Bid'ahkah Tahlil?
Apakah kita lebih tahu drp Nabi s.a.w ttg cara nak bantu si mati di alam barzakh? Bukankah alam barzakh adalah perkara ghaibiyyat yg Nabi s.a.w lebih tahu berbanding kita?
Ya, kita tahu dlm amalan bertahlil ( baca kenduri arwah) itu ada bacaan ayat2 Al Quran dan zikir2 yg warid drp hadis. Tapi pernahkan pakej kaifiat amalan tersebut diiktiraf oleh Nabi s.a.w sbg utusan Tuhan?.
Lihat balik definisi 'Bid'ah'.
الإمام المحقق الفقيه الأصولي أبو إسحاق الشاطبي: (طريقة في الدين مخترعة، تضاهي الشرعية، يُقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبُّد لله سبحانه)
"Satu jalan dlm agama yg berbentuk rekaan, kelihatan seperti satu syariat, dilakukan dengan tujuan berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah S.W.T" ( Al Imam As Syatibi rhm).
Pakej amalan bertahlil ( kenduri arwah) ini lengkap utk memenuhi definisi di atas
1. Ia memang amalan rekaan dalam agama. Kalau ia amalan keduniaan, ia tak dipanggil sbg bid'ah. Sah-sah tahlil ini orang awam yg tak mengkaji dan sekadar taqlid buta dengan tok-tok guru akan sangka ia sebahagian drp agama.
2. Kelihatan seperti syariat. Ya, jelas sekali kerana amalan tersebut menunggang ayat-ayat Al-Quran agar ia kelihatan seperti syariat. Kalau amalan tersebut tidak kelihatan spt syariat, sah-sah orang yg melihat akan tahu ianya amalan yg haram, kufur atau syirik, seperti ada unsur penyembahan syaitan, menghidangkan arak dan babi, semua orang tahu ia haram, ia satu kekufuran atau ia sesuatu yg syirik. Tetapi amalan tahlil ini tidak spt itu. Ia kelihatan 'macam syariat'. Sebab itu ia dikatakan sbg bid'ah.
3. Dilakukan dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam beragama. Yg ini mmg jelas. Mereka rasa tidak puas dengan berdoa semata-mata walaupun Nabi s.a.w yang ajar agar berdoa dan sedekah jariah. Mereka rasa tak cukup, dan perlukan sedikit lagi penambahan dan modifikasi.
Maka mereka tunggang ayat² al Quran dan zikrullah agar kelihatan mcm suruhan agama, nampak macam syariat dan nampak macam HALAL.
Kaedah yg ustaz dlm video ini ialah 'Kaedah Murtabak' yg dipopularkan oleh seorang ustaz drp Indonesia yg aku sendiri pun dahulu berulang-alik tadah kitab As-Syifa drp beliau. Namun aku tinggalkan beliau apabila aku tersedar bahawa beliau adalah pengkagum aliran ahbash.
Kita kena faham, dalam beribadah, kaedah yg diletakkan oleh ulamak usulliyun ialah:
الاصل في العبادات التحريم
"Asal dalam ibadah² ialah bermula dengan pengharaman"
Maksudnya apa?
Ibadah bukan mcm soal makan, minum, pakai dsb. Semuanya bermula dgn HARUS . Ertinya boleh sahaja nak makan, minum dan pakai apa shj selagi tak ada dalil atau hukum ttg pengharamannya.
Dalam ibadah ini lain, ia bermula dengan HARAM dahulu. Haram ditambah atau dikurangkan melainkan ada dalil yg membenarkannya.
Jadi, majlis tahlil ini termasuk kategori apa pula?
Ia termasuk dalam kategori Bid'ah Idhafiyyah ( Bid'ah yg ditambah yg ada asalnya drp amalan yg baik spt bacaan al Quran atau zikrullah). Bid'ah ini tidak memudharatkan aqidah si pelakunya dan tidaklah sampai mengeluarkan si pelaku drp Islam. Tetapi si pelakunya tetap berdosa atau sekurang²nya tidak berpahala seperti mana kata Abdullah Ibn Mas'ud r.a ketika menegur golongan yg membuat amalan berzikir secara berkumpulan dan berzikir dengan nada dan rentak yg tertentu, kata beliau:
كم من مريد للخير لن يصبه.
Maksudnya : "Berapa ramai orang yg bertujuan untuk melakukan kebaikan tetapi mereka tidak diberi pahala pun".
Akhir kalam, suruh ustaz dalam video ni pi baca balik definisi bid'ah sebelum bercakap ttg bid'ah. Lain la kalau Abdullah Khairi yg cakap mcm ni sbb Abdullah Khairi tu bukan ustaz. Tapi Fawwaz Mad Jan ni 'ustaz betul', aliran agama, dulu mengaji kat Al Azhar. Arwah ayah dia sahabat seperjuangan dengan saya dalam sebuah jemaah dakwah suatu ketika dahulu.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.
Semoga coretanku sbg seorang mantan tekong tahlil ini bermanfaat untuk pembaca sekelian.
Lihat video:
https://www.facebook.com/1454290331/videos/805985887066449/
Comments
Post a Comment