Skip to main content

 Kenangan ambil keputusan SPM.


1989..
Teringat zaman waktu nak ambil keputusan SPM.
Sebaik sahaja aku, Hilmy Kapten dan arwah mat arab Adib Ashaari masuk dalam pejabat sekolah..
"Hangpa nak ambik result ka?!" tanya kerani sekolah.
"Ya bang.." jawabku ringkas.
"Pengetua kata kena masuk jumpa dia dulu" kata kerani .
Gulpp.. kami telan air liur dulu sebab kami dengar cerita macam² ttg pengetua baru kami ni ustaz Rakhibi (aku pun tak pasti beliau masih ada lagi atau dah meninggal. Beliau mmg terkenal dgn garang dah ringan tangan menghayun rotan).
Sebaik sahaja kami ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik pengetua, beliau perhati kami dengan wajah yang sangat serius.
"Hang anak cikgu Pin ka?"
Gulpp.. sekali lagi aku tertelan air liur.
"Aikk.. macamana dia kenai ni?" aku mula berbisik dalam hati. Aku pun kali pertama tengok wajah pengetua ni, tiba² dia kenal aku. Ajaib..
Adib dan kapten tersengih² kat aku. Aku terkebil sambil berfikir siapa pengetua ni sebenarnya.
"Hangpa nak ambik result ka?" tanya tuan pengetua lagi.
"Ya..ya.." kami bertiga menjawab serentak.
"Hangpa pusing belakang sat.." si pengetua mula memberi arahan.
Kami bertiga pun memusingkan badan 180°...
"Hangpa tau dak kat Simpang Tiga Keling kat luaq tu ada kedai gunting rambut?"
"Tau.. " jawab kami bertiga sambil berfikir apa kaitan result SPM dengan kedai gunting rambut..🤔🤔🤔.
"Hangpa pi kerat rambut hangpa dulu. Satgi baru mai lain na.." kata pengetua dengan nada yg tinggi.
"Baik ustaz..!!!" jawab kami terketar² dan terus bergegas keluar dari bilik pengetua..
"Aduiiii.. malunya akuuu.." 🤦🏼‍♂️ kataku sambil kami berjalan pantas ke motosikal utk ke kedai gunting rambut.
1996..
Latihan mengajar di sekolah yg sama..
Aku melangkah masuk ke bilik pengetua.
"Assalamualaikum ." aku memulakan salam.
"Waalaikumussalam.. sila..sila ustaz... " jawab si pengetua sambil mengukir senyuman.
"Alamak..!!! Dia lagi?!!! Hidup lagi rupanya...!!! " bisikku dalam hati.
Si pengetua memandang tepat ke wajahku sambil dan menghulur tangan untuk bersalaman.
"Laa.. bukan hang ka yang dulu aku perambat keluaq suruh pi gunting rambut dulu?!!"
Aduh.. malunya aku depan ustaz Man Deris rakan latihan mengajar aku.
"Hehehe. Ya.. betoi dah tu ustaz, saya la tu" jawab aku memperakukan . Tebal rasanya muka aku waktu tu Tuhan shj yg tahu.
Ustaz Man Deris tersengih sambil memandang wajah aku..
"Ni.. dia dulu rambut panjang.." kata si pengetua kepada rakanku sambil menceritakan kisah lama aku tu..
Aku hanya mampu dengar dan tersengih mcm kerang busuk. Ya lah, dah jadi sejarah. Apa boleh buat.. tadah telinga saja lah.. nasibbbb..!!!

Comments

Popular posts from this blog

Biodata ringkas imam-imam mazhab yang 4.

ABU HANIFAH rhm. ( 80- 150 H ) Abu Hanifah  ( ابو حنيفه ) atau nama sebenar beliau  Nukman bin Thabit  ( نعمان ن ثابت ) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di  Kufah ,  Iraq  ketika zaman pemerintahan Khalifah  Abdul Malik bin Marwan . Beliau berasal dari keturunan  Parsi  dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan  Mazhab Hanafi . Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah
Kisah benar . Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya... Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan. Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau. Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini. Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dar

Aliran-aliran Pemikiran dalam Islam

Aliran-aliran pemikiran dalam Islam. Muktazilah Muktazilah  (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam  Islam  yang terkenal dengan sifat  rasional  dan  liberal . Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.  Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Sejarah perkembangan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di  Basrah ,  Iraq , apabila  Wasil ibn Ata  meninggalkan kelas pembelajaran  Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu  Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn  (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk  Amr ibn Ubayd  kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri m