Skip to main content

Posts

Aku, Yasin dan Tahlil.

  Sewaktu mula2 bergelar ustaz, tinggal pula di kawasan rumah kos rendah, rata² orang kampung. Balik sahaja dari sekolah, sampai depan rumah, selalunya sudah ada orang menunggu.. "Ustaz.. .malam ni nak minta ustaz tolong jadi tekong yasin dan tahlil" Apalah daya saya utk tolak undangan spt itu. Apa lagi waktu itu dua kaedah 'Usul fiqh ahlul bid'ah" masih kukuh dlm diri saya iaitu 1)'Perkara baik, apa salahnya' 2) 'Selagi tak ada dalil larangan, tak ada salahnya'. Mereka yg sudah berpencen mungkin tak ada masalah jika hari2 ada majlis bacaan yasin dan tahlil. Boleh makan percuma hari².. kalau boleh biarlah setiap 3 hari ada orang mati kerana bagi satu kematian akan diadakan majlis yasin dan tahlil 3 malam berturut². Tetapi bagi seorang pendidik spt saya, malam belum tentu menjadi waktu rehat. Apalagi bagi seorang peminat ilmu, tentulah labih berbaloi dihabiskan malam²nya dengan menelaah kitab2 tafsir, hadis dan sebagainya yg boleh menambahkan ilmu
Recent posts
 Bid'ahkah Tahlil? Apakah kita lebih tahu drp Nabi s.a.w ttg cara nak bantu si mati di alam barzakh? Bukankah alam barzakh adalah perkara ghaibiyyat yg Nabi s.a.w lebih tahu berbanding kita? Ya, kita tahu dlm amalan bertahlil ( baca kenduri arwah) itu ada bacaan ayat2 Al Quran dan zikir2 yg warid drp hadis. Tapi pernahkan pakej kaifiat amalan tersebut diiktiraf oleh Nabi s.a.w sbg utusan Tuhan?. Lihat balik definisi 'Bid'ah'. الإمام المحقق الفقيه الأصولي أبو إسحاق الشاطبي: (طريقة في الدين مخترعة، تضاهي الشرعية، يُقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبُّد لله سبحانه) "Satu jalan dlm agama yg berbentuk rekaan, kelihatan seperti satu syariat, dilakukan dengan tujuan berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah S.W.T" ( Al Imam As Syatibi rhm). Pakej amalan bertahlil ( kenduri arwah) ini lengkap utk memenuhi definisi di atas 1. Ia memang amalan rekaan dalam agama. Kalau ia amalan keduniaan, ia tak dipanggil sbg bid'ah. Sah-sah tahlil ini orang awam yg tak mengk
 Kenangan ambil keputusan SPM. 1989.. Teringat zaman waktu nak ambil keputusan SPM. Sebaik sahaja aku, Hilmy Kapten dan arwah mat arab Adib Ashaari masuk dalam pejabat sekolah.. "Hangpa nak ambik result ka?!" tanya kerani sekolah. "Ya bang.." jawabku ringkas. "Pengetua kata kena masuk jumpa dia dulu" kata kerani . Gulpp.. kami telan air liur dulu sebab kami dengar cerita macam² ttg pengetua baru kami ni ustaz Rakhibi (aku pun tak pasti beliau masih ada lagi atau dah meninggal. Beliau mmg terkenal dgn garang dah ringan tangan menghayun rotan). Sebaik sahaja kami ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik pengetua, beliau perhati kami dengan wajah yang sangat serius. "Hang anak cikgu Pin ka?" Gulpp.. sekali lagi aku tertelan air liur. "Aikk.. macamana dia kenai ni?" aku mula berbisik dalam hati. Aku pun kali pertama tengok wajah pengetua ni, tiba² dia kenal aku. Ajaib.. Adib dan kapten tersengih² kat aku. Aku terkebil sambil berfikir siapa

Anekdot Bahasa Orang Utara

Meghuah. " Nak pi mana tu gaduh sangat tu pak Din? Singgah la dulu, makan ayaq kopi..!!!"  Leh Curut menjerit dari beranda usangnya apabila melihat Din Bunga melintas laju di hadapan rumahnya. "Ohh. Ada orang ka.. ingat tak dak sapa tadi.." balas Din Bunga sambil membuat pusingan U dan berkayuh ke rumah Leh Curut. "Awat nampak gaduh sangat tu?" tanya Leh Curut mengulang soalan tadi yang belum dijawab. "Leh..nak tumpang telaga hang sat. Rasa nak meghuah kencin tak dan² dah ni.." "Pi la belakang tu..baik² sikit. Telaga aku tak dak koq. Aku pasang pagaq buluh ja.. Timba upih tu ada aku sangkut ataih pelenggaq tepi telaga tu" Leh Curut mempelawa dengan senang hati. Setelah beberapa ketika, Din Bunga pun datang dengan wajah kelegaan. "Hamboih..lega aih. Mujoq hang tegoq, aku dok segheyau tak dan sampai rumah ja tadi" kata Din Bunga dengan penuh kelegaan. "Sabit pun nampak deraih sangat..hahaha. Tak pa..tak pa.. mai duk sini ma

Siapa yang paling kuat memerangi Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah rhm?

Siapakah yg paling kuat memerangi Ibn Taimiyyah rhm? 1. Fuqaha' dan qudhah.     Mereka ( para muqallid)  melihat Ibn Taimiyyah rhm telah keluar drp qaul² imam² mazhab mereka. Khususnya dlm masalah hukum talaq yg tak pernah difatwakan pd zaman tersebut. Ibn Taimiyyah berfatwa jika yg melafazkan talaq dgn niat sumpah, tidak jatuh talaq. Begitu juga dgn masalah talaq tiga yg dilafazkan 3 talaq sekaligus, bagi beliau hanya jatuh talaq satu. Akibatnya Ibn Taimiyyah merengkok dlm penjara. 2. Ahlul Kalam     Ibn Taimiyyah rhm amat menekankan keperluan kembali kpd aqidah salaf. Beliau berjaya menjawab segala syubuhat ahlul kalam. Ahlul kalam tidak berpuas hati dan mula mereka² berbagai perihal yg tidak benar tentangnya. Mereka menghasut para pemerintah dan berbohong tentangnya. Akibatnya beliau di seksa. 3. Shiah     Golongan ini paling kuat membenci Ibn Taimiyyah krn beliau banyak mengkritik mereka dlm kitab beliau Minhaj as Sunnah. 4. Ahli Tasawwuf     Pertikaian golongan ini amat berler

Celik sunnah

Sebelum aku celik ttg sunnah ni, kalau ada pelajar aku tanya "Ustaz, Wahabi tu apa?". "Wahabi itu satu puak yg tak kisah ke politik, ekonomi, gerakan dakwah dsb. Depa ni hanya fokus bab bid'ah dlm ibadah. Sikit² bid'ah.. sikit² bid'ah. Baca yasin mlm Jumaat bid'ah, tahlil bid'ah, kenduri arwah bid'ah dsb. Contohnya Dr Maza . Hangpa jangan jadi mcm tu. Kita hidup bermasyarakat, kena banyak tolak ansur bab bid'ah tak bid'ah ni.." Begitulah antara pendirian aku dulu ttg apa itu 'wahabi'. Sahabat sejak tadika aku Hilmy Kapten antara yg aku gelar wahabi. Lebih² lagi beberapa kali dok ajak aku pi kuliah di IQ. Huh.. memang tak la.. aku tak akan pijak tanah IQ tu. Puak tu bukan tau apa pun. Siang malam dok bincang bab bid'ah ja. Sempit betul.. inilah antara tohmahan aku dulu. Lebih aku meluat lagi dgn wahabi ialah apabila aku terlihat kat youtube ada seorang tokoh 'wahabi' kata Dr Yusuf al Qaradhawi sbg 'Khawarij'