Hukum Mengadakan Kenduri Arwah
Apabila isu kenduri arwah dibahaskan secara ilmiah, akan kedengaran tuduhan melulu ditujukan kepada pihak yang membawa pendapat yang luar daripada kebiasaan masyarakat dan sebahagian ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru. Mereka akan mula menggunakan julukan-julukan yang negatif untuk menggertak dan menakut-nakutkan pihak lawan agar jangan cuba-cuba memberanikan diri mengusik amalan-amalan yang sejak sekian lama diwarisi daripada turun-temurun. Sikap tidak ilmiah ini adalah sebahagian usaha mengekalkan masyarakat dalam kejahilan ciptaan sendiri dan menjaga kepentingan golongan-golongan berkepentingan dengan adanya amalan-amalan ini. Sebenarnya pihak yang membawakan pembaharuan minda ini hanya bertujuan menjaga keaslian agama daripada tokok tambah oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab mengubah rupa bentuk agama menjadi satu rupa bentuk yang pelik dan tidak pernah dikenali oleh tiga generasi awal dalam sejarah Islam. Maka dengan ini saya mengajak para pembaca untuk meneliti tulisan-tulisan berharga yang dipetik terus daripada kitab-kitab lama daripada aliran mazhab As-Syafie sendiri. Semoga sumbangan kecil ini dapat dimanfaatkan dan disebar agar tiada lagi tuduhan melulu kepada pihak yang berniat menjaga keaslian Islam. Berikut ialah beberapa petikan daripada kitab yang sempat saya rujuk dan sebahagian besarnya ada dalam koleksi peribadi saya:
1) Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:
وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعُهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).
"Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata:
"Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan" (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn majah dengan sanad yang sahih
2) Kitab Idaman Penuntut.
(Hj Abd Ghani bin Hj Yahya. Kitab Idaman Penuntut. m.s 121)
3) Kitab Sabil Al-Muhtadin.
"Dan makruh lagi bid'ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya segala manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat ( dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala mereka yang diserunya memperkenankan serunya"
( As Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari. Sabil Al-Muhtadin. m.s 87. Matba'ah Halabiy)
"Barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kifarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada tanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh dan empat puluh dan umpama yang demikian itu seperti yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela oleh syarak kerana tegah pada syarak"
(Zainul Abidin ibn Muhammad Al-Fatoni. Kasyful Litham 'an As'ilatil Anaam. m.s 85. Matba'ah Halabiy)
5) Kitab Bughyatu At-Tullab.
“Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekalipun, dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu……"
"Dan makruh lagi bid’ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan (menyerukan) segala manusia atas memakan dia, samada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya.”
(As Sheikh Daud bin Abdullah bin Idris Al-Fatoni. Bughyatu at-Tullab. Juzuk 1. m.s 33-34. Maktabah wa Matba'ah Al-Hadi wa Awladuhu).
6) Kitab Furu' Al-Masa'il.
"Apakah hukumnya barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada ditanam mayat dan kemudia daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kifarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemnudia daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh dan empat puluh dan umpama yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus ( maka dijawabnya) maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela pada syarak kerana tegah pada syarak"
(Sheikh Daud bin Abdullah Fatoni. Furu' Al-Masa'il. m.s 182-183. Maktabah wa Matba'ah Muhammad Al-Hadi wa Auladuhu).
7) Kitab Bahrul Mazi.
"Dan berkata Sohibus Syamil dan lainnya, adapun bermasak ahli mayat akan makanan dan dihimpunnya orang-orang memakannya maka kerja itu tiada dinaqal daripadanya suatu. Maka ialah bid'ah yang tiada elok. Ini kalam sohibus Syamil. Dan mengambil dalil ia dengan hadis Jarir bin Abdullah r.a katanya :
كنا نعد الاجتماع الى اهل الميت وصنيعة الطعام بعد دفنه من النياحة
"adalah kami bilang dan kami kirakan berhimpun orang-orang kepada ahli mayat dan berhimpun memperbuat makanan kemudian daripada tanamnya ialah daripada bilangan ratap-ratapan meriwayatkan dia oleh Ahmad bin Hanbal dan Ibn Majah dengan isnad yang sahih".
(Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Bahrul Mazi. Juz.7. m.s 130. Percetakan Nahdi)
Dengan sumbangan kecil ini, harapan saya tiada lagi tuduhan melulu kononnya ada pihak yang sengaja membid'ahkan amalan-amalan dalam masyarakat dan bertujuan memecah -belahkan Mereka yang membid'ahkan amalan ini ialah para ulama' yang menjadi rujukan kita bersama.
Wallahu Taala A'lam.
Reejal.
__________________________________________________________________________
*Bacaan tambahan.
HUKUM KENDURI SELEPAS KEMATIAN MENURUT BEKAS MUFTI MEKAH YANG BERMAZHAB ASY-SYAFI'I.
Al-Mufti Ahmad bin Zaini Dahlan رحمه الله menjawab soalan berkaitan:
نعم ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الأمر...
Benar. Apa yang dilakukan oleh orang ramai iaitu berkumpul bersama keluarga si mati dan (keluarga si mati) membuat makanan termasuk bid’ah yang mungkar yang mana diberi pahala ke atas pemerintah yang membanterasnya…
Beliau menukilkan perkataan Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haitami حفظه الله:
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه بدعة مكروهة...
Apa yang dibiasakan iaitu keluarga si mati membuat makanan untuk menjemput orang kepadanya adalah bid’ah yang dibenci…
Beliau juga menukilkan daripada kitab الحاشية العلامة الجمل على شرح المنهج:
ومن البدع المنكرة والمكروه فعلها ما يفعله الناس من الوحشة والجمع والأربعين بل كل ذلك حرام إن كان من مال محجور أو من ميت عليه دين أو يترتب عليه ضرر أو نحو ذلك...
Termasuk bid’ah-bid’ah yang mungkar dan makruh perbuatannya adalah apa yang dilakukan oleh orang ramai iaitu kemurungan, berkumpul (rumah si mati), (berkumpul membuat kenduri) pada hari keempat puluh. Bahkan kesemua ini haram sekiranya dilakukan daripada harta yang dilarang, daripada harta si mati yang mempunyai hutang, sesuatu yang boleh mengakibatkan kemudharatan atau seumpama itu…
Al-Mufti رحمه الله berkata lagi:
ولا شك أن منع الناس من هذه البدعة المنكرة في إحياء للسنة وإماتة للبدعة وفتح لكثير من أبواب الخير وغلق لكثير من أبواب الشر فإن الناس يتكلفون تكلفا كثيرا يؤدي إلى أن يكون ذلك الصنع محرما والله سبحانه وتعالى أعلم
Tidak syak lagi bahawasanya melarang orang ramai daripada bid’ah yang mungkar ini dapat menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah. Dapat juga membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan. Sesungguhnya ramai orang yang suka berlebih-lebihan dalam bersusah payah sehingga perbuatan tersebut boleh menjadi haram. Allaah Subhaanahu wa Ta’aala lebih mengetahui.
Rujukan:
حاشية إعانة الطالبين للشيخ أبو بكر عثمان بن محمد شطا الدمياطي في المجلد الثاني صفحة ۲٥٠-۲٥١ دار الحديث القاهرة الطبعة الأولى ١٤٣٤ه/۲٠١٣م
حاشية إعانة الطالبين للشيخ أبو بكر عثمان بن محمد شطا الدمياطي في المجلد الثاني صفحة ۲٥٠-۲٥١ دار الحديث القاهرة الطبعة الأولى ١٤٣٤ه/۲٠١٣م
(Sumber:Fb Mohamad Ridzuan Ishak
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000922120929&hc_ref=ARTotGvUOr2D0pasR1yQ_PRadnvbFG3V5zjgzzXKzPrIawOP-4R5wIol3-WwL7ppg60
Kebanyakan hukum yang diberikan adalah makruh, maknanya tidak haram, lebih baik ditinggalkan,
ReplyDeleteYang makruh, berkumpul menunggu makanan, kalau aktiviti lain, tidak dinyatakan, seperti tahlil arwah dll