Isu bagaimana 'berniat' bukanlah isu baharu tetapi juga tidak pernah ada titik penamatnya. Seringkali kita bertemu dengan golongan yang menghadapi kesukaran yang amat sangat ketika melaksanakan solat semata-mata kerana ragu-ragu dengan niat sendiri.
Mereka yang berpenyakit was-was dalam niat bukan sahaja merosakkan solat mereka sendiri tetapi merosakkan juga solat orang yang bersolat disebelah mereka. beberapa tahun yang lalu saya pernah bersolat di sebuah RnR. Seorang anak muda mengulang-ulang lafaz niatnya sejak saya mula bertakbir sehingga saya sudah pun bertasyahud akhir. Hampir-hampir beliau tidak sempat mendapatkan imam dan solat berjamaah bersama kami.
Mari kita perhatikan, benarkah amalan melafazkan niat ini terdapat contoh daripada imam-imam besar kita khususnya al-Imam As-Syafei rhm.
Al-Imam as-Suyuti rahimahullah :
… Daripada bid‘ah itu adalah was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) bertakbir...
Allah telah berfirman:
Allah telah berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik.” [al-Ahzab 33:21]
Kitab: al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, m.s. 100.
Bagaimana bermulanya niat solat dilafazkan ?
Lafaz niat sangat masyhur dinisbahkan kepada mazhab Syafi’i, hal ini karena Abu Abdillah Al Zubairi yang masih termasuk dalam ulama mazhab Syafi’i telah menyangka bahwa Imam Asy Syafi’i rahimahullah telah mewajibkan untuk melafazkan niat ketika solat.
Sebabnya adalah pemahamannya yang keliru dalam menginterpretasikan perkataan Imam Syafi’i sebagai berikut:
” Jika seseorang berniat menunaikan ibadah haji atau umrah dianggap cukup sekalipun tidak dilafazkan.Tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dengan 'menyebut' (النطق) (diertikan oleh Al Zubairi dengan menyebutkan, , sedangkan yang dimaksud dengan النطق disini adalah 'takbir')
(al Majmuu’ II/43)
An Nawawi (seorang ulama pembesar mazhab Syafi’i) berkata: “Beberapa rakan kami berkata: “Orang yang mengatakan hal itu telah keliru. Bukan itu yang dikehendaki oleh As Syafi’i dengan kata النطق di dalam solat, melainkan yang dimaksud dengan النطق oleh beliau adalah takbir.
(al Majmuu’ II/43).
Comments
Post a Comment