Skip to main content

Anekdot: WAHABI

(*Hakcipta adalah terpelihara. Sebarang bentuk salinan mestilah dengan izin penulis)




Sayyidina.


Sheikh Habeeb sedang mengajar bab bacaan tasyahhud .

Hassan " Sheikh, kenapa sheikh ajar kami bacaan yang tak sama dengan apa yang dalam hadis?"

"Apa yang tak sama?" nampak kerut di dahi sheikh.

'Dalam hadis tak sebut lafaz 'sayyidina' pun? "

"Tak apa, tambah sikit ja. Lagipun sebagai tanda memuliakan nabi s.a.w"

"Boleh tambah ka?"

"Boleh... bid'ah hasanah. Benda baik kan, apa salahnya" tambah sheikh cuba meyakinkan Hassan.

"Baik sheikh" Hassan akur.

Sewaktu solat Asar, Hassan mengimamkan jemaah. Sheikh turut menjadi makmum di belakang Hassan. Solat asar petang itu sangat panjang. Sujud dan rukuk panjang-panjang belaka. Para makmun nampak gelisah dan tak puas hati. Selepas solat, sheikh pun menegur Hassan dengan nada marah.

"Awat yang sujud dan rukuk panjang-panjang sangat ni Hassan? hang tak pikiaq ka pasai makmum kat belakang ni? Entah ka ada kerja nak buat, entah ka sakit perut ka?"

"Saya nak buat yang terbaik sheikh"

"Apa yang hang baca lama-lama sangat waktu rukuk dan sujud tadi?"

"Saya baca surah setiap kali rukuk dan sujud"

"Awat yang hang buat lagu tu? sapa ajaq hang?" nada sheikh makin tinggi.

"Sheikh jugak yang ajaq saya lagu tu"

"Bila yang aku ajaq?" merah telinga sheikh bila Hassan macam meletakkan kesalahan pada dirinya.

"Sheikh kata tadi 'benda baik apa salahnya' "

Sheikh terkedu sambil berkata dalam hati " Wahabi punya budak!".


__________________________________________________________________________

Satu mazhab sahaja.

"Anak-anak sekelian, kita semua ni wajib ikut satu mazhab saja iaitu mazhab syafei dalam ibadah dan mazhab Asyairah dalam aqidah. Geng yang campur2 mazhab ni geng Wahabi. Depa tu sesat".

"Tapi semalam saya tengok sheikh bukan main baca Al Quran utk sedekah kpd jenazah yg meninggal dunia.  Bukan ka imam Syafei dan imam2 mazhab syafei banyak yang kata tak sampai?"

"Tak pa... ada mazhab lain kata sampai"

"Pulak, sheikh kata tak boleh tukar-tukar mazhab?" tanya Hassan kehairanan

" Hang jangan cakap kuat-kuat"

"Awat?"

"Takut orang kata saya Wahabi".
__________________________________________________________________


Kenduri tahlil.


 "Sheikh, apa hukumnya buat kenduri tahlil?"

 "Apa masalahnya?"

" Ya lah, depa kata bid'ah"

"Berani hang tanya lagu tu noh... sah hang  ni 'Wahabi!".

“Orang tanya pun tak boleh… hmm” L



 ____________________________________________________________________




Murtabak .

"Sheikh, apa hukum buat kenduri arwah?"

Sheikh " Apa ada dalam kenduri arwah? "

"Depa berzikir lah"

"Lagi?"

"Depa baca ayat-ayat Quran dan doa"

"Jadi apa yang masalahnya?" suara sheikh makin tinggi tanda sedikit marah kerana ditujukan soalan begitu.

"Bukan apa sheikh, depa kata nabi tak buat" jawab Hassan sedikit takut.

"Berzikir Tuhan suruh dak?"

"Suruh"

"Baca Quran?"

"Suruh"

"Baca doa?"

"Ya, suruh"

"Habis tu?"

"Depa kata bid'ah"

"Hang besa makan murtabak dak?"

"Besa"

"Dalam murtabak ada apa?"

"Ada tepung, telur, bawang, daging"

"Campur semua tu boleh dimakan dak?"

"Boleh"

"Macam tu la kenduri arwah pun"

"Tapi ustaz, bukan ka asal ibadah itu ialah 'berhenti' sehingga ada dalil?"

"Sah hang ni 'Wahabi'.

___________________________________________________________________



Syaitan.

Sheikh “ Anak-anak sekelian, jangan ambil mudah dalam ilmu-ilmu agama ni. Setiap ilmu mesti diambil terus daripada seorang guru”

Hassan  “Kalau dengar rakaman kuliah kat Youtube?”

“Tak boleh, syaitan semua tu”

“ Kalau baca kitab sendiri ”

“Pun tak boleh... Siapa yang membaca tanpa guru, nescaya gurunya ialah syaitan laknatullah”

“Oh kalau begitu saya tak mau baca buku langsung lah”

“Ehh.. pasai apa pulak?”

“Kalau tak baca buku, boleh la saya berguru dengan malaikat”

“Ish… budak ni. Teruk betul hang punya ke’wahabi’an”.





___________________________________________________________________

Niat Tukar Mazhab.

Sheikh: : "Anak-anak sekelian... bulan puasa ni semua kena niat tiap-tiap malam tau"

Hassan cepat-cepat angkat tangan untuk bertanya, " Saya selalu lupa nak niat 'nawaitu sauma ghadin' kesian kat saya la lagu tu tuan sheikh"

"Kalau macam tu awak ambik lah pendapat mazhab Maliki, niat terus untu sebulan"

"Boleh ka macam tu tuan sheikh?"

"Boleh jaa.."

"Macamana nak niat tukar mazhab?"

Sheikh "Err..err..macamana ya?!" sambil menggaru kepala yang tak gatal sambil menggerutu dalam hati "Banyak pulak songeh budak Wahabi ni...".



____________________________________________________________________

Keluar Mazhab.

Selesai ceramah, tuan mufti membuka sesi soal-jawab.

"Ada apa-apa soalan daripada tuan-tuan dan puan-puan?"

" Err.. Dato', bolehkah kita keluar daripada mazhab"

Mufti tersengih " Baik saya tanya awak dulu. Sejak bila awak daftar masuk mazhab?"

'Tak pernah la pulak..."

"Habis tu.. Awak masuk pun tak pernah, macamana awak nak keluar?"

Merah muka si penyoal sambil merungut " Susah la tanya mufti wahabi".




___________________________________________________________



"Allah ada tangan dak?"

"Ada.." jawab Hassan selamba sambil korek hidung.

"Woi... Mana boleh kata lagu tu.."

"Awat tak boleh pulak? Allah ada Zat dak?"   Hassan mula buat 'counter attack'.

"Ada la.. tapi Zat Allah tak sama dengan makhluk" jawab ustaz Madi.

"Hah.. kalau mcm tu sama la dengan 'Tangan' Allah, mesti lah tak sama dengan makhluk..." Hassan tersengih puas hati dapat 'check mate' ustaz Madi.

"Huh... payah cakap dengan budak wahabi ni.." ustaz Madi bingkas bangun dan berlalu...

__________________
reejal.
27.04. 2019.





Comments

Popular posts from this blog

Biodata ringkas imam-imam mazhab yang 4.

ABU HANIFAH rhm. ( 80- 150 H ) Abu Hanifah  ( ابو حنيفه ) atau nama sebenar beliau  Nukman bin Thabit  ( نعمان ن ثابت ) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di  Kufah ,  Iraq  ketika zaman pemerintahan Khalifah  Abdul Malik bin Marwan . Beliau berasal dari keturunan  Parsi  dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan  Mazhab Hanafi . Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah
Kisah benar . Ismail Kerbau...Semoga Allah mengampuninya... Dia pernah digeruni suatu ketika dahulu... Disebut² kejahatannya. Tapi, org kampung menghormatinya kerana sikapnya yang suka membantu org dlm kesusahan. Semasa aku masih belajar di pondok Bukit Besar, setiap malam aku dan rakan2ku akan diam2 menyusup ke dlm kebun getah utk mendalami ilmu persilatan Ismail Kerbau. Malam pertama ketika aku mula merisik kawasan Ismail Kerbau melatih anak2 muda kampung ilmu persilatan, aku dan kawanku (Mat Arab) bersembunyi di sebalik semak lalang supaya tidak disedari oleh Ismail Kerbau. Kami sampai lebih awal supaya kehadiran kami tak dihidu oleh Ismail Kerbau. Ketika kami sampai, kelihatan beberapa anak muda kampung sedang berlatih sesama mereka ilmu persilatan mereka dlm kepekatan malam. Hanya ada satu lampu mentol utk menerangkan gelanggang silat ini. Setelah mendapat tempat yg sesuai utk intipan, kami berdua pun meniarap di celah² semak samun itu. Kira² 10 minit, kedengaran dar

Aliran-aliran Pemikiran dalam Islam

Aliran-aliran pemikiran dalam Islam. Muktazilah Muktazilah  (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam  Islam  yang terkenal dengan sifat  rasional  dan  liberal . Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.  Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Sejarah perkembangan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di  Basrah ,  Iraq , apabila  Wasil ibn Ata  meninggalkan kelas pembelajaran  Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu  Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn  (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk  Amr ibn Ubayd  kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri m