Skip to main content

Pegangan Aqidah Al Imam As Syafei rhm yang jarang diketahui oleh masyarakat kita.

Pegangan Aqidah Al Imam As Syafei rhm yang jarang diketahui oleh masyarakat kita.


Nama Al Imam As Syafei rahimahullah di Malaysia adalah nama yang tidak asing. Rata-rata kalau kita tanyakan mereka tentang mazhab apa yang mereka amalkan dalam beribadah, pasti mereka akan menjawab dengan selamba 'Mazhab Syafei'. Namun tidak kurang juga yang pernah saya ajukan soalan 'cepu mas' iaitu tentang mazhab mereka dalam beraqidah, sebahagian mereka akan menjawab 'mazhab syafei' juga. Kecualilah golongan yang betul-betul mengambil berat tentang peningkatan ilmu agama mereka dari semasa ke semasa. Bagi golongan yang kedua ini mereka faham bahawa dari sudut aqidah mereka sebenarnya tidak mengikuti manhaj al Imam As Syafei rhm dalam berakidah sebaliknya bermazhab Asyairah wal Maturidiyyah.

Tulisan ini tidak bertujuan membuat justifikasi tentang pegangan mana yang lebih rajih (lebih kuat)  untuk diikuti. Ia sekadar untuk mendedahkan kepada pembaca bahawa sebenarnya kita di Malaysia berbeza dengan al Imam As Syafei rhm dari beberapa isu yang berkaitan dengan aqidah. Walaupun sesekali ada juga saya terfikir kenapa kita tidak mengikuti sahaja mazhab al imam As Syafei rhm dari sudut fiqh dan juga aqidah beliau? apa salahnya jika kita ikuti pendirian al Imam kesemuanya sekali? Jawapannya saya serahkan kembali kepada para pembaca.


Para salaf berpendirian tidak mentakwil ayat-ayat mustasyabihat di dalam Al-Quran. Manhaj aqidah al Imam As Syafei rhm juga adalah manhaj yang meneruskan cara salaf. Berkaitan dengan isu asma' was sifat Allah SWT, Imam ibnu Qudamah dalam kitabnya “ﺫﻡ ﺍﻟﺘﺄﻭﻳﻞ” menukil ucapan Imam Syafi’i rhm tentang keyakinan al Imam terhadap isu Asma’ dan Sifat Allah SWT seperti mana berikut:

ﺁﻣﻨﺖ ﺑﺎﻟﻠﻪ، ﻭﺑﻤﺎ ﺟﺎﺀ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﻋﻠﻰ ﻣﺮﺍﺩ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﺁﻣﻨﺖ ﺑﺮﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﺑﻤﺎ ﺟﺎﺀ ﺑﻪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﻋﻠﻰ ﻣﺮﺍﺩ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ

“Aku beriman kepada Allah dan apa-apa yang datang dari Allah, sesuai dengan yang dikehendaki Allah, dan aku beriman kepada Rasulullah dan apa-apa yang datang dari Rasulullah, sesuai dengan yang dikehendaki Rasulullah”.

Seterusnya beliau (Imam ibnu Qudamah rhm) menyambung lagi:

ﻭﺛﺒﺖ ﻋﻦ ﺍﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻦ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﺃﻧﻪ ﻗﺎﻝ : ﺳﺄﻟﺖ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻋﻦ ﺻﻔﺎﺕ ﻣﻦ ﺻﻔﺎﺕ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ‏

“Telah sabit dari ar-Rabii’ bin Sulaiman bahwa beliau berkata, “aku pernah bertanya kepada Imam Syafi’i radhiyallahu anhu  tentang  sifat-sifat Allah Ta’ala? “, maka beliau menjawab :

ﻓﻘﺎﻝ : ﺣﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﻘﻮﻝ ﺃﻥ ﺗﻤﺜﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻷﻭﻫﺎﻡ ﺃﻥ ﺗﺤﺪﻩ، ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻈﻨﻮﻥ ﺃﻥ ﺗﻘﻄﻊ، ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﻔﻮﺱ ﺃﻥ ﺗﻔﻜﺮ، ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻀﻤﺎﺋﺮ ﺃﻥ ﺗﻌﻤﻖ، ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﺨﻮﺍﻃﺮ ﺃﻥ ﺗﺤﻴﻂ، ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﻘﻮﻝ ﺃﻥ ﺗﻌﻘﻞ ﺇﻻ ﻣﺎ ﻭﺻﻒ ﺑﻪ ﻧﻔﺴﻪ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺑﻪ ﺃﻭ ﻋﻠﻰ ﻟﺴﺎﻥ ﻧﺒﻴﻪ

“Haram bagi akal untuk mempermisalkan Allah Ta’ala, bagi pemahaman untuk membatasinya, bagi persangkaan untuk memastikannya, bagi jiwa untuk memikirkannya, bagi dada untuk mendalaminya, dan bagi lintasan fikiran untuk meliputinya,  dan bagi akal untuk melogikkannya, kecuali (yang benarnya) ialah apa yang Allah mensifatkan tentang Diri-Nya sendiri didalam Kitab-Nya, atau melalui lisan Rasul-Nya ”.





Imam Ibn al-Qayyim turut menukilkan dalam kitabnya Ijtima’ al-Juyusy, sebuah riwayat dari Imam Syafi’i yang berkata:

«القول في السنة التي أنا عليها ورأيت أصحابنا عليها أهل الحديث الذين رأيتهم وأخذت عنهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمدًا رسول الله وأن الله تعالى على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وأن الله تعالى ينزل إلى سماء الدنيا كيف شاء»
“Berbicara tentang Sunnah yang menjadi pegangan saya, sahib-sahib (murid-murid) saya, begitu pula para ahli hadis yang saya lihat dan saya ambil ilmu mereka, seperti Sufyan, Malik, dan lain-lain, iaitu berikrar dengan bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, serta bersaksi bahwa Allah di atas ‘Arsy di langit, dan Dia dekat dengan makhlukNya sepertimana yang Dia kehendaki, dan Allah turun ke langit dunia sepertimana yang Dia kehendaki” 

(Ijtimaa’ al-Juyuusy al-Islaamiyyah hal.165, Ithbaat Sifati al-‘Uluw hal.124, Lihat juga Majmu’ al-Fatawa IV/181-183, al-‘Uluw karya Az-Zahabi hal.120



Abul Hasan Al-Karaji seorang ulama Syafie pada kurun ke-4 Hijrah pernah berkata:
"Sesiapa yang berkata: “Aku bermazhab Shafi’iyah dalam fiqh dan pengikut Asyairah di dalam Aqidah”, kami berkata kepadanya:
“Ini adalah kenyataan yang bercanggahan, malahan kenyataan ini adalah tertolak, kerana Imam Shafi’i bukanlah seorang yang mengikuti fahaman Asyairah dalam fahaman Aqidah.”

(Kitab al-Fusûl fi al-Usûl 'an A'immat al-Fuhûl, karangan Abul Hassan Al-Karaji).


Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah rhm pula berkata: 

"Jika ada orang berkata "Aku bermazhab As-Syafei dalam bidang fiqh, tetapi bermazhab Asy'ari dalam aqidah", kepada orang ini kita katakan: "Pengakuan anda ini berlawanan, bahkan termasuk penyimpangan mazhab kerana aqidah Imam Syafei bukan Asy'ariyyah, tetapi salaf yang mengikuti jejak Kitabullah dan Sunnah Nabi s.a.w. Beliau adalah seorang yang mengikuti (muttabi'), bukan pembuat bid'ah (mubtadi').

(Majmu' Fatawa (IV/176)



Mengambil pandangan al Imam As Syafei rhm dalam hukum-hakam dan meninggalkan pendirian al imam dalam beraqidah mungkin sesuatu yang masih boleh kita bertolak-ansur. Tetapi sebahagian agamawan ada yang sampai ke tahap menghasut masyarakat awam yang tidak bersalah untuk membenci cara aqidah salaf ini dengan meletakkan label-label yang negatif amatlah mengecewakan. Tiba-tiba masyarakat diajar untuk mengatakan 'TIDAK' kepada cara salaf beraqidah malah menuduh aqidah sebegini adalah aqidah 'mujassimah' atau 'musyabbihah' yang menyamakan Allah dengan makhluk. Tuduhan yang begini amat jahat dantidak bertanggungjawab. Menuduh saudara seagama dengan tuduhan mujassimah atau musyabbihah samalah seperti menuduh saudara seagama dengan tuduhan kafir.


Sebahagian agamawan di Nusantara ini sebenarnya telah lama menanam kebencian di kalangan masyarakat terhadap cara beraqidah versi salaf ini atas alasan ia adalah aqidah golongan 'Wahabi'. Saya rasa kalaulah alasan sembrono itu diterima pakai oleh masyarakat kita, tentulah imam as Syafei sendiri akan dituduh dengan 'wahabi' jika beliau masih hidup di zaman ini. Inilah kesan kepada terlalu lama mendekati ajaran agama menggunakan metodologi ahli kalam. Imam Abul Muzaffar As Sam’ani Asy Syafi’i rahimahullah dalam kitabnya, Al Intisar li Ashabil Hadis, setelah beliau menjelaskan sikap Imam Asy Syafi’i terhadap ilmu kalam dan ahlinya, beliau berkata:,

“Tidak patut bagi seseorang yang membela mazhabnya dalam furu’ (fiqh) tapi kemudian membenci manhajnya dalam usul (akidah).

 (Dinukil As Suyuthi dalam Saunul Mantiq)



Kita lihat lagi perkataan Al Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H) berkata:

فما ذكره الله تعالى في القرآن من ذكر الوجه واليد والنفس فهو له صفات بلا كيف، ولا يقال: إن يده قدرته أو نعمته لان فيه إبطال الصفة وهو قول أهل القدر والاعتزال ولكن يده صفته بلا كيف وغضبه ورضاه صفتان من صفاته تعالى بلا كيف.

Maksudnya: “Maka apa yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam Al-Quran daripada sebutan Wajah, Tangan dan Diri, maka ia adalah sifat-sifat bagiNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat (bentuk rupa). Tidak boleh dikatakan bahawa TanganNya (bermaksud) kuasa atau ni’matNya kerana padanya berlaku pembatalan (penafian) sifat, sedangkan yang ia adalah pendapat puak Al-Qadariyyah dan Al-Mu’tazilah. Akan tetapi TanganNya adalah sifatNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat, manakala Marah dan RedhaNya juga adalah dua sifat daripada sifat-sifatNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat”.

 (Mulla ‘Ali Al-Qari, Syarh Kitab Al-Fiqh Al-Akbar Li Abi Hanifah, Tahqiq: ‘Ali Muhammad Dandal, Dar Al-Kutub Al-’Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, 1995, Hal: 66-68. Dalam: Hafiz Firdaus Abdullah, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahhabiyah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2003, Hal: 42).




Muhammad Ibn Hasan Asy-Syaibani rahimahullah (murid Imam Abu Hanifah rhm) (189H) pula berkata:

اتفق الفقهاء كلهم من المشرق إلى المغرب على الإيمان بالقرآن والأحاديث التي جاء بها الثقات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم في صفة الرب عز وجل من غير تغيير ولا وصف ولا تشبيه، فمن فسر اليوم شيئا من ذلك فقد خرج مما كان عليه النبي صلى الله عليه وسلم وفارق الجماعة فإنهم لم يصفوا ولم يفسّروا ولكن أفتوا بما في الكتاب والسنة ثم سكتوا.

Maksudnya: “Telah bersepakat para fuqaha’ dari Timur hingga ke Barat seluruhnya atas (kewajipan) beriman dengan Al-Quran dan Al-Hadith yang diriwayatkan oleh para perawi thiqah (yang paling dipercayai) daripada Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan sifat Rabb (Allah) Azza Wa Jallatanpa mengubah, menggambar dan menyerupakan. Sesiapa yang menafsirkan sesuatu daripada yang demikian itu pada hari ini, maka sesungguhnya dia telah terkeluar daripada pegangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga telah berpecah daripada Al-Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Ini kerana mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) sesungguhnya tidak menggambar dan tidak menafsirkan, tetapi menfatwakan dengan apa yang ada dalam Al-Kitab dan As-Sunnah, kemudian mereka mendiamkannya (tanpa takwil)”.

 (Al-Lalakai, Hibatullah Ibn Al-Hasan, Syarh Usul I tiqad Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah, Tahqiq: Ahmad Sad Hamdan, Dar At-Tayyibah, Riyadh, 1408H, 3: 432, No: 740 dan Al-Asqalani, Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Syarh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Marifah, Beirut, 1379H, 13: 407).


Maka bagaimana tuduhan mujassimah dan musyabbihah begitu bebas dilontarkan kepada mereka yang memilih untuk beraqidah mengikut asalnya sebelum munculnya aliran ilmu kalam ini.



HADIS JARIAH (hamba perempuan).


قَالَ: وَكَانَتْ لِي جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِي قِبَلَ أُحُدٍ وَالْجَوَّانِيَّةِ، فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّيبُ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا، وَأَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِي آدَمَ، آسَفُ كَمَا يَأْسَفُونَ، لَكِنِّي صَكَكْتُهَا صَكَّةً، فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَفَلَا أُعْتِقُهَا؟ قَالَ: ائْتِنِي بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا، فَقَالَ لَهَا: أَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ، قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ، قَالَ: أَعْتِقْهَا، فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

"Mu’awiyah ibn al-Hakam al-Salami berkata : “Aku memiliki seorang hamba perempuan yang mengembala kambing-kambingku di sekitar Uhud dan Jawwaniyah. Suatu hari ketika aku menjengoknya, tiba-tiba seekor serigala telah melarikan seekor kambing daripada gembalaannya. Aku sebagai seorang manusia menjadi marah sebagaimana manusia lainnya, lalu aku menampar mukanya sekali. Kemudian aku mendatangi Nabi sollallahu alaihi wa sallam dan baginda memandang serius perbuatanku yang sedemikian (menampar muka jariah tersebut). Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah perlu aku merdekakan dia?” Baginda bersabda, “Bawa dia ke mari!” Maka aku bawa dia mengadap baginda. Baginda bertanya kepadanya, “Di mana Allah?” Dia menjawab, “Di langit.” Nabi bertanya lagi; Siapa aku?, jawabnya; ‘Engkau Rasulullah’. Maka Baginda bersabda, “Merdekakan dia! Sesungguhnya dia seorang mukminah.”(Riwayat Muslim, no. 537).

Huraian Ulamak Berkaitan Hadis Jariah

1) Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, berkata:

هذا الحديث من أحاديث الصفات وفيها مذهبان تقدم ذكرهما مرات في كتاب الايمان: أحدهما : الايمان به من غير خوض في معناه مع اعتقاد أن الله تعالى ليس كمثله شئ وتنزيهه عن سمات المخلوقات، والثاني : تأويله بما يليق به ، فمن قال بهذا قال: كان المراد امتحانُها هل هي موحدة تقر بأن الخالق المدبر الفعال هو الله وحده وهو الذي إذا دعاه الداعي استقبل السماء كما إذا صلى المصلي استقبل الكعبة وليس ذلك لانه منحصر في السماء كما أنه ليس منحصرا في جهة الكعبة، بل ذلك لان السماء قبلة الداعين كما أن الكعبة قبلة المصلين، أو هي من عبدة الاوثان العابدين للاوثان التي بين أيديهم فلما قالت في السماء علم أنها موحدة وليست عابدة للاوثان.

“Hadis ini termasuk hadis-hadis sifat. Padanya ada dua aliran (penafsiran), telah disebut berulang kali keterangan tentangnya dalam Kitab al-Iman iaitu,

Pertama : Beriman dengannya tanpa menelusuri maknanya beserta keyakinan bahawa Allah Taala tiada sesuatu yang menyerupaiNya, dan menyucikanNya daripada sifat-sifat makhluk.

Kedua : mentakwilkannya dengan makna yang layak bagiNya.

Jalan yang kedua pula ialah mentakwilkan hadis tersebut dengan apa yang layak bagi Allah. Maka sesiapa yang berpegang dengan jalan yang kedua ini, berpeganglah dia dengan bahawasanya yang dimaksudkan dengan hadis tersebut adalah Nabi sollallahu alaihi wa sallam menguji jariah tersebut untuk mengetahui sama ada dia seorang ahli tauhid yang mengakui Maha Pencipta, Maha Pentadbir dan Maha Pembuat adalah Allah semata-mata, yang mana Dialah Tuhan yang apabila seseorang memohon kepadaNya maka dia menghadap ke langit sebagaimana apabila seseorang bersolat dia menghadap kaabah, dan bukanlah perlakuan sedemikian ini (menghadap ke langit ketika berdoa atau menghadap kaabah ketika bersolat) menunjukkan bahawasanya Allah terbatas di langit sebagaimana juga tidaklah Dia terbatas pada jihat (arah) kaabah (Allah tidak dibatasi oleh sebarang tempat kerana Dia Maha Suci daripada segala tempat dan arah). Bahkan perbuatan menghadap ke langit itu adalah kerana langit itu adalah kiblat orang yang berdoa sebagaimana kaabah itu kiblat bagi orang yang bersolat. Atau jariah tadi ialah seorang penyembah segala berhala yang menyembah berhala-berhala tersebut di hadapan mereka (di sisi atau bersama mereka di bumi), maka tatkala dia menjawab: "Di langit," diketahuilah bahawasanya dia seorang ahli tauhid dan bukannya seorang penyembah berhala (jika jariah tersebut seorang penyembah berhala, nescaya dia tidak akan menjawab bahawa Allah Tuhannya di langit, tetapi dia akan menunjukkan berhala yang disembahnya yang berada bersamanya di bumi ini).”(Syarh Muslim, Muassisah Qurtubah, Juz. 5, Hal. 33-34).

2) Qadhi ‘Iyadh mengatakan:

لا خلاف بين المسلمين قاطبة فقيههم ومحدثهم ومتكلمهم ونظارهم ومقتدهم أن الظواهر الواردة بذكر الله تعالى في السماء كقول الله تعالى ءأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الارض ونحوه ليست على ظاهرها

“Tiada perselisihan pendapat dalam kalangan kaum Muslimin, baik ahli fekah, ahli hadis, ahli teologi, ahli fikir dan pengikut mereka bahawa zahir-zahir nas yang menyebut Allah di langit seperti firman Allah: “Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu?” dan yang seumpamanya itu tidak diertikan secara zahirnya.”(Syarh Muslim, Muassisah Qurtubah, Juz. 5, Hal. 34).

3) Al-Hafiz Ibn al-Jauzi ketika membahas hadis jariah ini  mengatakan :

قلت : قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا تحويه السماء والارض ولا تضمه الاقطار وإنما عرف بإشارتها تعظيم الخالق عندها .

“Aku berkata, ‘Telah tetap di kalangan para ulama bahawa Allah Taala tidak diliputi oleh langit dan bumi dan tidak pula dihimpun oleh penjuru, akan tetapi hanya dikenaliNya dengan isyarat hamba perempuan itu ke arah langit kerana pengagungan Zat Maha Pencipta.”(Daf’u Syubhah, Dar al-Imam al-Rawas, Beirut, Hal. 189).

4) Imam al-Subki dalam kitab al-Saif al-Soqil Fi al-Raddi ‘ala Ibni Zafil mengatakan :

أقول: أما القول: فقوله صلى الله عليه وسلم للجارية "أين الله ؟" قالت: "في السماء" وقد تكلم الناس عليه قديما وحديثا والكلام عليه معروف ولا يقبله ذهن هذا الرجل

“ِAku berkata: ‘Adapun ucapannya: Sabda Nabi s.a.w kepada hamba perempuan, ‘Di mana Allah?’ dan jawabannya, ‘Di langit.’ Ketahulilah bahawa para ulamak sejak dahulu hingga sekarang telah banyak membicarakan berkenaan hadis tersebut. Perbicaraan tentangnya sangat makruf, dan orang ini (Ibn Zafil) tidak menerimanya (dengan berpendapat Allah berada di langit).”(al-Saif al-Saqil Fi al-Raddi ‘ala Ibni Zafil, Maktabah al-Azhariyyah lil Turath, Hal. 82-83).



Akhir kata, menghukum sesama muslim semata-mata berbeza dalam isu-isu furu' (cabang) adalah sesuatu yang tercela dan boleh merosakkan tali persaudaraan yang menjadi kewajipan setiap muslim untuk menjaganya. Apa pun, jalan yang terbaik ialah kepada kepada yang asal iaitu aqidah para sahabat dan para salafus soleh. Mereka paling hampir dengan Nabi s.a.w dan mereka telah membuktikan bahawa keimanan merekalah yang paling asli dan diperakui oleh Nabi s.a.w. Keimanan yang mereka miliki berjaya membawa mereka untuk hidup sebagai mukmin mujahid, dan mati dengan keimanan yang tulen ini. Wallahu a'lam.


Sekian.

















Comments

Popular posts from this blog

Biodata ringkas imam-imam mazhab yang 4.

ABU HANIFAH rhm. ( 80- 150 H ) Abu Hanifah  ( ابو حنيفه ) atau nama sebenar beliau  Nukman bin Thabit  ( نعمان ن ثابت ) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di  Kufah ,  Iraq  ketika zaman pemerintahan Khalifah  Abdul Malik bin Marwan . Beliau berasal dari keturunan  Parsi  dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan  Mazhab Hanafi . Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah
Kisah benar . Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya... Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan. Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau. Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini. Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dar

Aliran-aliran Pemikiran dalam Islam

Aliran-aliran pemikiran dalam Islam. Muktazilah Muktazilah  (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam  Islam  yang terkenal dengan sifat  rasional  dan  liberal . Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.  Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Sejarah perkembangan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di  Basrah ,  Iraq , apabila  Wasil ibn Ata  meninggalkan kelas pembelajaran  Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu  Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn  (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk  Amr ibn Ubayd  kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri m