerita tentang marka yang rumah di sebelah kanan rumah kami. Yang di sebelah kiri rumah kami pula ada janda lawa. Tapi yang ni kami tak berani layan sangat sebab dia tu anak saudara tuan rumah kami. Dia rajin masak cucur udang petang-petang dan hantar kat kami lebai-lebai pondok ni. Kuat juga godaan yang ini pun, cuma bila teringat gigi tuan rumah, kami tak berani la nak jual minyak urat. Nanti petang-petang tak ada lah lagi dapat makan cucur udang percuma.
Selepas semua dah siap, kami akan kayuh basikal masing-masing ke masjid Kampung Tualang yang tak begitu jauh daripada rumah kami. Selesai menunaikan solat subuh, kami balik semula ke rumah sewa untuk persiapan ke kelas. Biasanya bila kami sampai di rumah, Bob dan Asri masih tidur. Mereka ni 'tahi ganja'. Malam2 kami terpaksa tahan bau busuk ganja yang baunya hampir-hampir seperti bau tahi ayam pandu. Mata mereka berdua ni sentiasa 'stim'. Tapi bila pergi kelas, mereka ini macam kami juga, berbaju melayu, berkain sarung, bersandal dan berserban. Siapa pun tak tahu mereka ni 'tahi ganja'.
Kelas kami ialah surau lama sekolah. Pintu belakang sama besar dengan pintu depan. Habuan untuk lebai-lebai malas mengaji menyusup keluar bila ada subjek yang mereka tak minat. Subjek yang paling dapat sambutan ialah subjek Fiqh Munakahat. Ustaz paling diminati ramai ialah Allahyarham Tuan Guru Ahmad a.k.a Pak Mat Pulau Pisang . Riuh rendah kelas setiap kali beliau mengajar dengan gelak ketawa kami. Manakala pelajar muslimat di sebalik tirai senyap membisu. Istilah 'awang bodo' dan 'mek tak dengar kata' ialah istilah yang beliau sering gunakan untuk menjelaskan tentang alat kelamin lelaki dan wanita.
Seorang lagi yang aku sering tersengih sorang² bila dia mengajar ialah Allahyarham Tuan Guru Hj Ahmad Jerlun a.k.a U staz Hj Ahmad Nahu. Beliau memang ajar kami ilmu nahu pun, kitab matan Al Ajurrumiyyah beliau goreng macam kacang saja. Yang aku tersengih tu ialah suara, wajah dan gaya bercakapnya seperti pelakon Ahmad Nisfu dalam filem P. Ramlee. Yang lain-lain aku dah tak ingat nama. Cuma wajah mereka masih jelas dalam ingatan aku.
Boleh dikatakan semua tuan-tuan guru pada zaman itu mengajar sambil menghisap rokok atau curut. Tak hairanlah kalau lepasan-lepasan pengajian pondok pun ramai yang merokok walaupun berjubah dan berserban.
Kami yang tingkatan 6 ni sangat dihormati oleh adik-adik pelajar yang dibawah. Mereka masuk kelas kena pakai uniform sekolah, kami tidak. Pakaian kami ialah kain sarung, baju melayu dan serban.Kami belajar dalam surau dan duduk bersila. Memang kebas kaki bila duduk bersila lama-lama. Usia pelajar kelas kami bercampur baur. Ada yang dah berumur dan berkahwin, dan ada yang dah lama belajar dan mengulang.Yang paling alim ialah Din Tok Guru ( sekarang Sheikh Aminudin Abdul Rahim, ahli majlis fatwa Negeri Kedah). Aku selalu cari tempat duduk yang berdekatan dengan Din Tok Guru sebab bila ustaz tak masuk kelas, aku akan pusing mengadap dia untuk bertanya pasal ilmu nahu. Memang dia ni dah taraf tok guru dah bab ilmu nahu ni. Bila waktu malam, Din Tok Guru ni akan mengajar ilmu nahu kat kawan-kawan. Hebat Din ni. Cuma dah beberapa kali aku jumpa dengan dia dalam beberapa majlis, makan bersama pun ada, dia masih tak boleh ingat wajah aku.😂😂😂
Ada seorang lagi yang unik dalam kelas aku, nama dia Zul. Kami panggil dia Zul Akhlak. Sebabnya ialah dia ni fanatik dengan isu akhlak, buku-buku bacaan dia semua tentang akhlak, apa pun isu yang orang tanya kepada dia, penyelesaian bagi semua isu tersebut pun dia akan jawab 'akhlak'. Bila perhimpunan mingguan, apabila nampak dia yang akan beri tazkirah, kami semua akan buat muka bosan. Sebab kami dah dapat agak, mesti tajuk tentang akhlak. Dalam kelas, kalau Din Tok Guru sibuk mengajar kawan-kawan ilmu nahu, Zul akhlak pula akan duduk seorang diri menelaah buku-buku akhlak dia. Aku tak akan tanya apa-apa isu kepada si Zul ini, sebab aku dah tahu, nanti akan jawab 'akhlak' juga. 😷
(Bersambung...mengantuk !).
Ismail Kerbau (Bhg 4 ) Kisah sebenar.
Selesai menunaikan solat zohor, hatiku membuak² tak sabar menanti matahari terbenam. Darah pendekar melayu mendidih semula dalam urat sarafku. Maklumlah, sukan yang paling aku minat ialah pukul orang. Semasa tingkatan 5 dulu, aku pernah merangkul piala pesilat terbaik kategori pasangan bagi seluruh Seberang Perai, Pulau Pinang (1988). Majlis berlangsung di Sekolah Menengah Sungai Bakap. Bangganya dapat piala itu tak bertahan lama sebab aku kena belanja kawan-kawan lain yang 'dengki' dengan kejayaan aku itu. Aku masih ingat kawan-kawan aku daripada Sekolah Menengah Sains Syed Sheikh Syahabudin Bukit Mertajam yang turut membuli aku dengan paksa aku belanja mereka. Kawan yang paling rapat dengan aku ialah Boyot dan Kodok. Boyot ini sangat kacak orangnya, iras-iras Fatah Amin, orang Permatang Langsat, Pinang Tunggal, P. Pinang. Aku pun tak tahu kenapa dipanggil Boyot. Tapi sampai sekarang aku dah tak pernah jumpa lagi Boyot sampai sekarang. Aku jadi rapat dengan Boyot dan Kodok kerana kami sama-sama panjat pokok kelapa pukul 3 pagi sebab terlalu dahaga setelah berpanas sepanjang hari dengan latihan intensif yang diatur oleh guru-guru Silat Gayong seluruh Pulau Pinang. Paling berharga detik itu ialah majlis itu turut disaksikan oleh Allahyarham Mahaguru Dato Meor Bin Abdul Rahman. Maka darah pendekar aku belum lagi menyejuk sehingga kaki dan tanganku gatal-gatal jika sehari tak pukul orang. Sehinggalah suatu hari aku bersembang di suatu petang dengan abang kepada marka sebelah rumah sewa aku tu.
"Abang, kampung ni tak dak orang ajar silat ka?" aku memulakan bicara.
"Ada"
"Hah.. ada ka?" makin bulat mata aku kerana ingin tahu.
"Ya la, satu silat Lincah, satu lagi silat Mutiara" jawab abang marka sebelah rumah kami.
"Yang mana best abang?"
"Hang nak yang mana? Satu tok guru orang biasa, satu lagi tok guru dia...hahaha.. hang jangan terkejut pulak"
"Awat nak terkejut pulak?" aku masih tak dapat meneka.
"Haa..yang satu lagi tu, tok guru dia gengster. Rompak, rogol, bunuh, curi semua lengkap.. hahaha" abang marka ketawa. Mungkin dia ingat dia berjaya takutkan aku. Aku terdiam sebentar. Kemudian dia pandang muka aku dan soal semula...
"Hang nak yang mana? Yang biasa ka yang gengster tu? "
Aku terus pandang tepat ke mata dia.
"Saya nak belajar dengan gengster"
Terdiam dia seketika.
"Sungguh ka ni? " Seolah-olah menguji tahap keyakinan aku.
"Sungguh ni bang" jawabku dengan yakin. Bagi aku, alang-alang nak jadi pendekar biarlah berguru dengan orang yang terbukti keganasannya. Bukan teori semata-mata.
Bermula daripada perbualan petang itu lah aku mula cari peluang untuk berguru dengan Ismail Kerbau ini.
Sewaktu berbasikal balik dari sekolah..
"Jal.. mu nak thu dak yang mana satu rumah Mail Kerbau" tiba-tiba Shidi bersuara dengan bahasa daerah Sik dia yang sengau tu.
"Apa? Rumah Mail Kerbau?"
"Tuuu.. yg ataah bukit tuu. Mu tengok betol-betol.. ada tanduk kerbau kat pintu dia tu"
Aku perhati betul-betul dari jauh. Kelihatan ada tengkorak kepala kerbau dengan tanduknya sekali.
"Ooo..yang ni ka rumah dia".
Kami terus berkayuh jauh ke dalam kampung.
"Weh.. maghi duit semua sorang dua hinggit " tiba-tiba Shidi berhenti.
"Awat?" tanyaku.
"Aku nak beli sayur dengan ikan kering sikit, barang dapur kita dah habis. Nak masak apa sat lagi"
Kami semua keluarkan duit dan serah kepada Shidi. Shidi dah lama tinggal di pondok, dia dah pandai bab masak-memasak ni walaupun dia masak tak sedap. Tapi tak ada siapa berani bersungut. Mulut Shidi boleh tahan jugak kalau dia marah. Kami singgah di kedai Man Botak. Shidi mula memilih-milih sayur dan ikan untuk dimasak petang itu.
"Awat hang pi kepak kacang lendiaq tu?" aku tiba-tiba hairan Shidi asyik patahkan hujung kacang bendi sewaktu memilih kacang bendi.
"Tu la mu, nak thu kacang ni tua ka muda ka, kena buat lagu ni la. Kalu liat hujung tu, kacang dah tua, nak masak gena". Sengau Shidi kedengaran lagi.
"Ooo.. mana aku tau".
Shidi terus memilih sambil buat muka badak sumatera dia.
Sampai di rumah, Shidi mula buat kerja dia, memasak untuk kawan-kawan yang lain. Kami yang baru nak belajar ni disuruh tengok dahulu apa dia buat. Waktu Shidi sedang basuh beras, janda lawa sebelah rumah datang bertandang.
"Nak masak apa tu?" ramah pulak janda lawa ni. Putih dan licin sungguh kulit dia. Sehingga kami selalu bertanya sesama kami,
"Awat laki dia bodo sangat aa? Macam tu punya lawa pun sanggup cerai ka?"
"Kann..bodo la laki dia". Ini antara dialog biasa kami bila sembang pasai janda lawa tu. ***
"Masak gulai ja kak" jawab Shidi .
"Hang masak gulai apa?"
"Gulai tak dak nama. Semua ada dalam tu.. ada ikan temenung, ada kacang lendiaq, ada kacang buncis... semua ada kak" selamba betul muka Shidi ni. Kali ini aku betul-betul nampak muka Shidi macam badak sumatera.
"Hahaha..., hang merapu aihh.. Shidi oii. Mana ada orang campoq semua tu dalam satu periuk gulai..hahaha" gelak si janda lawa ni sambil menutup mulut tanda kesopanan seorang wanita melayu terakhir.
"Ala kak, depa ni telan ja kak. Semua muka buruk lantak punya. Tak risau aihh.. depa mesti makan punya" jawab Shidi sambil pedajal kawan-kawan.
"Dejei punya Shidi" tiba-tiba Mat Arab berbunyi perlahan dari belakang aku.
Kami diam, segan pula dengan mak janda putih melepak lagi manis tu.
"Ok lah naa.. kak pi dulu"
Semua mata memandang kepada mak janda lawa, mulut terkunci seolah-olah dalam hati berbisik perlahan "byee..byee..!!!".
"Hoiii.. langut apa lagi tang tu?" si badak sumatera yang tak dak perasaan ini menempelak kawan-kawan yang sedang dilamun cinta palsu. Tersentak kami dari lamunan.
"Mai sini tolong aku.. hang pi basuh periuk, hang pi cucuh kayu api, hang mai sini aku ajaq besiang ikan...bla.. bla..bla" Shidi mula memberi arahan. Kami akur sahaja sebab semuanya lapar. Hanya Shidi yang tahu masak.
(bersambung).
Ismail Kerbau (Bhg 5).
"Hang pikiaq habih dah ka ni?" tanya Mat Yad, seorang lagi rakan serumah aku cuba memastikan keputusan aku untuk masuk ke dalam kebun getah malam ini satu keputusan yang betul.
"Ya la.. " jawabku ringkas lalu bingkas bangun dan meleraikan ikatan serban di kepalaku.
Hassan budak jawa Tanjung Karang hanya menggeleng kepala dari jauh sambil memegang kitab yang sedang dihafalnya. Aku tahu Hassan tak setuju dengan keputusan aku untuk berguru dengan Ismail kerbau. Ya, aku faham, bukan semua orang punyai kecenderungan yang sama. Darah Gayong yang menggelegak ini hanya mampu ditenangkan dengan penumbuk, siku dan tendangan dari pihak lawanku. Walaupun ia menyakitkan, tapi itulah duniaku.
Aku menyarungkan seluar track suit hitam dan t-shirt tanpa lengan untuk mencatat sejarah baru dalam hidupku.
Bob dan Asri seperti biasa sedang melayan asap ganja mereka di dapur. Shidi pula sedang terhangguk-hangguk seorang diri menghafaz ayat-ayat Al-Quran di tangga rumah.
Mat arab pula terkial-kial kat tingkap seperti biasa, mengintai-ngintai kalau-kalau marka sebelah rumah keluar.
"Woi mat arab, lekaih la.."
"Ok..ok..sat." sambil tersengih.
"Kasanova betoi la hang, tak boleh tengok pompuan langsung" giliran aku pula membebel. Mat arab ni kawan baik aku sejak sekolah lama. Sekali dia senyum ada iras-iras Rahim Maarof Battle Of The Band. Tapi sayang, asal bercinta ja, mesti frust menonggeng.
Aku turun ke bawah dan sorong basikal keluar dari bawah rumah kayu usang kami tu.
"Woi..lekaih la..!!" sekali lagi aku tinggikan suaraku supaya mat arab bergerak lebih pantas.
"Alaa.. rileks la. Takkan lari kerbau dikejar" mat arab cuba mententeramkan aku dengan ayat gila isim dia.
"Jangan lupa garam dengan lilin tadi" aku ingatkan mat arab supaya tak tertinggal pengeras yang diminta oleh Ismail Kerbau.
"Ada..ada .jom!!"
Kami berdua pun mengayuh basikal kami yang tak ada lampu tu dan menghilang dalam kegelapan malam.
Kampung kami memang teramat sunyi baik pada siangnya mahupun malamnya. Tiada lampu jalan dan laluan harian orang kampung pun belum berturap. Maklumlah kampung parti pembangkang.
Kami terus mengayuh melewati pokok-pokok getah yang tersusun lurus sambil mata liar memerhati persekitaran kalau-kalau ada hantu yang cuba menumpang basikal kami. Tak lama kemudian, kelihatan dari jauh cahaya lampu mentol gelanggang Ismail Kerbau.
"Hahaaa... dah sampai pun !" ujarku gembira sambil menongkat basikal.
Kelihatan ada beberapa anak muda sedang melakukan senaman memanaskan badan sebelum Ismail Kerbau tiba.
"Assalamualaikum..." kami memberi salam kepada kawan-kawan yang ada dan bersalaman.
Ternyata abang marka sebelah rumah kami kelihatan seperti 'ketua darjah' mereka. Orangnya peramah, hensem, hidung mancung dan berkulit cerah macam adik dia. Aku lihat dia sedang memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli yang lain. Namun sebagai anak gayong yang dah biasa dengan latihan keras, aku rasa dia terlalu lembut.
Aku masih ingat guru gayongku, pak chu Tahir dari Paya Keladi. Hari pertama belajar dengan pak chu, beliau suruh aku tahan nafas dan keraskan perutku...zasss!!! satu tendangan padu singgah di abdomenku. Kemudian, belum sempat aku lepaskan nafas, zasss..!! satu lagi tendangan singgah di abdomenku. "Arghhhh..." aku jatuh terduduk dan membongkokkan badan kerana kesakitan. Ini antara latihan keras pak chu Tahir untuk melahirkan anak didik beliau yang lasak dan terbiasa dengan kesakitan.
Sebagai orang baru malam itu, aku tak nak lah menunjuk-nunjuk siapa aku. Aku sentiasa hormat orang lama. Malam itu aku buat-buat bodoh sahaja.
Tak lama kemudian, telingaku menangkap bunyi ekzos motor ismail kerbau memecah keheningan malam.. pung pang pung pang bunyinya macam pakai ekzos buluh.
..... (Bersambung... mengantuk la pulak).
Ismail Kerbau ( Bhg 7 )
" Ok hangpa dua mai depan ni" suara Ismail Kerbau yang parau itu memanggil kami berdua.
Aku dan mat arab akur dan maju ke hadapan. Tangan Ismail Kerbau yang beratnya 5 kilo sebelah tu diletakkan atas bahu aku dan mat arab yang berdiri diiri dan kanan beliau. Aku dapat rasakan keakraban antara beliau dengan kami anak-anak murid beliau. Hanya kami yang tahu, disebalik wajah dan tubuh beliau yang ganas itu, tersimpan kasih sayang beliau kepada anak-anak muridnya. Biar apa pun gelaran mahupun cercaan yang aku sering baca di akhbar tentang beliau, bagi aku beliau masih seorang insan yang punya perasaan kebapaan seperti orang lain.
"ok.. depa dua ni ialah ahli baru kita. jadi malam ni kita minta depa dua perkenal diri dulu kat semua yang ada"
Aku dan mat arab pun mula memperkenalkan diri kami masing-masing. Sesekali kami ketawa beramai-ramai apabila ada soalan-soalan nakal diajukan kepada kami. Biasa lah, adat orang baru mesti kena usik-usik sedikit baru meriah.
"Pasaipa orang panggil hang mat arab?" tanya salah seorang rakan seperguruan kami.
"Ish..saya pun tak tak ingat la..."
"Laa... gelaran sendiri pun hang tak tau?" sampuk seorang lagi rakan kami dan disambut dengan hilai ketawa semua yang ada malam itu.
Ismail Kerbau hanya tersenyum dari jauh memerhati gelagat kami ketika sesi perkenalan ini.
"Wei.. hang pulak la Lord" mat arab mengarahkan aku pula memperkenalkan diri.
"Hah..? Hang habih dah ka?..ok..ok" giliran aku pula memperkenalkan diri. Aku pun mula bercerita tentang diri aku sekadar apa yang aku rasa mereka perlu tahu.
"Pasaipa kat hang mat arab panggil Lord?" Nah..satu soalan yang aku paling serba salah nak jawab. Ceritanya panjang tapi aku terpaksa ringkaskan.
"Emm.. ada dua tiga sebab..macamana nak cerita pun tak tau..hehehe" aku ketawa dalam terpaksa sambil menggaru kepala yang tidak gatal pun.
"Habag satu dulu" tanya salah seorang mereka..
" Ok..emmm..yang pertama, kami dulu kat sekolah lama kami ni rock la sikit. Saya minat sangat kat Ella dan kumpulan The Boys dia tu. Cita-cita saya nak jadi macam pemain gitar utama depa tu, yang nama Lord tu la..hehehe. Sampai mak saya pernah kata, "nanti nak cari bini, hang cari la yang nak iras-iras Ella tu lah" ". Sememangnya aku pernah pakat dengan kawan-kawan aku dulu nak tubuhkan kumpulan rock pun. Antara yang aku ingat dikalangan kami tu ialah aku, Hilmy Kapten, Mohd Nazri (Nazrock ) dan Allahyarham Abdul Hakam. Yang lain aku tak berapa ingat dah. Semasa tingkatan 5, bila cikgu tak masuk kelas atau lewat, kami akan nyayikan lagu-lagu rock zaman itu. Bila akhir tahun sebelum cuti SPM, dalam majlis perpisahan kami buat persembahan untuk seluruh warga asrama. Aku lah yang ubahsuai lagu kumpulan Wings, Taman Rashidah Utama kepada Taman Syuhada Utama. Aku juga lah yang jadi vokalis malam tu, yang lain ketuk baldi dan jadi penyanyi pacak di belakang aku. Tak disangka persembahan kami dikagumi oleh penonton-penonton malam itu. Lagu kami jadi siulan kira-kira satu minggu juga. Pada keesokan paginya, ada pula awek-awek junior yang tersengih-sengih kat kami kononnya kami ni artis. Ada yang minta lirik dan ada yang minta tandatangan. Paling aku rimas, awek yang aku berkenan tak pula berkenan kat aku. Yang aku tak berkenan pula asyik mengurat aku. Ada seorang tu asyik bercerita kepada kawan-kawannya bahawa aku ini 'kekasih' dia.. aduhhh. Lagi buat aku geli dan rimas, dia selalu cerita kepada kawan-kawan dia yang selalu jumpa aku dalam mimpi dia, dan dalam mimpi dia tu, kononnya aku hadiahkan kepada dia sebotol minyak wangi... 'How romantic !!!'.
Satu lagi sebab ialah, aku selalu tulis di buku dan beg aku aku perkataan 'zan' iaitu panggilan manja aku kat rumah. Tiba-tiba satu hari kawan aku Mohd Nazri conteng perkataan di depan dan belakang perkataan itu menjadi perkataan 'Tarzan, Lord Of The Jungle'. Mulai hari itu panggilan 'Lord' semakin popular dikalangan teman-temanku.
"Hahaha... " cerita aku tadi diketawakan oleh kawan-kawan di gelanggang malam itu.
Selesai sesi memperkenalkan diri, Ismail Kerbau menghampiri kami berdua lagi sekali dan mengucapkan terima kasih atas kesudian kami memperkenalkan diri.
'Baiklah, nanti lepaih ni, hangpa boleh berkenalan lagi" ujar Ismail Kerbau sambil menepuk bahu kami berdua.
"Untuk maklumat hangpa dua, silat yang aku nak ajaq hangpa ni nama dia silat Mutiara. Aku dapat ilmu ni waktu aku dok kat Langkawi dulu".
(Bersambung)...
"Hang mai sini.. " panggil Ismail Kerbau kepada abg marka sebelah rumah sewa aku.
"Malam ni tugas hang ialah ajaq depa gerakan asas dulu"
"Baik pak su" jawab abang marka ringkas.
Abang marka kami ni boleh tahan jugak hensem dia. Kulit putih, hidung mancung dan badan kurus macam papan keping.
"Ok.. ni cara genggam penumbuk.." kata abang marka memulakan pelajaran pertama.
Aku dan mat Arab akur sahaja dan melakukan apa sahaja gerakan yang diajar oleh abang marka.
"Elehh.. ini pun nak ajaq" cebis aku dalam hati kerana aku dah masak dengan penumbuk sejak berkecimpung dalam Silat Seni Gayung sehingga terpilih sebagai pesilat terbaik kategori pasangan dalam Kursus Intensif PSSGM pada tahun 1988 bagi seluruh Seberang Perai Pulau Pinang. Tapi oleh kerana menghormati perguruan yang baru ini, aku tahu bahawa aku perlu jadi anak murid yang taat dan tak boleh sombong.
Minggu demi minggu berlalu. Aku taat dan patuh apa sahaja pelajaran-pelajaran baru yang aku terima daripada Ismail Kerbau. Malah aku dapat rasakan Ismail Kerbau semakin memberi tumpuan lebih kepada aku kerana semua teknik pukulan yang beliau ajarkan, akulah yang paling cepat menguasainya. Boleh aku katakan ilmu aku sudah pun menandingi ahli-ahli lama. Apa yang mereka tidak tahu ialah aku pernah menjadi pesilat terbaik suatu ketika dahulu.
"Bagus..bagus.." itulah perkataan Ismail Kerbau sambil menepuk belakangku setiap kali aku dapat melakukan gerakan pukulan yang beliau ajarkan. Aku tetap menjaga pencapaianku sebelum ini sebagai satu rahsia agar jangan ada rasa cemburu dalam hati ahli-ahli lain yang sebenarnya mereka itu masih baru berkecimpung dalam dunia persilatan berbanding aku yang terlebih dahulu 'makan penumbuk dan penyepak' Pak Chu Tahir guru gayongku dahulu.
Kemahiran aku yang aku kuasai dalam Silat Gayong dahulu benar-benar membantu aku menguasai setiap ilmu baru aku dalam silat mutiara ini. Aku sudah biasa dengan teknik lompatan, gulingan dan sebagainya berbanding ahli-ahli lain baru hendak menguasai teknik-teknik itu semua.
"Mai sini sat.." tiba-tiba Ismail Kerbau memanggilku.
"Ya pak su.."
Sambil meletakkan lengannya yang besar itu di atas bahuku, Ismail Kerbau berkata perlahan "Aku nampak hang ada bakat. Nanti aku nak ajaq hang Silat Gayong dengan Tomoi pulak kat hang".
"Baik pak su" jawabku sambil menundukkan kepala tanda terima kasih sambil melurut titisan peluh dan pasir yang melekat pada lenganku.
"Nanti aku ikat bata kat kaki hang untuk latihan melompat" sambungnya lagi dengan penuh bersemangat.
"Wah.. dah macam filem kungfu" kataku dalam hati.
"Paksu ada silat Gayong dengan Tomoi jugak ka?" tanyaku.
"Haa la..Gayong pun aku ajaq, tomoi pun aku ajaq"
"Huish.. dahsyat jugak noh" kataku sambil menentang mata Ismail Kerbau.
"Dulu aku dok naik jugak gelanggang kat Thailand," sambungnya lagi.
Aku diam sambil tekun mendengar kisah dan pengalaman zaman muda Ismail Kerbau dalam dunia persilatan. Namun kecintaan beliau kini kepada silat Mutiara lebih ketara. Dengan itu beliau lebih berminat untuk mengembangkan Silat Mutiara ini.
"Ok.. jom aku ajaq hangpa Tai Chi Monkey untuk pulihkan balik stamina hangpa semua" tiba-tiba Ismail Kerbau bangun sambil memanggil penuntut-penuntut lain untuk berbaris dan menerima satu lagi pelajaran baru.
"Ahh.. senang ja ni" fikirku seolah-olah memperkecilkan senaman kuno warisan cina.
"Dah sedia semua?" tanya Ismail Kerbau. Kami semua sudah siap dalam barisan.
"Ok, ikut macamana aku buat ni, ginjat kaki dua-dua. Tarik nafas semua... tahan..!!!" perintah Ismail Kerbau dengan suara bengisnya.
Terhoyong-hayang kami semua dibuatnya. Tak dibenarkan bernafas tetapi terpaksa berdiri hanya di hujung kaki sambil membongkok seperti monyet.
"Haa.. ini la kungfu monyet..hahahaha".. Kata Ismail Kerbau sambil mentertawakan kami semua yang terhoyong hayang menahan badan agar tidak rebah.
"Bongkok bandan ke depan... ok.. pusing ke kanan.. 1..2...3..4..5.. okkkk.. lepas nafas pelan-pelan.. " Ismail Kerbau memberi arahan.
Kami memang tak berani melawan arahan beliau. Terketar-ketar satu badanku. Manakan tidak, nafas terpaksa di tahan, berdiri hanya di hujung kaki, badan membongkok, tangan di angkat separas mata. Masing-masing dah bergerak tak macam manusia lagi. Sebiji macam monyet. Gerakan yang nampak perlahan ini rupanya betul-betul membuatkan kami bermandi peluh. Titisan peluh dapat dilihat menitis dengan lajunya dari hujung jari-jari tangan kami. Baju dan track suit kami dah basah lencun. Barulah kami insaf tai chi monyet ini bukan semudah yang kami sangka pada awalnya.
"Ok.. dah. Jadi dulu latihan kita malam ni" Ismail Kerbau menamatkan penderitaan kami.
"Semua duduk.. seperti biasa, kita tutup latihan kita dengan membaca Al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Naas" sambung Ismail Kerbau. Kami semua duduk dalam barisan dan membaca surah-surah tadi bagi menangguhkan sessi latihan kami.
"Naah aih.. tu dia punya peluh " kata mat Arab sambil memerah baju t-shirtnya.
Aku pun menanggalkan t-shirt aku dan turut memerah..
"Mak oiii.. dah macam rendam dalam ayaq"kataku yang turut terbeliak biji mata seolah tak percaya melihat peluh aku yang begitu banyak sebaik sahaja diperah.
Kawan-kawan seperguruan kami yang lain pun turut menanggalkan t-shirt masing-masing dan aktiviti memerah baju beramai-ramai pun bermula sambil di selang-seli dengan gelak tawa kerana tak sangka peluh kami sebanyak itu.
"Hahahaha.. baru hangpa tau.." ketawa Ismail Kerbau melihat tingkah laku kami semua dari jauh.
"Ok pak su, kami minta diri dulu" kataku sambil menghulur tangan bersalaman dengan Ismail Kerbau.
"Ok, esok jumpa lagi " kata Ismail Kerbau sambil meramas tangan kami dengan tapak tangannya yang besar dan kasar. Aku tak boleh bayangkan kalau tapak tangan itu dihayunkan ke muka kami. Mungkin ICU akibatnya.
Malam itu aku dan Mat Arab balik ke rumah sewa kami di hujung kampung yang sunyi dan gelap gelita itu dengan penuh kepuasan.
"Hang nak mandi dulu dak ?" tanyaku pada Mat Arab.
"Huhuhu.. pakai dak la.. ayaq telaga kita tu sejuk oiii" jawab Arab dengan jawapan yang sudah aku duga sebab dia memang jenis takut air sejuk. Tambahan lagi, sumber air kami hanya telaga tanah itu sahaja utk kami mandi dan minum. Lagi pulak, kat telaga kami tu tak ada lampu, nak pergi ke telaga perlu bawa pelita minyak tanah atau lampu picit.
"Tapi badan kita belengaih ni.." kataku
"hang nak mandi hang pi la.. aku tak mau" jawab Mat Arab sambil buat-buat menggigil kesejukan.
"Ya lah.. hang tu jenis kambing. Mandi pagi pun mandi P Ramlie saja" kataku sambil mengambil tuala dan lampu picit untuk ke telaga membersihkan badan. Tak selesa rasanya nak tidur kalau badan belengas dan berpasir kerana berguling dalam gelanggang tadi. Mat Arab hanya tukar pakaiannya sahaja dan terus tidur. Aku dah faham sangat dengan Mat Arab ni, pagi-pagi nak pergi ke madrasah, Mat Arab hanya mandikan matanya sahaja seperti dalam filem P Ramlie. Dia hanya akan mandi sebenar kalau dah 'wajib mandi'.
Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya setelah teruk memerah tenaga dan keringat dalam gelanggang. zzzz...
(Bhg ke 8- Kena serbu polis)
"Bangun.. bangun..!!!! Bangunnn semua sekali...!!!" tiba-tiba satu suara yang keras dan asing memecahkan kesyahduan pagi hujung minggu yang indah.
Pagi itu kami semua menggunakan kesempatan hari cuti untuk tidur semula selepas menunaikan solat subuh di masjid dan sempat membaca beberapa helaian Al-Quran. Tetapi suara keras yang mengarahkan kami bangun pada pagi itu teramat asing dan ganjil bunyinya.
Aku menggosok-gosok mata untuk memastikan penglihatan aku lebih jelas untuk mengenalpasti pemilik suara tersebut. Ternyata beberapa orang lelaki berbaju t-shirt dan berseluar jeans dan dengan tidak ada rasa hormat menceroboh naik ke rumah kayu kami yang usang itu dengan kasut yang tidak ditanggalkan.
"Turun semua sekali..!!!" jerit salah seorang daripada mereka.
"Bawa ic hangpa sekali " satu suara lagi memberi arahan agar kami kosongkan rumah kayu kami itu.
Aku kehairanan melihat mereka mengeladah beg dan almari baju kami sehingga bersepah-sepah jadinya.
Dalam keadaan kehairanan dan agak ketakutan, kami semua turun dan di arahkan duduk di atas tangga kayu rumah usang kami.
"Pasaipa ni Yat? Depa ni sapa?" tanya ku pada Muhayat yang terlebih dahulu duduk di tangga.
"Tak tahu lah aku.." jawab Muhayat ringkas.
Seorang lelaki bermuka bengis berdiri di hadapan kami sambil bercekak pinggang. Matanya memandang wajah kami seorang demi seorang yang terkebil-kebil kehairanan penuh tanda tanya. Dari tadi kami ditengking tanpa kami tahu apa kesalahan yang kami buat.
Kemudian datang salah seorang daripada mereka mengutip kad pengenalan kami seorang demi seorang dan mula membelek satu persatu.
Si lelaki bermuka bengis tadi memulakan soal siasat.
"Semalam hangpa pi mana?" soalnya dengan garang.
" Ada kat sini ja.." jawab aku.
"Hangpa tak keluaq pi mana-mana?"
Kami semua menggeleng kepala. Ya lah, apa sangat aktiviti yang kami boleh buat dengan kedudukan rumah kayu usang kami yang terperosok jauh di hujung kampung. Yang ada hanya sawah dan kubur.
Seorang demi seorang disoal siasat, bermula daripada latar belakang keluarga sehinggalah berapa jumlah wang poket yang diberi oleh mak bapak masing-masing.
Sambil soal siasat dijalankan oleh lelaki bermuka bengis tadi, beberapa orang lagi masih di atas rumah kayu kami. Kedengaran dari bawah bunyi barang-barang kami berjatuhan .
Kami masih kehairanan dan terpinga-pinga, apa sebenarnya yang mereka cari. Tiba-tiba aku teringat ganja dan dapur ganja yang dimiliki oleh Bob dan Asri.
"Aduhh..habislah kalau depa jumpa benda tu" bisikku dalam hati.
"Ada jumpa apa-apa dak?!!" tanya si muka bengis kepada rakan-rakannya yang sedang menggeledah.
"Tak ada la.." jawab salah seorang rakannya.
Sementara itu, dari kejauhan aku ternampak motor Ismail Kerbau mundar-mandir dari kejauhan. Kelihatan seperti ada sesuatu yang sangat mencurigakan beliau. Tapi kami tidak sempat berfikir apa-apa sebab diasak bertubi-tubi oleh si lelaki bengis yang sangat curiga tentang pergerakan kami semalam.
Setelah puas mereka menggeledah, akhirnya mereka semua turun dan berbincang sesuatu dengan si muka bengis.
'Ok.. lah. Kami balik dulu. Bukan apa, semalam kedai Man Botak kena pecah, yang hilang ialah rokok dan meggi. Tu yang kami mai rumah hangpa ni sebab dia syak budak pondok yang buat kerja tu" kata si muka bengis sambil mengajak rakan-rakannya pulang.
Kami semua diam membisu sambil memerhati kelibat mereka hilang dari pandangan.
Vroommm... roommm. motorsikal Ismail Kerbau meluncur dengan laju dan membrek di hadapan kami semua yang masih kaku di atas anak-anak tangga kayu rumah yang usang.
"Pasaipa polis mai?!!" tanya Ismail Kerbau seperti orang tidak puas hati.
"Hah.. polis ka tu pak su?" tanyaku.
"Haa laa.. polis kota la tu " jawab Ismail Kerbau. Polis 'kota' yang beliau maksudkan tak lain tak bukan tentulah Polis Balai Kota Sarang Semut yang merupakan balai polis terdekat. Ya lah, gengster tentu lebih kenal polis berbanding dengan kami.
"Oooo.. jadi depa tu polis la noh" sampuk mat Arab. Kawan-kawan yang lain hanya mengerutkan dahi. Macam-macam perasaan kami setelah terjawab siapa mereka yang menggeledah rumah kami tadi.
'Huiii.. mai serupa samseng.. naik rumah kami kasut pun tak buang " Shidi meluahkan rasa marahnya yang disimpan sejak tadi.
'Habis beg dan baju-baju kami dipunggah oleh dia orang" sambung Hassan jawa dengan pelat jawanya yang amat jelas.
"Oh.. jadi ini Man Botak punya pasai la ni.." kata Mail Kerbau dengan penuh kemarahan.
'Dia tuduh hangpa yang buat semua tu?" sambungnya lagi.
"Ya paksu, Man Botak la yang syak kami buat. Naya ja kami kena serbu dengan polis" kataku dengan penuh kesal. Siapa tak marah, kenakan tidur selepas subuh yang jarang dapat kami nikmati kini telah dimusnahkan oleh serbuan polis yang bersikap kasar dan bengis.
'Tak pa.. sat aku nak cari Man Botak" kata Mail Kerbau sambil menghempas punggungnya yang besar itu di atas sit motosikalnya. Marah sungguh gayanya kerana Man Botak telah mengganggu anak murid persilatannya.
Vromm..vroooommm.. bingit telinga kami dek bunyi deruman motosikal Mail Kerbau yang memecut seperti nak bunuh orang.
Kami semua masih termenung di kaki tangga kayu. Terkebil-kebil cuba meramalkan apalah nasib Man Botak nanti jika Mail Kerbau menghadiahkan tapak tangannya yang tebal itu. Kami mula berimaginasi mengikut kreativiti masing-masing..
"Mampoih la Man Botak hari ni.." tiba-tiba Mat Arab mula menyuarakan hasil imaginasinya.
"Mau reban muka dia sebelah" kataku pula.
Belum sempat kami menyambung imaginasi kami, tiba-tiba motosikal Mail Kerbau sudah pun berpatah balik dan berhenti di hadapan kami.
"Man Botak tak dak..!!!" rungut Mail Kerbau dengan nada tak puas hati.
"Mujurlah tak ada..hehehe" bisikku dalam hati. Ya lah, risau juga takut-takut ada orang mati kena bunuh dengan Mail Kerbau pula semata-mata nak bela kami.
"Tapi aku dah kata kat bini dia, nanti aku mai lain.." sambung Mail Kerbau.
"Hangpa pi naik balik.. tak pa, bab Man Botak bagi aku yang settle!" kata Mail Kerbau lagi.
'Terima kasih paksu" jawab kami beramai-ramai.
Mail Kerbau menghidupkan semula motosikalnya dan pergi dari situ.
Kami semua masih terpaku lagi di anak tangga. Tiba-tiba dari jauh kelihatan bini Mail Kerbau melintas di jalan tanah merah di hadapan rumah kami.
"Aku heran la.. bini dia punya la seksi, awat dia pi rogol orang lagi" tiba-tiba Mat Arab bersuara.
Perkataan Mat Arab benar-benar membuatkan kami semua ketawa. Memang betul.. potongan badan bini Mail Kerbau memang cantik dan melentik walaupun berkulit sedikit gelap. Setiap kali beliau lintas di hadapan rumah kami, Mat Arab akan jerit kepada kami " Bini Mail Kerbau lalu wooii..!!!!" habis semua kopiah dan serban kami terbang entah ke mana.
"Dah la Mat Arab, bini orang pun hang nak suluh" kataku sambil mengajak kawan-kawan lain menyambung aktiviti tidur di pagi Jumaat.
Kami semua naik semula dan menyambung aktiviti tidur yang tadinya terganggu.
Bahagian ke-9 ( Anak Mail Kerbau)
Aku dah tak ingat berapa orang anak Mail kerbau kesemuanya. Lagipun aku sendiri tak pernah bertandang pun ke rumah beliau. Aku hanya melintas di hadapan rumahnya setiap hari untuk pergi mencari ilmu di pondok. Rumahnya kecil sahaja, dinding bata pasir yang tidak diplaster, apalagi dicat. Cuma yang uniknya ialah di pintu hadapannya tergantung tanduk Kerbau yang besar. Aku pun tak pasti samada bermulanya gelaran 'Kerbau' itu disebabkan oleh saiz badan Mail Kerbaukah atau kerana tanduk kerbau tersebut.
Anak Mail Kerbau yang aku kenal hanya dua sahaja. yang lain aku tak tahu. Seorang belajar di pondok aku ( junior) dan seorang lagi yang si adiknya belum bersekolah. kami tak ada masalah dengan si abang tu sebab seingat aku dia biasa-biasa sahaja budaknya. Tapi yang kami serumah susah hati ialah yang si adiknya.
Setiap petang kami geng pondok ni akan bermain sepak raga. Paling seronok main sepak raga ini ialah bila dapat tikam-menikam kawan-kawan dengan libasan-libasan tajam dan padu. Menjadi kebanggaan pula apabila tikaman bola dapat dicungkil dengan sempurna. fuhh.. memang power!!
Tetapi yang tak seronoknya ialah bila tengah seronok-seronok bermain, bini Mail Kerbau datang dengan lenggang-lenggoknya " Hangpa nampak anak kak dak?"
Soalan bini Mail Kerbau itu adalah petanda buruk untuk kami. ia memberi mesej bahawa ' budak tu' dah terlepas kandang.
"Tak nampak pun kak" jawab ku.
"Hmmm.. ya ka... Tak pa lah. Kak try cari ataih lagi" jawab bini Mail Kerbau sambil melemparkan senyuman dan meneruskan pencarian anaknya.
Kami memerhati sahaja lenggang-lenggok pinggul bini Mail Kerbau sehingga hilang dari pandangan kami.
"Ish.. aku tak faham. Macam tu punya seksi pun Mail Kerbau rogol orang lain lagi" tiba-tiba Mat Arab ulang lagi soalan 'wajib' setiap kali nampak bini Mail Kerbau.
Kami semua ketawa.
'Dah la.. jom sambung balik!" kata Muhaiyat sambil melambungkan bola ke badan Shidi yang besar tu. Terhoyong hayang si Shidi menyambut bola rotan tersebut. Dalam ramai-ramai yang selalu kena buli memang si Shidi ini lah. Muka paling selamba badak dan badannya paling besar dikalangan kami. Tak lah gemuk sangat, cuma gempal-gempal badak Sumatera sahaja.
Sedang kami asyik melayan permainan sepak raga, tiba-tiba anak Mail Kerbau yang si adik tu melintas.
"Wei budak.. hang pi mana? tadi mak hang dok cari.." tegur Asri Ganja.
"But*h pak hang .. punya pasai aku la nak pi mana pun" jawab si anak Mail Kerbau dengan amat kasar sambil mencarut. Budak ni kalau tak silap aku sekitar 5 atau 6 tahun macam tu. Belum pun bersekolah, tetapi bahasanya Ya Allah.. memang kesat.
"Bu*it mak hang aih.. orang cakap elok-elok dia dok mencarut kat kita" Asri ganja tak boleh kawal perasan lagi setelah dijawab begitu biadab.
Aku dan kawan-kawan lain terpinga-pinga mendengar jawapan si budak ini.
"Huih.. korang ajaq betoi budak ni" kataku kat Mat Arab. Mat Arab meluru ke arah anak Mail Kerbau.
"Hoi budak..!! apa but*h-but*h ni?!! korang ajaq hang noh.." mat Arab menempelak anak Mail sambil mengangkat tangan gaya seperti ingin menampar .
"But*h pak hang.. !!" balas si budak ini sambil memerhati sekelilingnya seperti mencari sesuatu.
"Aku sepak satgi baru hang tau.." jerkah Mat Arab.
Tiba-tiba si budak kecil ini mengambil seketul batu sebesar penumbuknya dan membaling ke arah Mat Arab. Mat Arab melompat untuk mengelak daripada terkena balingan batu.
Asri Ganja pun meluru ke arah anak Mail Kerbau sambil mengacah untuk menampar mukanya. Rupanya budak ini memang tak tahu takut langsung, dicapainya seketul batu yang lain dan membaling ke arah Asri Ganja. Kemudian diambilnya lagi batu lalu dibaling ke arah kami yang lain. Suasana menjadi kelam-kabut . Kami lari bertempiaran menyelamatkan diri sebelum kepala kami bocor dihentam dengan batu.
"Ish.. budak ni.. nasib baik hang budak kecik, kalau tak, mampoih dah aku pijak" jerit Asri sambil berlari berlindung di sebalik tiang kayu bawah rumah kami.
Geram saja hati aku kat anak Mail Kerbau ini. Tak padan dengan kecil, tapi ganas nak mampos. Ikut hati nak saja aku tibai sampai jadi kain buruk, tapi apakan daya, budak kecil lagi kot.. nanti aku pulak yang 'masuk dalam'. Dia bukan jenis sekadar acah-acah nak baling batu, tapi betul-betul punya baling. Kalau kena memang bocor kepala kami.
Kami semua dikejar seorang demi seorang. Kami terperangkap dalam dilema, nak pukul budak ini, nampak dayus sangat sebab buli budak kecil. Tetapi lari menyelamatkan diri dikejar oleh seorang budak kecil juga amat menjatuhkan kejantanan kami. Apalagi diri aku sendiri yang kononnya seorang 'ahli silat'. Bertambah besarlah malu aku kalau dilihat orang.. aduh... Betul-betul budak ini menjatuhkan air muka kami. Aku terpaksa lari keliling rumah kayu kami untuk mengelakkan daripada jadi mangsa anak mail Kerbau seorang ni sehinggalah aku nampak jamban kat luar rumah kami tu paling selamat untuk berfungsi sebagai 'kubu pertahanan' aku. Aku terus meluru ke dalam jamban dan mengunci pintu jamban.
"Fuhhh.. selamat!!!!" kataku sambil menghela nafas panjang.
Setelah beberapa tempoh aktiviti kejar-mengejar ini berlangsung, suasana kembali tenang...
Aku pasang telinga betul-betul kalau-kalau masih berlangsung aksi kejar-mengejar kat luar tempat persembunyian aku. Lama aku tunggu, dah tak dengar lagi lolongan kawan-kawan aku berlari untuk menyelamatkan diri.
"Woii.. budak tu balik dah ka?!!" jerit aku dari dalam jamban tin.
"Balik dah kot.." jerit Shidi dari atas rumah yang pintunya terkunci rapi. Shidi lebih bermasalah untuk lari berbanding kami. Badannya yang gemuk membuatkan Shidi terkedek-kedek berlari macam badak sumatera.
Si Hassan Jawa walaupun kurus kering macam jerangkung, nak sorokkan kepala pula susah sebab tubuh Hassan tinggi macam zirafah.
Mat Arab seorang sahaja yang tak jumpa tempat persembunyian yang sesuai. Terpaksalah meneruskan acara marathon sambil melayan anak Mail Kerbau berlari keliling rumah. Kalau tak silap aku acara marathon tersebut berakhir bila Mat Arab jumpa jamban rumah marka sebelah rumah kami.
Mat Yat (Muhaiyat) pula aku dah tak ingat kat mana dia waktu itu.
Setelah suasana dah kembali tenang, aku pun buka sedikit demi sedikit pintu jamban sambil mengintai kat luar kalau-kalau anak Mail Kerbau sedang bersembunyi untuk ambush siapa-siapa sahaja yang masih hidup.
Aku keluar perlahan-lahan sambil mata liar memerhati di sekeliling.
"Hmm.. rasanya budak ni dah balik kot" kataku dalam hati.
"Woiii.. buka pintu ni .." jeritku sambil berlari menaiki anak tangga. Shidi datang dan cepat-cepat buka pintu.. mata kami masih liar tercari-cari anak mail Kerbau.
"Ada lagi ka?" tanya Shidi.
"Tak tau lah.. tak nampak pun" jawabku sambil memandang keluar.
Alhamdulillah.. suasana dah kembali seperti biasa. Peristiwa kami kena serang dengan anak Mail Kerbau cukup mengerikan kami serumah. Lain kali kalau budak tu datang lagi, kami janji tak mau usik dia dah.. Cari nahas namanya..
Bahagian 10.
Bulan berganti bulan..segala-galanya begitu cepat berlalu. Kerajaan pun mengumumkan tarikh keputusan SPM akan dikeluarkan tidak lama lagi.
"Wei Mat Arab, hang nak pi ambik keputusan bila?" tanyaku.
"Ikutlah hari apa pun.." kata Mat Arab.
"Aku rasa nak ambik lambat-lambat sikit kot. Rasanya SPM aku tu teruk" kataku menjangkakan keputusan SPM aku yang akan diambil nanti.
Kami terdiam seketika. Perasaan kami bercampur-baur.
"Hang rasa lepaih ni nak teruih dok sini ka? atau nak pi mengaji tang lain?" aku cuba menduga kesetiaan Mat Arab dengan pondok pengajian kami itu.
"Tak tau lah.. hang macamana?" tanya Mat Arab ringkas.
"Aku rasa aku nak teruih mengaji sini lah. Aku memang teringin sangat nak pi mengaji kat Mesir" jawabku.
"Ya lah kan.. lagi pun dulu kita dah janji dengan ustaz Che Pi ( mudir ), nak mengaji sampai 4 Thanawi" Mat Arab mengingatkan aku semula tentang janji kami dengan ustaz Che Pi
Seharian hari itu kami berdua dalam dilemma. Antara hasrat kami, janji kami dan hasrat kedua orang tua kami.
Shidi, Mat Yat, Hassan Jawa, Bob dan Asri Ganja langsung tak ambil kisah tentang masalah kami sebab mereka memang tak ambil SPM.
"Ehh.. Lord, aku nampak macam kereta pak hang kat bawah tu" kata Mat Arab sambil memanjangkan tengkok melihat ke bawah rumah kayu kami yang agak tinggi itu. Aku bingkas bangun dan menuju ke muka pintu.
"Ehh.. pak aku mai la.." kataku smbil bergegas melangkah menuruni anak tangga kayu yang agak curam.
Setelah bersalaman dengan ayah dan emak, ayahku pun bertanya:
"Hang nak pi dak ambik keputusan hang esok?"
Aku terdiam sebentar. Serba salah aku dibuatnya sebab masih teringat kata-kata Mat Arab bahawa kami telah berjanji dengan mudir untuk belajar sampai peperiksaan 4 Thanawi . Kami juga berazam nak pergi Mesir sama-sama.
"Nanti-nanti lah kot. Ingat nak pi lambat sikit. Bagi kawan-kawan lain ambik dulu" aku cuba memberi alasan Sebenarnya aku sendiri yang tidak yakin SPM aku itu akan memberi hasil yang kedua orang tua aku harapkan.
"Tak apa lah.. apa pun nanti pikiaq kemudian. La ni pak rasa jom kita balik dulu. Esok pi ambik keputusan dulu, nanti baru hang pikiaq lain nak teruih dok sini atau nak minta universiti".
"Huish.. yakin betoi pak aku ni yang aku boleh masuk universiti" aku merungut dalam hati.
"Haa.. pi la ambik beg hang. Kita balik dulu" kata ayahku memberi arahan.
Aku akur dan naik semula ke rumah dan mengemaskan barang dan ikut ayahku balik ke Sungai Petani.
Tak lama kemudian, mak ayah Mat Arb pula sampai dan Mat Arab pun diarahkan ikut balik ke Sungai Petani.
Bahagian 11. Keputusan SPM.
Awal-awal pagi telefon rumah aku dah berdering.
"Hello.. Lord, jom kita pi sekali. Ni kapten pun nak pi sekali kita" kata Mat Arab dalam telefon.
"Kita nak pi dengan apa?" tanyaku.
"Kereta kodok pak hang tu la, kapten drive" kata Mat Arab mencadangkan kami pergi bersama dengan kereta kecil Fiat 500 kepunyaan ayahku.
"Ok" jawabku. Kalau kapten yang bawa, biasanya ayah aku memang tak ada masalah. Kapten memang antara yang paling cekap dan berhemah dalam pemanduan.
Keesokan paginya, kami pun pergi bersama-sama ke sekolah lama kami iatu SMKA Al-Irshad.
Sampai di sekolah. Aku dan Mat Arab terus naik ke pejabat dengan penuh debaran.
"Hangpa nak ambik keputusan ka?" tanya kak Rosnah kerani pejabat yang paling lawa kat sekolah tu.
'Ya.." jawab kami.
"Masuk jumpa pengetua dulu na.." tiba-tiba ada syarat baru nak ambil keputusan SPM.
Kami terpinga-pinga dengan syarat rekaan terbaru ini, namun terpaksa akur. Lagipun pengetua yang baru ini terkenal seorang yang paling bengis dalam sejarah sekolah kami.
"Assalamualaikum ustaz.." kami memberi salam.
"waalaikumussalam..." jawan tuan Pengetua dengan wajah serius dan mata terbeliak.
"Hang anak Pin ka?" tiba-tiba tuan Pengetua sebut nama ayah aku. Entah macamana dia kenal ayah aku aku pun tak pasti.
'Ya" jawabku dengan nada risau.
"Hangpa dua pusing ke tingkap sat!" kata tuan Pengetua memberi arahan. Kami pun akur dan berpusing ke arah cermin tingkap.
"Hangpa nampak dak kedai gunting kat Simpang Keling tu?" sambungnya lagi.
"Nampak.." jawab kami serentak sambil otak kami cuba membuat perkaitan antara keputusan SPM dengan kedai gunting kat Simpang Keling.
Tuan Pengetua pun bangun dan dengan suara yang tinggi beliau memberi arahan sambil menunjuk jari ke arah Simpang Keling...
"Hangpa pi gunting rambut hangpa dulu bagi pendek, nanti baru hangpa mai ambik keputusan hangpa !!!"
'Baik ustaz.." aku dan Mat Arab berlari keluar dan turun ke bawah.
Mat Kie Bulu, Mat Din Kicap dan kapten kehairanan melihat kami berdua seperti cemas.
"Awat wei..??" tanya Mat Kie Bulu...
"Jom wei kita pi kerat rambut dulu. Rambut panjang tak boleh ambik keputusan" kataku pada kawan-kawan yang lain"
Kami pun beramai-ramai ajak kawan-kawan serbu kedai gunting demi sekeping kertas keputusan SPM.
Peristiwa ini rupanya tidak berakhir di sini, 7 tahun kemudian, aku diarahkan menjalani latihan mengajar di sekolah lama aku ini. Penegtua masih yang sama. Cumanya aku datang sebagai seorang mahasiswa yang sedang menjalani latihan. Ketika masuk ke bilik si Pengetua, aku terkejut beliau masih di situ. Namun aku yakin beliau sudah lupa peristiwa 7 tahun yang lalu. Sebaik aku memberi salam dan melangkah masuk dengan sahabat saya ustaz Abdul Rahman Idris, si pengetua pun terus berkata:
"Bukan hang ka yang saya halau suruh pi gunting rambut dulu?!!!"
Jemmm..!!!
Bahagian 12. Perpisahan dengan Ismail Kerbau buat selamanya.
Assalamualaikum. Mail Kerbau pernah tinggal di Semenyih, Selangor?
ReplyDeletewslm.. itu sy tak ada maklumat. perkenalan sy dgn beliau agak singkat.. baru setahun, beliau kemudian ditangkap oleh pihak polis. Sy hanya mengenali beliau sbg guru silat saya.
DeleteBila nk sambung?
ReplyDeletesambung la cepat, dah ketagih ni
ReplyDeletelaa.....sambung la lagi......aku pernah jumpa dia face to face pasai nak minta tolong bagitau anak buah dia hutang kredit kad...mula p kat rumah nakcari dia..dia pulak takdak.. tgk saiz baju dok sidai nala punya besaq.....lepaih tu p kedai tempat dia dok menega, memang betui badan dia gempai besaq....sambil sembang dgn dia, dia suka main jari kelingking dia yg extra tuu...dia peramah dan tak cakap besaq.....dia kata takpa la hampa p balik dulu nanti aku pesan kat anak buah aku suruh p settle hutang kredit kad....lepas 3 hari kad kredit tu dah settle...selamat.
ReplyDelete_memng betul mael kerbau pernah di gari sampai lengan..dn dia hnya goncang saja lengan n gari tu dh blh trbukak.so bygkn la die mmg boleh lari masa dlm penjara tp die xnk sbb die taw die slh dn patut d hukum.kwn aku pak tam warden penjara yg jaga die dulu cerita kt aku.mael bukn org jahat.laa ni die dok berubat org je..
ReplyDeletedia ddk dkat mana ye..? dia bole berubat kene ganguan siihir dak?
DeleteIsmail Kerbau dah meninggal dunia. Tahun bila saya tak pasti sbb org yg beritahu sy tu, dia pun tak ingat.
Delete