"Wahhabi..!" ... "Saja nak pecah belah masyarakat!", "Kita kena ikut satu mazhab sahaja", "Dulu-dulu sebelum hangpa mai, masyarakat tak bergaduh pun"
Kata-kata di atas adalah antara luahan kemarahan yang sering terpancul daripada ustaz-ustaz memberi ceramah-ceramah agama ataupun mengajar kitab-kitab di masjid dan surau. Masyarakat dihasut untuk membenci sebarang perbezaan pendapat dan pegangan walaupun ianya bukanlah perkara-perkara asas yang menjejaskan aqidah. Seolah-olah jika berpegang dengan pendapat imam selain daripada imam As Syafei adalah perbuatan 'keluar daripada agama'.
Sabar dulu. Jangan maki2, tak baik. Takut kita bertujuan untuk memaki pihak lawan, tapi sebenarnya yang kita maki adalah riwayat-riwayat yang termaktub dalam kitab-kitab muktabar. Oleh kerana kita tak pernah jumpa, bukanlah ia satu ukuran benar atau salah.
Sesungguhnya yang mengatakan doa qunut itu bid'ah bukanlah kita-kita ini yang bertaraf manusia marhaen. Tetapi ia adalah riwayat At Tirmizi, An Nasaie dan Ibn Hibban.
ุนู ุฎูู ุจู ุฎูููุฉ ุนู ุฃุจู ู ุงูู ุงูุฃุดุฌุนู ุนู ุฃุจูู ูุงู : ุตููุช ุฎูู ุงููุจู ุตูู ุงููู ุนููู ู ุณูู ููู ูููุช ูุตููุช ุฎูู ุฃุจู ุจูุฑ ููู ูููุช ูุตููุช ุฎูู ุนู ุฑ ููู ูููุช ูุตููุช ุฎูู ุนุซู ุงู ููู ูููุช ูุตููุช ุฎูู ุนูู ููู ูููุช ุซู ูุงู : ูุง ุจูู ุฅููุง ุจุฏุนุฉ
Maksudnya: Dari Abu Malik al-Asyjaie katanya: Aku solat di belakang Nabi s.a.w dan baginda tidak berqunut, aku juga solat dibelakang Abu Bakar dan beliau tidak berqunut, aku solat di belakang Umar beliau juga tidak berqunut dan aku juga solat di belakang Ali dan beliau juga tidak berqunut. Kemudian beliau berkata kepada anaknya: Wahai anakku, sesungguhnya ia adalah bid'ah".
(Hadis riwayat al-Tirmizi al-Nasaie dan Ibn Hibban) Kata al-Tirmizi: Hadis hasan sahih. Ibn ِAbd al-Hadi juga mensahihkan sanadnya. (Rujuk: Tanqih al-Tahqiq, jld. 2, hlm. 429)
Apa yang jelasnya di sini, yang mengatakan ia adalah bid'ah bukanlah perkataan ustaz-ustaz yang dituduh sebagai 'Wahhabi' malah sebaliknya yang mengatakan ia sebagai bid'ah ialah seorang sahabat Nabi s.a.w. maka persoalan sekarang. sebenarnya kita marah kepada siapa?
Sebahagian ulamak memandang ia sebagai sunat. Contohnya Imam an-Nawawi rahimahullah yang berkata:
“Ketahuilah bahawa qunut di waktu solat subuh adalah sunnah berdasarkan sebuah hadis sahih
ุนู ุฃูุณ (ุฑุถู ุงููู ุนูู): ุฃู ุฑุณูู ุงููู (ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ) ูู ูุฒู ูููุช ูู ุงูุตุจุญ ุญุชู ูุงุฑู ุงูุฏููุง
Daripada Anas r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w sentiasa melakukan qunut di waktu solat subuh sehingga baginda wafat.”
Diriwayatkan oleh al-Hakim Abu ‘Abdillah di dalam kitab al-Arba’in, lalu dia berkata: “Hadis sahih”. Ketahuilah bahawa qunut subuh menurut kami adalah disyari’atkan, ia merupakan sunnah muakkad (sunnah yang sangat dituntut). Sekiranya seseorang meninggalkannya maka solatnya tidak batal akan tetapi dia perlu melakukan sujud shahwi, sama ada dia meninggalkannya dengan sengaja atau pun kerana terlupa.”
(Rujuk Kitab al-Adzkar an-Nawawiyyah, Bab Qunut Subuh, hadis no. 171)
Habis kenapa sebahagian ulamak menolaknya? Bak kata pepatah Melayu, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Dunia kesarjanaa tidak menerima kaedah 'Siapa kuat maki dialah yang paling benar'. Tetapi dunia kesarjanaan melihat kepada hujah-hujah ilmiah. Sebenarnya para ulamak yang menolak kesunnahan doa qunut dalam solat subuh mempunyai sebab-sebab tersendiri. Di bawah ini dicatatkan beberapa komen terhadap pendapat Imam an-Nawawi rhm:
1 - Hadis ini (yang digunakan oleh imam an-Nawawi) adalah hadis yang dhaif, tidak sahih, walau pun al-Hakim dan an-Nawawi mensahihkannya.
Hadis ini dhaif disebabkan perawi yang bernama Abu Ja’far ar-Razi yang meriwayatkan hadis ini dari jalan ar-Rabi’ dari Anas. Ibnul Qayyim telah menjelaskan persoalan ini secara panjang lebar di dalam kitabnya, Zaadul Ma’ad (1/271-285) dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani di dalam at-Talkhis (3/417-418) serta lainnya.
2 – Sanad hadis ini dhoif, illatnya (penyebabnya) adalah Abu Ja’afar ar-Razi, iaitu ‘Isa bin Haman, hafalannya buruk. (Rujuk: Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali, Shahih dan Dhoif Kitab al-Adzkar (judul asli: Shahih Kitab al-Adzkar wa Dha’ifuhu), jil. 1, m/s. 193, terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i)
3 – Hadis ini diriwayatkan oleh Abdur Razzaq, no. 4964, Ibnu Abi Syaibah, no. 7002, Ahmad 3/162, at-Tahawi di dalam al-Ma’ani, 1/244, ad-Daruqutni, 2/39, al-Hakim di dalam al-Arba’in, al-Baihaqi, 2/201, al-Baghawi, no. 639, dari beberapa jalan, dari Abu Ja’afar ar-Razi, dari ar-Rabi’ bin Anas, dari Anas dengan hadis tersebut.
Abu Ja’afar adalah rawi yang jujur akan tetapi hafalannya buruk, rawi sepertinya hanya layak pada hadis yang syahid (yang memiliki penguat). Jika tidak, maka hadisnya dhaif. Hadis ini memiliki syawahid (beberapa penguat) yang disebutkan oleh ad-Daruqutni dan al-Baihaqi, akan tetapi semuanya sangat lemah sekali, tidak layak untuk diperhatikan, kemudian ianya bertentangan pula dengan riwayat yang juga dari Anas yang sahih bahawa Nabi s.a.w tidak berqunut, melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum.
Hadis ini didhaifkan oleh Ibnul Jauzi, Ibnu Taimiyah, Ibnu at-Turkumani, Ibnul Qayyim, dan al-Albani, dan az-Zaila’i cenderung kepadanya. Al-Asqalani (al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani) berkata: “Hujjah tidak tertegak dengan hadis seperti ini”. (Rujuk: Syaikh Amir bin Ali Yasin, al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 172, terbitan Pustaka Sahifa)
4 – Sebuah persoalan yang perlu kita perhatikan adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh Amir bin Ali Yasin:
“Saya berkata: Telah jelas bagimu bahawa hadis yang mereka jadikan sebagai sandaran dalam mensyari’atkan qunut subuh adalah dhaif dan mungkar. Jadi ia tidak dianjurkan, bahawa melakukannya secara terus menerus adalah sesuatu yang dibuat-buat (diada-adakan) dan itu adalah perbuatan yang dibenci. Sekiranya kita menerima bahawa hadis tersebut sebagai sahih sekalipun, maka, di mana dalil yang menunjukkan bahawa qunut subuh itu dengan lafaz “Allahummah dini fii man hadait (ุงََُّูููู َّ ุงْูุฏِِْูู ِْููู َْู َูุฏَْูุชَ، َูุนَุงِِْููู ِْููู َْู ุนَุงَْููุชَ)...”? Sekiranya kita menerima bahawa hadis tersebut sahih, lalu di mana pula dalilnya yang menunjukkan bahawa meninggalkannya mengharuskan sujud shahwi? Ini adalah tiga mukaddimah yang tidak mampu mereka didukung dengan dalil.” (Rujuk: Syaikh Amir bin Ali Yasin, al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 172, terbitan Pustaka Sahifa)
5 - Pendapat Sayyid Sabiq rahimahullah:
“Qunut di dalam solat subuh itu tidak disyari’atkan kecuali apabila terjadi bahaya. Dan sekiranya terjadi bahaya tersebut, maka bukan hanya di dalam solat subuh saja disunnahkan berqunut, tetapi juga di dalam semua solat fardhu...” (Rujuk: Sayyid Sabiq, Fiqih Sunnah, jil. 2, m/s. 43, terbitan Victory Agencie)
6 – Penggunaan hadis dari Anas oleh mereka yang bertujuan mensyari’atkan qunut di setiap solat fardhu subuh tersebut sebenarnya dibantah dengan hadis yang datangnya juga dari Anas. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:
“Bahawasanya Nabi s.a.w itu tidak pernah berqunut di dalam waktu subuh melainkan bagi tujuan mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin), atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir).” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani mensahihkan sanadnya. Rujuk: al-Dirayah fi Takhrij Ahadis al-Hidayah, jil. 1, m/s. 195)
Syaikh Dr. Sa’id Wahf bin Ali al-Qahtani berkata:
“Telah diriwayatkan dengan sahih dari nabi s.a.w bahawa Baginda melakukan qunut Nazilah selama sebulan, berdoa melaknat satu kaum. Diriwayat dengan sahih bahawa Baginda berdoa untuk kaum yang lemah dari kalangan para sahabat Baginda yang ditawan oleh satu kaum sewaktu mereka berhijrah. Ketika penyebab Baginda melakukan qunut tersebut sudah tidak ada lagi, Baginda pun meninggalkannya. Nabi tidak pernah melakukan qunut secara rutin dalam solat wajib yang manapun, solat subuh atau solat yang lainnya. Demikian juga halnya dengan para Khulafa’ur Rasyidin. Mereka melakukan qunut tersebut dengan cara yang sama. Mereka tidak pernah melakukannya secara rutin. Namun jika penyebab qunut itu sudah tidak ada, mereka meninggalkan qunut tersebut. Apa yang sunnahnya (yang sabit dari sunnah) adalah melakukan qunut Nazilah dan berdoa berdasarkan kepada keadaan, iaitu untuk mendoakan kebaikan bagi suatu kaum, atau untuk melaknat mereka, dan disesuaikan juga dengan bencana yang terjadi.
Diriwayatkan dengan sahih bahawa Nabi s.a.w pernah melakukan qunut pada solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya’. Namun perlaksanaan di dalam solat Subuh dan Maghrib adalah lebih ditekankan. Ketika penyebab qunut itu sudah tidak ada, Baginda pun meninggalkannya, termasuk juga pada solat subuh.” (Rujuk: Syaikh Dr. Sa’id ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, Kumpulan Shalat Sunnah Dan Keutamaannya, m/s. 75, Terbitan Darul Haq, Cet. Ketujuh – Feruari 2007M)
Inilah antara perbahasan ilmiah yang saya maksudkan dari awal. Setiap pihak ada hujah masing-masing. Maka berpeganglah dengan apa yang kita yakini. Tidak beradab namanya kalau kita sering serang-menyerang dalam perkara yang tidak disepakati oleh para ulamak muktabar. Perbahasan ilmiah seperti ini semestinya akan bertukar menjadi medan 'perang' yang sengit jika ada pihak yang mula mengeluarkan kata-kata kesat dan gelar-menggelar dengan istilah-istilah yang buruk dan menyakitkan saudara seagamanya. Bertakwalah.
Wallahu a'lam.
Baca seterusnya:
ٍDaripada kitab Zadul Ma'ad:

ุงููุชุจ » ุฒุงุฏ ุงูู
ุนุงุฏ ูู ูุฏู ุฎูุฑ ุงูุนุจุงุฏ » ูุตูู ูู ูุฏูู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ูู ุงูุนุจุงุฏุงุช » ูุตู ูู ุฃูู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ูุงู ูุฑุงุนู ุญุงู ุงูู
ุฃู
ูู
ูู ูุบูุฑูู
Comments
Post a Comment