“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pendahuluan . Suatu waktu dahulu sekitar tahun 90an, seorang rakan saya pernah bercerita, beliau sangat marah dengan seorang Pak Haji di kampungnya yang tidak bersama parti politik berjenama Islam yang disertai oleh sahabat saya ini. Bagi rakan saya ini, sia-sia sahaja Pak Haji itu solat, puasa dan zakat tetapi menyokong parti yang tiada jenama Islam. Bagi rakan saya ini di dalam Al-Quran jelas mengatakan barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka itu kafir. Oleh kerana beliau terlalu bersemangat sebagai seorang 'pejuang Islam tulen', saya menangguhkan dahulu untuk menenangkan api semangat 'jihad; beliau. Saya biarkan beliau terus bercerita. Beliau menyambung ceritanya lagi. Suatu malam, rakan saya ini menaiki motosikal menuju ke rumah Pak Haji ini. Setiba beliau
Belajar dan mengajar adalah sebahagian hidup penuntut ilmu