Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Wahabikah kita jika mengikut ajaran Imam As Syafei rhm?

Berikut ialah 15 amalan atau ciri-ciri yang sering dikaitkan dengan mereka yang ditohmah dan dilabel dengan gelaran Wahhabi. Mari kita lihat ciri-ciri yang dim aksudkan dan para ulamak bermazhab Syafie yang turut serta memiliki ciri-ciri tersebut. Pertama: Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melakukan qunut solat subuh secara terus-menerus. Maka Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie juga ialah Wahhabi kerana mereka meninggalkan qunut subuh atas alasan kelemahan hadisnya. – Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah, Ma’na Qaul al-Imam al-Muththalibi Idza Shahhal Hadits Fahuwa Madzahbi (Majmu’atur Rasa-ilil Muniriyyah)dan Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra. Kedua : Orang kata Wahhabi ialah mereka yang tidak melaksanakan solat sunat qabliyyah dua rakaat (sebelum) solat Jumaat. Maka al-Hafizh al-'Iraqi asy-Syafie dan Imam Abu Syamah asy-Syafie serta al-Imam Abi al-Thayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azhim al-Abadi juga ialah Wahhabi keran

Benarkah kita bermazhab As Syafei?

Betulkah Kita Bermazhab Syafi'e 100% Mari kita bandingkan beberapa sunnah tradisi masyarakat kita dengan fatwa Imam asy-Syafi'e di bawah ini. Pertama : Berzikir  terpekik-pekik di masjid hingga mengganggu orang lain. Imam asy-Syafi’e menjelaskan di dalam kitabnya al-Umm 1/127 وَاخْتِيَارٌ لِلإِمَامِ وَالْمَأْمُوْمِأَنْ يَذْكُرَا اللهَ بَعْدَ الْاِنْصِرَافْ مِنَ الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إِلَّا أَنْ يَكُوْنَ إِمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ مِنْهُ، فَيَجْهَرُ حَتَّى يَرَى أَنَّهُ قَدْ تُعَلِّمَ مِنْهُ ثُمَّ يُسِرُّ، "Dan aku memilih bagi para imam dan makmum untuk berzikir setelah solat (yang lima waktu) dengan cara memperlahankan (yakni tidak mengeraskan suara), kecuali bila imam harus mengajarkannya kepada makmum, maka ia (boleh) untuk mengeraskan bacaan tersebut sehingga boleh mengikuti, tetapi kemudian dia (imam) kembali memperlahankan (lagi seperti semula)." Syaikh Zainuddin Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’e rahimahullah di dalam kitabnya

Pegangan Aqidah Al Imam As Syafei rhm yang jarang diketahui oleh masyarakat kita.

Pegangan Aqidah Al Imam As Syafei rhm yang jarang diketahui oleh masyarakat kita. Nama Al Imam As Syafei rahimahullah di Malaysia adalah nama yang tidak asing. Rata-rata kalau kita tanyakan mereka tentang mazhab apa yang mereka amalkan dalam beribadah, pasti mereka akan menjawab dengan selamba 'Mazhab Syafei'. Namun tidak kurang juga yang pernah saya ajukan soalan 'cepu mas' iaitu tentang mazhab mereka dalam beraqidah, sebahagian mereka akan menjawab 'mazhab syafei' juga. Kecualilah golongan yang betul-betul mengambil berat tentang peningkatan ilmu agama mereka dari semasa ke semasa. Bagi golongan yang kedua ini mereka faham bahawa dari sudut aqidah mereka sebenarnya tidak mengikuti manhaj al Imam As Syafei rhm dalam berakidah sebaliknya bermazhab Asyairah wal Maturidiyyah. Tulisan ini tidak bertujuan membuat justifikasi tentang pegangan mana yang lebih rajih (lebih kuat)  untuk diikuti. Ia sekadar untuk mendedahkan kepada pembaca bahawa sebenarn

Aliran-aliran Pemikiran dalam Islam

Aliran-aliran pemikiran dalam Islam. Muktazilah Muktazilah  (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam  Islam  yang terkenal dengan sifat  rasional  dan  liberal . Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.  Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Sejarah perkembangan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di  Basrah ,  Iraq , apabila  Wasil ibn Ata  meninggalkan kelas pembelajaran  Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu  Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn  (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk  Amr ibn Ubayd  kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri m