Skip to main content

Posts

Feri Pulau Pinang

Hari ini ada seminar pembentangan kertas kerja di Bayview Hotel Pulau Pinang. Aku terkenang zaman aku kecil, waktu itu belum wujud lagi jambatan Pulau Pinang. Belum ada projek besar-besar yang mencemar laut. Dahulu aku sering terserempak dengan sekumpulan ikan lumba-lumba berlumba dengan feri. Namun di manakah semua keseronokan ini?. Sedih dan pilu mengusik hati tatkala pengalaman masa lalu melintas di ingatan. Anak-anak aku sekarang rasanya belum pernah melihat ikan lumba-lumba dalam habitatnya yang sebenar.

Papan sasar memanah

Jom buat sendiri papan sasar sendiri untuk memanah. Sukan memanah semakin digemari oleh masyarakat Malaysia. Bagi yng mula berkenalan dengan sukan ini tentu sebahagian kita akan menghadapi masalah untuk memiliki berbagai kelengkapan untuk kepuasan dalam sukan ini. Kos untuk memiliki busur dan anak panah sahaja boleh menelan ratusan dan ribuan ringgit. Setelah memiliki busur dan panah, seorang pemanah akan memikirkan pula tentang sasaran apa yang hendak digunakan. Bagi yang mempunyai kemampuan tentunya tidak menghadapi apa-apa masalah. Namun tak semua orang berkemampuan. Saya mencadangkan untuk sementara waktu, seorang pemanah boleh kumpulkan kotak-kotak kertas yang terbuang sebanyak beberapa keping yang mampu diperolehi dan membalut semuanya denga tali pelekat yang bermutu seperti yang anda dapat saksikan dalam video ini. Namun perlu dinyatakan juga di sini secara jujur,kelemahan papan sasar ini ialah kesukaran untuk mencabut semula anak panah yang berjaya menembusi lapisan kotak sec...

Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam. Dr. Taha Jabir Fayyadh Al ‘Alwani

Ulasan buku. Tajuk : Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam. Tajuk Asal: أدب الاختلاف في الاسلام Pengarang :  Dr. Taha Jabir Fayyadh Al ‘Alwani Di saat ahli ilmu melihat perbezaan pendapat sebagai salah satu tanda kebijaksanaan Tuhan yang mencipta seluruh alam ini, sebahagian kita pula melihat perbezaan pendapat sebagai satu bencana pula bagi umat ini. Mereka ini mahukan semua manusia bersetuju dengan mereka dalam semua perkara. Lebih malang ini mereka mula mencipta gelaran yang buruk-buruk dengan harapan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka segera lenyap daripada muka bumi ini. Mereka menganggap pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai biadab dengan ‘para ulamak’ sedangkan ‘ulamak’ yang mereka maksudkan itu telah pun disempitkan definisinya agar terhad dalam lingkungan ilmuwan yang sealiran dengan mereka sahaja. Mana-mana ilmuwan yang tidak sealiran dengan mereka tidak diiktiraf keilmuannya dan tidak tergolong dalam definisi mereka. Penulis kit...

Kanak-kanak tidak tahu apa itu penat.

Aku antara peminat ilmu psikologi sejak di menara gading. Dalam satu sesi subjek 'Developmental Psychology', pensyarah pernah menyebut kanak-kanak tidak tahu apa itu penat. Maka ibu bapa perlu mengawasi anak-anak agar mereka tidak terlebih mengeluarkan tenaga mereka. Subjek ini telah aku lalui berpuluh tahun yang lalu, tapi bila aku merakam kecerdasan anak aku ini, mengingatkan aku semula kepada kata-kata pensyarah aku itu. Betul rupanya kata-kata itu apabila aku melihat anak aku ini merangkak hampir tiga kali pusingan padang hoki ini tanpa penat sehingga aku terpaksa memberhentikan dia daripada terus mengelilingi padang hoki yang luas ini. bayangkan kita yang sudah berumur menggunakan dua kaki ini pun boleh tercungap jika berlari tiga pusingan padang ini, bayangkan anak aku ini yang merangkak dengan menggunakan kaki dan tangan sekaligus. Kalau aku, agaknya aku sudah pengsan. #

Kecerdasan Pelbagai Dari Perspektif Islam

Teori Kecerdasan Pelbagai  mula dipelopori oleh J. Howard Gardner 1983. Namun apabila penulis meneliti teori ini secara terperinci, penulis dpat merasakan ia sebenarnya bukan sesuatu yang baharu bagi orang-orang Islam yang menekuni Al-Quran dan hadis-hadis secara berdisiplin. Islam sebenarnya lebih awal mengiktiraf kepelbagaian kecerdasan dikalangan manusia. Namun begitu penghargaan perlu juga diberikan juga kepada J. Howard Gardner atas usaha beliau menonjolkan semula konsep dan teori Kecerdasan Pelbagai ini dengan gaya tersendiri, lebih sistematik dan menarik. Teori yang dikemukakan oleh beliau bukanlah sesuatu yang sempurna namun ia tetap merupakan satu sumbangan yang besar dalam dunia ilmu psikologi dan pendidikan global. Info artikel  Klik Sini  .
As Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi: “Pada mulanya saya dituduh menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya: “Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar? Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar? Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ini dengan penuh tabah sambil mempertahankan pandangan. Saya katakan kepada orang-orang yang tidak bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu marilah kita kembali kepadanya.” Muqaddimah Fatawa Muasirah.
Pos Kemar 2014 19 Januari 2014, pengalaman yang sukar terpaksa aku tempuhi dengan motosikalku yang berat ini. Aku terhumban sebanyak 3 kali akibat faktor laluan yang terlalu curam. Dah lama tak menulis, hari ini nak coret sedikit pengalaman bermotosikal ke daerah yang jauh ke dalam hutan iaitu Pos Kemar. Jaraknya lebih kurang 50KM daripada Kuala Kangsar. Kami hanya berempat, aku, Antu Koner, Pak Joi dan Pak Chaq. Kenderaan yg kami bawa ialah versys 650 kepunyaanku, BMW GS 1200 milik Antu Koner, dan Yamaha FZ 150 milik Pak Joi. Pak Chaq bawa Hilux. Keputusan kami org panggil keputusan otak seminit.  Kecerunan yang tidak jelas dalam gambar, tetapi siapa yang melalui cerun ini akan dapat merasa kegayatannya.  Merasai debaran merentas sungai yang agak dalam. Alhamdulillah versys 650 dapat menyempurnakan tugas dengan baik. Sekolah RPS Kemar.