Tiba-tiba terasa ingin mencoretkan beberapa kisah yang tak dapat aku lupakan sehingga kini sejak aku menjadi seorang pendidik. Seorang guru adalah manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesilapan. Terkadang kesilapan berpunca daripada sikap orang lain dan kadang-kadang daripada diri sendiri.
Tujuh tahun aku memegang jawatan guru disiplin. Hampir seluruh pelajar akan 'cabut lari' kalau ternampak kelibat aku sedang meronda di sepanjang koridor atau bangunan-bangunan yang ada dalam kawasan sekolah. Sedikit pengalaman iaitu lapan tahun mencebur diri dalam bidang ketenteraan menjadikan aku agak keras ketika memastikan disiplin pelajar sentiasa di tahap yang tinggi. Sewaktu di sekolah sebelum ini sebelum aku bertukar ke sekolah yang baharu, jangankan meronda dalam kawasan sekolah sahaja, kalau aku masuk ke pekan kecil iaitu pekan Kota Kuala Muda, Kedah pun pelajar-pelajar akan lari bertempiaran dan bersembunyi dalam kedai-kedai dalam pekan tersebut. Kerasnya aku ketika itu sampai ke tahap itu.
Suatu hakikat yang perlu kita fahami, undang-undang bukanlah segalanya. Apatah lagi undang-undang buatan manusia, bukanlah ia seperti undang-undang Tuhan Yang Maha Sempurna. Itupun pelaksanaan undang-undang Tuhan tetap terdedah kepada kesilapan kerana faktor manusia yang melaksanakannya. Apatah lagi undang-undang buatan manusia, manusia yang merangkakannya dan manusia jugalah yang menjalankannya. Faktor 'manusia' sangat terdedah kepada kesilapan.
Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah beberapa pengalaman sebagai seorang guru disiplin. Ada yang lucu, ada yang menyedihkan. Semua itu samada akan menwarnai kehidupan kita agar menjadi indah untuk dikenang ataupun garisan-garisan calar akan akan kekal menghantui diri sampai ke akhir hayat aku.
Kisah 1.
Seperti biasa, selepas perhimpunan mingguan aku akan terpacak tegak dengan gaya seorang pegawai tentera memeriksa kekemasan penampilan pelajar-pelajar sekolah aku. Dari hujung rambut sampai ke kasut akan aku perhatikan dengan mata yang sangat tajam. Seorang demi seorang pelajar mesti berjalan melalui lorong yang dikawal oleh pengawas-pengawas sekolah. Mana-mana pelajar yang berjaya melepasi tempat aku berdiri akan menarik nafas lega. Manakala yang menanti dalam barisan akan berdebar-debar memikirkan nasib mereka jika ditangkap dan dibawa ke dalam bilik guru disiplin yang dikhaskan untuk aku seorang.
Seorang demi seorang berjalan di depan aku dengan penuh debaran. Seolah-olah barisan orang-orang salah yang menanti 'hukuman mati' gayanya. Mataku merenung tajam ke atas dan kebawah. Rotan pun tak pernah lekang daripada genggaman tanganku. Silap sikit sahaja, rotan aku akan membidas mangsanya. Aku terus memerhati pelajar-pelajarku melintas dengan raut muka yang kurang menyenangkan.Tiba-tiba aku terpandang satu sosok tubuh yang comot dan selekeh. Mataku membeliak dan terus tanganku mencekak lengan pelajar tersebut. Menggeletar tubuh kecil itu. Tentu bermacam-macam perasaannya antara takut dan mengharap dibebaskan. Tanpa berfikir panjang, aku terus meninggikan suara, "Awat yang selekeh sangat ni? Baju pasai apa tak gosok? bla..bla,," aku menengking. Habis sahaja aku berkata-kata, pelajar tersebut mengangkat wajahnya dan memerhati terus ke dalam mataku. Dengan suara terketar-ketar dia mula menjelaskan keadaan dirinya, "Ustaz,... errr.. sebenarnya kat rumah saya tak ada seterika, letrik pun tak ada ustaz". Boommmm...!!!! bagaikan letupan bom yang mampu meledakkan keegoanku ketika telingaku menyambut suara lunak tadi. Mataku mula berkaca menahan sebak,
"Ayah hang kerja apa?"
"Kerja guard, ustaz"
"Mak hang?"
"Mak tak kerja" jawabnya dengan penuh rendah diri.
Aku kelu... kalaulah jantung hatiku ada suara, tentu dia akan dengar tangisan dalam jantung hatiku itu. "Allah..." aku mengeluh dalam hati. Kata-kata yang kasar tadi ibarat anak panah yang sudah terlepas dari busurnya. Kalaupun anak panah berjaya dicabut balik, bekas berlubangnya tetap akan kekal. Aku masuk ke dalam bilik aku dan menangis seorang diri. Antara menyesal tindakan aku yang menengking tadi dan simpati dengan penjelasan keadaan keluarganya. Aku menyesal....!.
****
Selepas beberapa tahun aku meninggalkan sekolah tersebut, satu hari ketika aku sedang makan bersama keluargaku, datang seorang pemuda menegur aku, "Assalamualaikum ustaz"..aku memandang wajah yang menegur aku, ya Allah... inilah anak murid yang aku tengking dulu. Aku terus menghulurkan tangan dan bersalam dengan penuh kemesraan. Beliau sambut tanganku sambil mencium tanganku tanda penghormatan seorang murid kepada bekas gurunya. Demi Allah aku terlalu gembira dapat berjumpanya lagi.
Sewaktu aku dan keluargaku selesai menjamu selera. Aku terus ke kaunter dan menyuruh kaunter bayaran mengira harga makanan di meja satu lagi. Walaupun tak seberapa, aku puas dapat belanja bekas anak murid aku seorang ini yang telah menyedarkan aku bahawa masalah manusia tidak sama antara satu sama lain. Dalam hati aku berdoa agar anak muda ini diberkati hidupnya oleh Allah.
Kisah 2. (Bersambung)

Comments
Post a Comment