Skip to main content

Kembara ke Cambodia..2011

Kembara ke Cambodia 2011 ( catatan sahabatku ustaz Zubir). Aku jurugambarnya...

10 Januari 2011

MENJENGUK MUSLIM KEMBOJA

Pada  24/12/2010, saya bersama 3 orang rakan iaitu Us Ahmad,  Us Rizal dan Us Helmi telah bertolak ke Kemboja menaiki kereta Honda Accord tua ku dengan tujuan menziarahi saudara Muslim di sana serta membantu keluarga Us Rizal mendapatkan tanah untuk diwakafkan di sana. Kami mula bertolak dari Pulau Pinang dan Sungai Petani sebelum subuh dan tiba sempadan Malaysia-Thailand (Bukit Kayu Hitam-Dannok) sebelum pukul 8.00 pagi. Selepas sarapan dan berbincang berkenaan perjalanan panjang yang bakal dilalui, kami mula bertolak dari Dannok tepat pada pukul 9.45 pagi.Kami  tiba di Bangkok pada pukul 10.00 malam iaitu memakan masa lebih kurang 12 jam.  Sekitar pukul 3.00 pagi kami meneruskan perjalanan sambil singgah di beberapa tempat dan tiba di Aranyaprathet (Sempadan Thailand-Kemboja) sekitar pukul 10.00 pagi. Sekitar pukul 12.00 tengahari, kami memula urusan imigresen dan kastam untuk ke sempadan Kemboja (Poipet).
 Di Poipet



 kesibukan sempadan Poipet
 

Selesai urusan kastam Kemboja pada pukul 3.00 petang. Kami pun memulakan perjalanan dari Poipet ke Phnom Penh, pada mulanya pemanduan  agak kekok kerana memandu sebelah kanan. Pada pukul 9.30 malam , kami tiba  Charok Ramet Kampung Chnang dan bermalam di masjid di situ setelah mendapat kebenaran pentabiran masjid berkenaan. Selepas solat Subuh, kami mula berkenalan dengan penduduk di situ. Mereka sangat mesra dan sanggup membantu kami dan menjadi ‘guide’ ke mana sahaja tempat yang kami ingin pergi.
 Bersama sebahagian jamaah masjid


Sarapan di warung

Selepas sarapan di sebuah warung, kami mula menziarahi saudara Muslim yang masih berada dalam kemiskinan dan juga melihat tanah yang hendak dijual. Pukul 11.30 pagi, kami dibawa oleh Abang Hussin ke rumah abangnya di Phnom Penh yang terletak bersebelahan sungai Mekong. Di situ, kami berkenalan dengan Us Zakaria guru agama yang mengajar sekolah  di masjid berkenaan.
Kami disambut Us Zakaria(kiri)


Hidangan Daging Lembu Bakar


Selepas solat zohor, kami dihidangkan nasi dan Lamphu Amp(Daging Lembu Bakar) yang rasanya sangat lazat. Selepas kenyang berjamu selera, kami  dibawa melawat Choeung Ek terletak 17 km selatan Phnom Penh yang suatu masa dahulu merupakan salah satu  tempat pembunuhan yang dilakukan oleh regim Khmer Rough yang sangat ganas dalam usaha melakukan penghapusan etnik yang mengorbankan lebih 3 juta nyawa. Sebahagiannya dilakukan pembunuhan kejam di Choeung Ek tanpa mengira usia dan jantina.
Permandangan Choeung Ek


Mangsa kekejaman Khmer Rough

Masih terdapat tulang dan gigi manusia di perdu pokok tempat kanak-kanak dipukul

Kekejaman regim Khmer Rough (suatu badan komunis yang memerintah Kemboja antara tahun 1975 hingga 1979) antara punca menjadikan Kemboja ketinggalan dan berada dalam kemiskinan setelah harta mereka dirampas serta dijadikan milik negara dan penduduk Kemboja menjadi ‘hamba’ regim Khmer Rough dengan bekerja di ladang dan sebagainya tanpa upah dengan dikawal oleh tentera regim yang lengkap bersenjata. Mereka hanya diberi makan bubur nasi yang dimasak dengan kadar satu kg beras untuk satu kawah.


Selepas terlepas dari cengkaman komunis, mereka terpaksa berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan serta mengambil masa yang panjang untuk memulihkan semangat akibat trauma dengan kezaliman regim berkenaan. Dengan itu, kita perlu membantu mereka demi Agama Allah dan saudara satu akidah.
Rumah yang daif

Satu keluarga di depan rumah mereka

kemiskinan di mana-mana


Motor tambang
Besoknya, kami meneruskan mencari tanah yang hendak dijual. Kami dibawa ke Madrasah Al Mukminah yang dikendalikan oleh Us Sulaiman yang mendapat pendidikan di Yala, Thailand. Us Sulaiman telah membantu mencari tanah yang hendah dijual, Alhamdulillah akhirnya berjumpa sekeping tanah untuk dijual yang sesuai untuk dibangunkan  tempat pengajian bagi menyediakan generasi yang beriman dan mengembangkan ilmu agama di sana selepas generasi lama sekian lama berada dalam kejahilan selepas para ulama dan cendikiawan telah dibunuh regim Khmer Rough pada zaman penguasaan mereka.

Antara pelajar-pelajar perempuan Madrasah Al Mukminah


 Pelajar Lelaki Madrasah Al Mukminah


 Bangunan Madrasah

Madrasah Al Mukminah dibina atas kesedaran dan inisiatif Ustaz Sulaiman  sendiri, namun begitu madrasah ini berada dalam keadaan yang cukup daif kerana terpaksa menumpang di atas tanah kepunyaan orang lain, pelajar lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi kelas kerana madrasah ini hanya ada satu kelas sahaja walaupun terdapat ramai pelajar. Perpustakaan madrasah(sekolah) ini hanya mengandungi satu rak buku sahaja. Pelajar di sini makin bertambah dari satu masa ke satu masa menyebabkan berlaku kesesakan. Kebanyakan mereka tinggal di asrama yang cukup daif. MEREKA MEMERLUKAN SEBUAH SEKOLAH YANG LEBIH LUAS DAN SELESA YANG LENGKAP DENGAN PRASARANA. SIAPA LAGI YANG PERLU MEMBANTU MEREKA, JIKA BUKAN KITA! Namun begitu keluarga Ustaz Rizal berbesar hati untuk mewakafkan sekeping tanah untuk dijadikan tapak baru yang lebih luas untuk madrasah ini. Kita sebagai umat Islam yang Allah kurniakan harta dan kemewahan lebih baik dari mereka perlulah membantu mereka untuk membangunkan madrasah ini berserta dengan prasarana yang sempurna seperti bilik kelas, perpustakaan, buku-buku dan sebagainya. Mereka sangat mengharapkan bantuan dari orang Malaysia dalam membangunkan madrasah mereka. Segala bantuan atau wakaf madrasah boleh hubungi saya (Ustaz Zubir:0194726269) atau Ustaz Rizal.

Ustaz Sulaiman (kanan)


Perpustakaan hanya satu rak sahaja


Keadaan dalam bilik kelas


Selepas makan tengahari di rumah Abang Hussin, kami bertolak balik. Tiba di Poipet pada pukul 9.00 malam dan kami telah bermalam di sebuah masjid sana.

Selepas sarapan pagi pada 29/12/2010, kami bertolak pulang ke Malaysia dan selamat tiba di Sungai Petani dan Pulau Pinang sekitar pukul 12.30 malam setelah melewati lebih 4000 km (pergi dan balik). 

Sumbangan rakyat Malaysia

Ramai rakyat Malaysia yang memenuhi tanggungjawab dan kewajipan membantu umat Islam di Kemboja dengan membina kepentingan Umat Islam di sana seperti sekolah, masjid dan sebagainya. tetapi masih belum mencukupi dengan keperluan mereka. Mojoriti Umat Islam berada dalam keadaan kemiskinan yang terpaksa mengharapkan bantuan saudara yang lain. 


 Sekolah sumbangan NAZA


 Masjid sumbangan hartawan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Biodata ringkas imam-imam mazhab yang 4.

ABU HANIFAH rhm. ( 80- 150 H ) Abu Hanifah  ( ابو حنيفه ) atau nama sebenar beliau  Nukman bin Thabit  ( نعمان ن ثابت ) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di  Kufah ,  Iraq  ketika zaman pemerintahan Khalifah  Abdul Malik bin Marwan . Beliau berasal dari keturunan  Parsi  dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan  Mazhab Hanafi . Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah
Kisah benar . Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya... Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan. Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau. Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini. Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dar

Aliran-aliran Pemikiran dalam Islam

Aliran-aliran pemikiran dalam Islam. Muktazilah Muktazilah  (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam  Islam  yang terkenal dengan sifat  rasional  dan  liberal . Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.  Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Sejarah perkembangan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di  Basrah ,  Iraq , apabila  Wasil ibn Ata  meninggalkan kelas pembelajaran  Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu  Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn  (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk  Amr ibn Ubayd  kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri m